Thursday, July 24, 2014

PR TOLAK KHALID

Bab tukar MB Khalid, semua parti dalam PR telah bersetuju 100%.  Hakikatnya Khalid sudah hilang sokongan dan kepercayaan dari PR itu sendiri. Sebab apa, hanya pimpinan PR sahaja yang tahu.

Tetapi bab siapa yang ganti Khalid semacam tiada pemuafakatan lagi.

Jika Wan Azizah, Hj Hadi macam tak berapa setuju, walaupun Hj Hadi ada dalil untuk menyokong calon perempuan jadi MB.  Ha ha. Bab dalil setuju atau tak setuju, ulama dalam Pas memang pakar katanya...

Jika  Azmin Ali, nama ini tidak disenangi ramai orang dalam PKR dan Pas juga.

Pilihan lain, MB dari wakil Paslah nampaknya.  Woooo





Tuesday, July 22, 2014

MISTERI AIDIL FITRI

Sah sudah nama pengganti MB Khalid.

Apakah Khalid sukarela meletak jawatan nanti?

Masih misteri menjelang Aidil Fitri.



Monday, July 21, 2014

TUKAR NAKHODA - JANGAN KAPAL KARAM YAA

Tukar  Nakhoda Kapal.

Apa kesannya?

Untung jika dapat nakhoda lebih baik.

Kecewa jika dapat nakhoda   yang  kurang baik   dari nakhoda lama

Namun,  jangan  sesekali   nakhoda dan bekas nakhoda bergaduh sakan selepas ini.

Pasti tongkang yang pecah. Negeri  juga  yang karam.

Wooooooooooo.



Friday, July 18, 2014

Mewah Berbuka: Jurang Ekonomi Ummat Islam

Antara isu utama ekonomi ialah menghapuskan jurang  ekonomi  antara  rakyat.  Banyak indikator untuk melihat  jurang ekonomi itu.

Tetapi di dalam bulan Ramadhan ini, kita boleh melihat jurang ekonomi melalui adegan berbuka puasa.  Ada makan di hotel mewah dengan buffet  RM 80 seorang dengan layanan dendangan nasyid islami. 

Ada yang berbuka puasa di masijid dengan bubur lambuk dan nasi dengan kos tak sampai RM 10 seorang. 

Ada yang berbuka di rumah, tak tahu apa menuunya.

Yang pasti berdasarkan lawatan rakan-rakan kita yang membuat program ziarah  ke golongan yang bernasib malang, jurang dan nasib ummat Islam Malaysia masih tak tahu di mana silapnya....


Sunday, July 13, 2014

KHALID UNTUNG: PAS DIAM DIAM

Lawan Pas adalah Umno. Pas tahu, Pas tak mampu mengalahkan Umno tanpa bantuan PKR dan DAP.  Anwar diterima umum sebagai  PM jika PR memerintah. Tetapi diam diam Pas bukanlah suka sangat Anwar itu, tetapi terpaksa diam diam sahaja. Ha ha. Banyak yang PKR buat, Pas tak setuju tapi diam diam sahaja. 

Kini, PKR nak tukar MB. Pas pun tak tunjuk minat nak sokong sama. Pas tetap diam diam.

Mazhab Pas adalah diam diam. Wooooo.


Wednesday, July 9, 2014

MB KHALID ANAK JANTAN

Melihat kenyataan dari Khalid Ibrahim, sukar baginya  meletak jawatan sukarela,  Dia bersedia menerima undi tak percaya di DUN.

Memang  beliau  anak jantan, bukan sekadar orang korporat.

Moga-moga tidak jadi keparat selepas menerima undi tak percaya. Ha ha. 

Meleleh   air liur Hasan Ali....

Sunday, July 6, 2014

Anwar dilanyak

Anwar Ibrahin bukan makhluk pujaan dalam PKR sekarang.

Kerana jawatan MB, peluang projek, peluang Ahli Majlis dan habuan dunia, anggota PKR mula memberontak tidak puas hati

Oleh kerana Anwar dilihat gagal melayan kehendak golongan ini, maka kini Anwar mulai dilanyak secara terbuka. Tunggu meletup sahaja.



Sunday, June 29, 2014

PKR: baru satu negeri....

Kecoh pemilihan PKR di peringkat cabang.

Itu baru perintah Selangor, belum perintah Malaysia.

Jika perintah Malaysia, perangai ahli PKR mesti mengalahkan ahli Umno.

Wooooooooooooooooo

Tuesday, June 24, 2014

WAJAH PEJUANG RAJA

Ku renung wajah pejuang Raja wal Sultan Melayu. 

Demo sana demo sini.

Ugut bakar ancam bunuh

Yang pasti  wajah depa macam orang bankrap bisnes.

Woooooooooooooooooooooo

Friday, June 20, 2014

KHALID IBRAHIM MACAM AZIZAN RAZAK?

Aku betul

Aku MB

Hangpa apa tahu.

Ayat-ayat seperti di atas terkenal di Kedah era 2008-2013.

Katanya Khalid Ibrahim ikut sunnah Azizan Razak.

Yang terlepas  negeri!!!!!!!!

Kesian penyokong PR bersusah payah menjatuhkan BN..........

Thursday, June 19, 2014

JAIS BAKAL MAKAN KAPUR

Jika JAIS berdegil tak ikut arahan MB dan kerajaan Selangor, senang sahaja mahu diajar kepada mereka.

Bajet  Selangor  2015, tak payah diperuntukkan kepada JAIS.

Biar depa makan kapur.

Wooooooooooo.

Saturday, June 14, 2014

MAIS KUAT ATAU KERAJAAN SELANGOR LEMAH?

Kerjaan Selangor lemah  atau MAIS terlalu kuat.

Tak guna perintah  negeri jika Jabatan di bawah kerajaan negeri tak boleh diarah.

Sultan mahu dengar cakap MB  atau Pengerusi MAIS?



Wednesday, June 11, 2014

CINA BERSATU MENENTANG HUDUD

Orang Cina atau parti politik yang didokong oleh orang Cina dilihat 100%  menentang pelaksanaan hudud  di Malaysia. DAP, MCA dan Gerakan berlumba-lumba menunjukkan siapa yang paling lantang menentang hudud.

Tetapi orang Melayu atau parti politik yang didokong oleh orang Melayu tidak dilihat  menyokong hudud 100%. Jika Umno seorang sahaja tidak menyokong hudud ini, seolah-olah 50% orang Melayu tidak menyokong  hudud. Umno dan Pas kekedang dilihat cuba menyalahkan satu satu sama lain - mengapa hang tak nak laksanakan hudud. Wooooo. NGO Melayu dan Islam pula tidak sekata dalam hal ini.

Jelasnya, Cina bersatu menentang hudud, tetapi Melayu tidak bersatu menyokong hudud.

Hidup Melayu!!!!!!!!!


Monday, June 2, 2014

JEMPUTAN MAKAN PERCUMA

Produk hebat  yang merangsang sel dari tulang sum sum untuk diserapkan ke  sistem organ dan tubuh kita sebagai syarat utama untuk penyembuhan pelbagai penyakit  kronik. 

 Sila hadir ke  majlis taklimat oleh Dr  Redza Ibrahim   pada 15 Jun 2014, Ahad di No 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, Kuala Lumpur jam 10.15 pagi. Tajuk ceramah : Bagaimana Merangsang dan Melahirkan Sel  di dalam tubuh anda kearah kesihatan yang menyeluroh'.   Dalam masa yang sama anda  akan ditunjukkan cara meraih pendapatan RM 100,000 dengan modal yang kecil sahaja. Wauuu. 

Sahkan kehadiran anda dengan  sms kepada saya di 012-2104244

 Makan tengahari disediakan sambil borak borak-borak politik. 

Terhad 30  orang sahaja.

Sunday, June 1, 2014

DAP TEWAS, SALAH SIAPA

Jika undi Melayu jatuh, salah Pas.

Jika undi Ciba  jatuh, salah DAP

Jika menang, kerana kekuatan jentera parti.

Jika kalah, kerana faktor calon.

Mudahnya teori politik. Woooo

Monday, May 26, 2014

GERAKAN LAWAN DAP - UMNO YANG PANAS

Gerakan  lawan DAP di PRK Teluk Intan.

Yang terasa panas adalah Umno.

Umno tak bersedia sahabatnya Gerakan tewas - semacam Umno  sendiri yang akan kalah nanti.

Ini barulah dikatakan sahabat sejati!!!!


Woooooo

Friday, May 16, 2014

ISMA GANTI PERKASA

Ibrahim Ali  boleh beehat dah.  Perkasa boleh tutup buku.

Fasal apa?

ISMA  lagi garang wei!!!!!!!!!!



Friday, May 9, 2014

MOHAMAD SABU DI BUKIT GELUGOR??

Aku puasa 3 hari jika Mohamad Sabu bertanding di Bukit Gelugor.


Ingat DAP tu pemurah sangat ke,


Woooooooo

Friday, May 2, 2014

HUDUD: MAHFUZ YG BERSUARA

Heboh cerita Hudud.

Pimpinan kanan Pas senyap sepi.

Mahfuz yang berani bersuara!!

Sedih Mahfuz tewas Naib Presiden tahun lalu....

Friday, April 11, 2014

STRATEGI TETAPI KELAKAR

Jika Utusan mengata, apa boleh buat.

Anwar lawan Wan Azizah dalam jawatan Presiden PKR, mengkin ada strategi tetapi kelakar.

Orang bawah tak berani nak lawan Wan Azizah atau Anwar kerana Anwar adalah PKR dan Wan Azizah adalah pengganti tuboh Anwar jika Anwar tiada.

Yang syok Utusan, sedap mengata PKR!!!!!!!!!!!

Friday, April 4, 2014

TIMBALAN PRESIDEN PKR

Siapa calon pilihan Timbalan Presiden PKR?

Jika saya tentunya memilih aktivis sejak zaman awal reformasi dan sanggup meronnda dunia Malaysia  melawan BN.

Azmin ok

Saifudin Ok

Tian Chua ok.

Khalid muncul di zaman kemenangan PR.


Woooooo

Thursday, March 20, 2014

PR macam BN?

Dalam kempen PRK Kajang, PKR berjanji mahu selesaikan masalah jem di Kajang.

Hakikatnya PR tetap perintah Selangor walau pun PKR tewas dalam PRK di Kajang kali ini.  Menang atau kalah, Kerajaan Negeri sewajarnya  menyelesaikan masalah jem di Kajang.  Jangan pula ugut pengundi macam BN pula - hanya akan selesaikan masalah jika menang dalam pilihan raya,

Woooo.

PR jangan jadi BN!!!!!


Thursday, March 13, 2014

PRK Kajang vs MH 370

Cerita PRK Kajang disejukkan dengan kepanasan cerita MH 370.


Wassalam.


Saturday, March 8, 2014

PR TANPA ANWAR

Banyak teka teki, PR tanpa Anwar:

Siapa Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang atau Hj Hadi

Terlucutkah MP Permatang Pauh?

Panjangkah umur PR?

Apakah agenda UG akan dihidupkan semula?

Senangkah Mahyuddin. Mahathir dan Daim  membuang Najib sebagai PM?

Thursday, February 27, 2014

AZMIN DAN SUARA KEADILAN

Betulkah Azmin menyaman akhbarnya sendiri - Suara Keadilan.

Jika betul, Azmin tidak bersifat terbuka dengan menjawab apa tuduhan artikel yang beliau tidak puas hati itu.

Jika Suara Keadilan tidak memberi peluang Azmin menjawab dalam akhbar tersebut, barulah wajar disaman.

Kita tunggu babak seterusnya.  Janganlah ini sebagai titik mula Azmin meninggalkan PKR!!!!!


Saturday, February 22, 2014

PAS: RAJIN BERMUSIM

Salah satu penyakit parti politik dan pemimpin parti politik ialah rajin bermusim.

Ketika tahun pemilihan pimpinan, samada peringkat kawasan/bahagian/cabang atau pusat, maka pelbagai program  dilakukukan, macam tak ada  hari lain hendak buat program.

Bagi calon pemimpin, peringkat pusat, jemputlah tengah malam pun ke program mereka akan hadir.  Tetapi selepas pemilihan, depa buat liat dan beri pelbagai alasan untuk melambat-lambatkan penerimaan pelawaaan mengisi program.

Jika orang bawah jumpa pemimpin macam ini, jangan undi mereka lagi pada masa akan datang. Biar padan muka mereka. Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak, kita pun tak teringin!!!


Wednesday, February 5, 2014

ANAK MUDA PAS: JANGAN PERASAN...

Selalu sangat kita dengar Pas memperbaharui ikrarnya bersama PKR dalam PR.  Dulu, mengatakan tak jadi UG dengan Umno.  Ketika menjelang muktamar, nak kaji semula gabungan dalam PR.  Semalam, Pas berkata akan membantu PKR dalam PRK Kajang.   Nampak sangat Pas sentiasa ragu-ragu dalam PR. Asyik-asyik terpaksa "mengucap" semula - akan bersama dengan PR.

Kekadang Pas semacam perasan. Perasan kuat sangat. Macamlah boleh menang pilihan raya jika seorang diri.  Ingatlah, Pas menang semula di Kelantan pada 1990  kerana sumbangan KU LI dengan Semangat 46nya . Pas menang di Terengganu pada 1999 kerana faktor emosi Melayu lantaran kes liwat Anwar. Pas menang banyak di Perak, Selangor, Johor, Kedah pada 2008 dan 2013 adalah kerana undi China yang menyampah dengan BN dan yakin dengan gabungan parti-parti dalam PR.

Untuk anak muda Pas, jangan berlagak dan takbur bila membuat kenyataan politik. Jangan perasan. Tolonglah analisa real politik masa dulu dan masa kini. Pas parti yang boleh 'bertahan" tetapi tidak mungkin maju ke hadapan tanpa bersahabat dan berkongsi kuasa dengan pihak lain. Takkan nak berkongsi kuasa dengan Umno pula!!!!!!!!!!!


Tuesday, February 4, 2014

PRK KAJANG: RAMAI SEKALI BERLAGAK PRESIDEN PAS

PRK kali ini di Kajang. Bagaimana ianya terjadi semua telah maklom. Tetapi yang paling penting, menjelang PRK ini, ramai sekali telah menjadi Presiden Pas. 

Tiba-tiba Ketua Pemuda Pas Selangor, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Malaysia dan bekas Ketua Pemuda Pas Pusat  berlagak macam Presiden Pas mempertikaikan strategi yang diambil oleh PKR  dalam isu politik di Selangor.

Pemimpin pertengahan Pas  di atas  berlagak macam Presiden Pas, mengecam PKR, rakan kongsi utama dalam PR. Depalah paling suci dan benar kononnya. Bertanya konon, tetapi cara bertanya, nampak akan keangkuhannya. Bikin malu Pas sahaja.

Friday, January 31, 2014

ANWAR VS MAHATHIR DI KAJANG

Sebelum Dr M dan Anwar mangkat berjumpa dengan Allah, elok benar jika depa berdua bertanding satu lawan satu dalam satu kawasan pilihan raya samada  Parlimen atau Dun.

Komposisi pengundi Dun Kajang adalah mewakili wajah Malaysia, dengan keseimbangan pengundi Melayu, Cina dan India. 
 
Kerusi DUN Kajang mempunyai 38,965 orang pengundi yang mana pengundi Melayu seramai 48 peratus, pengundi Cina seramai 41 peratus, pengundi India 10 peratus dan 1 peratus pengundi lain-lain kaum.

Alangkah baiknya jika BN calonkan Dr M lawan Anwar. Kedua-dua depa tak rugi jika kalah pun kerana sudah tetap ada pencen YB. Wooooo.


Tuesday, January 28, 2014

DUN KAJANG: SOKONG CALON BEBAS

PR dan BN sudah ada wakil dalam DUN Selangor.  Kita tak perlu tambah wakil   mereka  kerana tiada apa-apa implikasi dalam kerajaan Selangor.

Perangai kedua parti itu telah pun kita ketahui adanya.  PRK kali ini bukan nak tuboh kerajaan pun. Maka. marilah kita mengundi calon Bebas.

Biar padan muka PKR dan PR. Dan sesekali jangan kembali ke BN. Wooooo.

Monday, January 27, 2014

JIKA TAK DAPAT LIMAU RAYA CHINA TAHUN INI

Jika hendak tahu ekonomi  Malaysia  makmur  atau tidak pada tahun ini, tengok ramai tak tauke China bagi hadiah limau. Ha ha.

Jika depa gembira dan lebih wang, mereka akan bermotivasi menghadiahkan  limau  kepada orang ramai.

Tetapi indikator ini belum disahkan dan diiktraf oleh mana-mana ahli ekonomi ya....



Wednesday, January 22, 2014

AZMIN - MB SELANGOR - PR DAN BN SAMA SAHAJA?

Apa cerita sebenar Azmin - MB Selangor dalam kes pengguguran Azmin sebagai anggota lembaga pengarah PKNS.

Berebut kuasa, menunjuk kuasa, membela kroni, berkolusi atau memang sudah GILA. Ha ha.

Orang atas bergaduh berebut emas. Orang bawah bergaduh merebut kangkung .....

Jangan orang kata: PR dan BN sama sahaja sudahlah!!!!


Tuesday, January 14, 2014

DARI SIMPANG EMPAT KANGKONG KE HONG KONG

Berkatalah Zunar:

Aku asal Kedah, tidak jauh dari Simpang Empat Kangkung
Filem pertama aku tonton ialah King Kong
Filem terakhir adalah Ngangkong
Lagu kegemaran ialah Lenggang Kangkung
Cita2 ku nak jadi prefessor Kangkung
Tapi hidup aku terus di kongkong
Oleh hantu jerangkung
Tak ada duit nak beli emas Poh Kong
Rasa nak lari ke Hong Kong
Apakan daya makan kangkung

Tuesday, January 7, 2014

2014 - TAHUN AMAN DALAM PAS

Aman sekejap.

Bila Zahid Hamidi tudoh Mohamad Sabu sebagai syiah. geng ustaz dalam Pas pun senyap sekejap. Kalau tidak golongan inilah yang aktif menabur cerita syiahnya Mohamad Sabu   Cerita ini sebenarnya rancak pada tahun pemilihan jawatan.

Tahun 2014, insyaallah akan senyap isu syiah ini di dalam Pas.

Tetapi  pada  tahun 2015, isu ini akan kembali membara  dalam Pas. Sasarannya ialah Mohamad Sabu. Dan Zahid Hamidi akan duduk diam sambil tepuk tangan melihatnya. Woooo.

Saksikanlah nanti........



Wednesday, December 25, 2013

ADUHAI 2014

Selepas PRU 13, tak nampak tanda-tanda BN buat dasar dan strategi membantu rakyat. Projek yang diumumkan dalam Bajet 2014, hanyalah perkara biasa-biasa sahaja.  Yang pasti untung, syarikat- syarikat kroni.

Usahawan Melayu  masih bergantung AP, kuota, permit dan tender tertutup. Harga projek melambung-lambung melebehi paras harga pasaran. Maklomlah nak bagi makan sang pemberi projek. 

Pendatang asing bukan sekadar  bekerja mengambil upah  tetapi telah memulakan perniagaan di negara ini. Mereka jual karpet, jual perabut, buka restoran, buka kedai runcit dan ambil sub projek kerja-kerja kontrak.

Harga barang makin mahal, kos hidup makin naik, kuasa beli makin turun, nilai wang makin jatuh, pemdapatan benar makin turun dan akhirnya kualiti hidup makin jatuh menjunam.

Tetapi kehidupan pemegang jawatan politik semakin mewah.....

Aduhai Malaysiaku.....

Monday, December 16, 2013

RAYUAN DERMA PASTI KAWASAN KEMAMAN

Pasti  Kawasan Kemaman  mengurus  24 buah Pasti   yang melibatkan  1,490 orang pelajar.
Pejabat Pasti Kawasan Kemamam  dan  9 buah PASTI telah terlibat dengan  serangan  banjir tempohari  yang  melibatkan 587 orang pelajar Pasti,  44 orang guru dan  4 orang Ahli Jawatan Kuasa  Pasti  Kawasan.  95% barang- barang Pasti   telah musnah,  rosak teruk  dan  tidak  boleh digunakan lagi pada sessi persekolahan 2014.
Pasti Kawasan Kemaman sangat memerlukan bantuan dan sumbangan kewangan untuk membeli  peralatan pejabat dan sekolah  seperti meja guru, almari fail, kerusi pelajar dan lain-lain.
Sekolah  Pasti  yang ditimpa banjir  memerlukan barang- barang asas dapur seperti gula, tepung gandum, minyak dan lain-lain.
Manakala itu, pelajar-pelajar Pasti   memerlukan barangan dan keperluan  sekolah seperti pakaian,  beg, buku tulis, pensil dan wang.
Sumbangan  boleh dibuat  terus kepada  Akaun Pasti Kawasan Kemaman, Maybank, No Akaun : 563028805892.
Sila maklomkan kepada Bendahari Pasti Kawasan, Saudara Mohammad Zawawi  di talian  019- 983 4583 selepas bank ini.
Jutaan terima kasih atas sumbangan saudara semua.

Wednesday, December 11, 2013

MAKLUMAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN

ASSALAMUALAIKUM

LAJNAH KEBAJIKAN &  PRIHATIN RAKYAT DPPNS MASIH LAGI MEMOHON JASA BAIK DATO'/DATIN/TUAN/PUAN/ENCIK/CIK UNTUK  MEMBANTU MANGSA BENCANA BANJIR DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA.. .PIHAK KAMI AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN BERBENTUK:- 

1) KEWANGAN 
2)  MAKAN & MINUMAN 
3)  PAKAIAN & PERALATAN SEKOLAH
 4) UBAT-UBATAN
 5) ALATAN PEMBERSIHAN 
6)  PAMPERS WANITA & KANAK-
7)  BARANGAN KEPERLUAN ASAS DIRI SEPERTI UBAT GIGI,SABUN& LAIN-LAIN 

SETIAP SUMBANGAN ANDA AMATLAH KAMI HARGAI   DAN   HUBUNGI: :

1) Nor Azman Mohamad (KETUA PEMUDA PAS N.SEMBILAN) 019-6400062 

2) Nor Iskandar (PENGERUSI LAJNAH KEBAJIKAN&PRIHATIN RAKYAT DPPNS - 019-222 3231

3) Umair - BENDAHARI LAJNAH KEBAJIKAN&PRIHATIN RAKYAT DPPNS- 019-572 9717 

ATAU TERUS KE PUSAT PENGUMPULAN DI PUSAT KHIDMAT DUN PAROI TAMAN TASEK JAYA.

INSYAALLAH  KAMI   AKAN BERTOLAK PADA HARI JUMAAT  JAM   9 MALAM , 13 HB DIS 2013  

SETIAP SUMBANGAN ANDA AMAT LAH DI HARGAI..

Saturday, December 7, 2013

RAHMAT UNTUK SEMUA?

Tema Muktamar Pas yang lalu:  Rahmat Untuk Semua.

Harapnya Pas di semua peringkat bekerja ke arah  membantu meringankan mangsa banjir di seluruh negara.

Cakap banyak tak guna, tak perlu layan kerenah Shahrizat, tumpu kepada mangsa banjir kini!!!!!!!!!!!!





Tuesday, November 26, 2013

PAS TAK ADA KERJA LAIN DAH..............

Pemilihan jawatan Pas dilakukan setiap dua tahun sekali. Maka, bila masuk tahun kedua selepas pemilihan, kerja kempem dilakukan semula  untuk  tahun pemlihan yang baru pula. Misalnya tahum 2015 dan 2017 akan ada  lagi tahun pemilihan.  Jadi kerja orang Pas setiap dua tahun ialah  untuk berkempen sahaja. Entah bila nak lawan Umno tak tahulah. Mat Sabu kerjanya lawan Umno, tetapi orang Pas setiap  dua  tahun lawan Mat Sabu. Wooo.

Perangai anggota Pas pun lebih kurang macam Umno juga. Ha ha. Hanya belum main duit sahaja lagi. Kalau kempen Umno guna wang tetapi kempen Pas guna  ayat al quran. Ramai yang disesatkan, dilibralkan, disekularkan, difasiqkan  dan entah apa lagi. Wooo.

Maka Pas wajar memanjangkan tempoh pemegangan jawatan dalam parti, paling kurang untuk 3  tahun.  Eloklah dibuat segera. Kini, ramai melaun perasan hebat dan gila memegang jawatan. Yang tak  buat apa-apa pun,    tergila-gila  menawarkan diri bertanding. Ha ha. 

Kalau tidak, Pas tak ada kerja lain... melawan sesama sendiri sahaja.  Umno jadi tukang laga  Ahli bodoh Pas pun terikut rentak sama, menjadi baruah Umno..........

Sunday, November 24, 2013

SUARA UTUSAN DALAM PAS

Jarum Utusan dikira berjaya juga.  Salah satu cara memecah Pakatan Rakyat ialah mengapi-apikan hubungan Pas dan DAP. Pas jadi baruah DAP kini diucapkan oleh perwakilan Pas sendiri.  Utusan tepuk tangan.

Hubungan Pas-DAP telah melunakkan undi Cina kepada Pas. Pas menang kerusi terbanyak di Selangor, Perak dan Selangor  pada PRU 13,  kerana undi solid dari   kaum Cina.  Ketika Pas seorang diri, undi Melayu tak dapat dan undi Cina lagilah tak dapat. Malang sekali ada perwakilan Pas  yang bodoh matematik politik.

Janganlah terkhayal  kononnya undi  Melayu akan mencurah curah kepada Pas jika Pas berseorang diri.  Pas sudah ada pengalaman berjuang seorang diri, tak kemana pun. Bagi Pas menang kerusi terbanyak dalam PR  terlebih dahulu, baru  kita  bercakap soal negara islam...............

Yang Melayu Islam pun pun tidak sokong cita-cita negara Islam, inikan pula nak harapkan kaum Cina pula!!!  Alahai.  Alangkah baiknya jika Kelantan memberi contoh urus tadbir terbaik  di dalam Malaysia. Maka rakyat akan yakin dengan syariat islam jika Pas bercakap tentangnya nanti.




Wednesday, November 20, 2013

SIAPA KETUA PEMUDA PAS PUSAT DI ARENA NASIONAL

Suhaizan Kayat dan Zulhasmi  sedia menghadiri  program memperkenalkan calon Ketua Pemuda Pas Pusat. Mereka berdua sedia mengemukakan hujjah kepada massa secara bersemuka. Calon seorang lagi bernama kamaruzaman, tidak nampak batang hidungnya.   Ha ha.

Soalnya jika undi Suhaizan dan Zulhasmi berpecah dua,  Kamaruzzaman menang dengan mudah. Ini berlaku dalam kes pertandingan jawatan Timbalan Presiden Pas pada sessi 2009 dan 2011.

Perwakilan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor lebih berpihak kepada Suhaizan dan perwakilan Kedah lebih berpihak kepada Zulhasmi.  

Jika mahu melihat Pemuda Pas di alam politik nasional, maka Suhaizan Kayat adalah pilihan yang relevan. Zulhasmi wajar dijadikan Setia Usaha Pemuda Pas Pusat.

Saturday, November 9, 2013

ALAHAI MOHD AMAR - 11

Kedudukan dalam AJK Pas Pusat  - bukan di kalangan top 5

Bertanding Naib Presiden  dulu  -  masih belum dipilih lagi.

Kini, mahu jawatan Timbalan Presiden.

Nampak sangat dijadikan alat  kepada beberapa orang yang sakit hati dan cemburu dengan Mohamad Sabu.

Alahai.....

Friday, November 8, 2013

ALAHAI MOHD AMAR

Jika Mohd Amar Nik Abdullah  bertanding Timbalan Presiden...... alangkah  malang sekali.

Yang tahu sahaja tahu prestasinya dalam parti.

Cakap banyak pun tak sampai hati.....

Friday, October 25, 2013

SUBKY LATIF SOKONG MOHAMAD SABU

 Oleh: Subky Latif
 
Saya pro-ulama, pilih Mat Sabu.Saya bukan perwakilan dalam Muktamar PAS. Saya pro dan pertahan ulama dalam semua masa.

Pertama kali jawatan Timbalan Presiden PAS cuba dicabar oleh bukan ulama setelah ketiadaan Ustaz Fadzil Noor, saya kata pada Almarhum Syed Mohamad Syed Hassan, petugas Pejabat Agung PAS, seorang awam PAS yang boleh bercakap dengan semua pimpinan PAS.

Sekalipun Perlembagaan PAS tidak menyebut hitam putih Presiden dan Timbalan Presiden PAS mesti ulama kerana kedua-duanya dikehendaki duduk dalam Majlis Syura Ulama sebagai penasihat utama Majlis Syura Ulama.

Sekalipun Perlembagaan PAS masa itu memperuntukkan empat daripada anggota Majlis Syura itu adalah dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Presiden dan Timbalan Presiden adalah orang paling berautoriti untuk menjadi penasihat kepada Majlis Syura.

Ada janggalnya kalau dua jawatan itu atau salah satu daripadanya tidak duduk dalam Majlis Syura. Daulat orang paling kanan dalam Jawatankuasa PAS Pusat itu seperti kurang gigi dibandingkan dengan ahli jawatankuasa yang menjadi ahli Majlis Syura.

Mereka terpaksa mendengar penjelasan daripada orang bawahnya yang menjadi ahli Majlis Syura mengapa Majlis Syura buat begitu dan begini. Walaupun protokol kadang-kadang melecehkan, tetapi organisasi yang anjal ada protokol dan adabnya.

Saya adalah orang paling tidak setuju apabla Mohamad Sabu dicalonkan jadi Timbalan Presiden tetapi dia dapat mengenepi Timbalan Presiden yang tersalah pilih yang paling tidak cocok dengan jawatan itu.

Dua ulama paling kanan dan lebih berwibawa tidak dapat mengenepikannya, tetapi dengan penampilan Mat Sabu secara teknikal PAS bebas daripada bebannya. Mat Sabu sudah jadi Timbalan Presiden pertama bukan ulama dalam era kepimpinan ulama. Keadaan sudah berubah selepas kematian Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor.

Saya tidak ada kedudukan dalam parti lagi. Tetapi saya berada di gerai, di bengkel cuci kereta dan di surau. Saya dengar apa orang kata dan apa persepsi orang tentang itu dan ini dalam PAS. Apa orang PAS kata tentang partinya dan apa orang luar kata tentang PAS.

Dan saya juga dengar melalui telefon tentang PAS. Apa yang saya rasa terdapat pertembungan yang ketara antara ulama dan profesional. Ada macam-macam tafsiran tentang konsep kepimpinan ulama.

Ada kata, ada geng ustaz dan ada geng profesional. Walaupun ada penjelasan semi ilmiah bagi mencairkan pertembungan pemikiran itu, ia tidak meredakan perbezaan sesama sendiri.

Semua menerima konsep kepimpinan ulama itu, tetapi mereka berbeza pandangan mengenainya. Dalam banyak perkembangan jawatan yang dipegang ulama cuba diambil alih orang profesional dan jawatan yang profesional pegang hendak diambil oleh ulama.

Benarlah ia dibenarkan oleh demokrasi yang diamalkan dan ahli serta perwakilan yang menentukan semua, tetapi ia berkembang. Kedudukan Mat Sabu jadi perhatian. Dia mempertahankan jawatan itu.

Tetapi dia tentunya akan dicabar. Ia tidak sekadar proses demokrasi, tetapi ia boleh dilihat untuk menjatuhkannya. Semangat tidak suka bertanding macam dulu telah berubah.

Dibimbangi pertandingan untuk jawatan itu, akan merancakkan lagi pertembungan antara ulama dan profesional.

Orang tanya saya, saya pilih siapa? Saya jawab, saya pilih Mat Sabu. Jawapan saya itu bertentangan dengan pendirian saya selama ini.

Mengapa? Saya tetap kata, pendirian saya tidak berubah dan pilihan terbaik untuk Timbalan Presiden wajarlah ulama. Tetapi dalam kes Mat Sabu, saya kira dia sudah memegang jawatan itu. Mencabarnya tidak dilihat bagi mengembalikan jawatan itu kepada ulama tetapi akan merenggangkan lagi pertembungan antara dua golongan itu.

Ia akan dilihat sebagai mahu membuang atau menggulingkan Mat Sabu. Buat jangka waktu yang terdekat ini elakkan pertembungan itu supaya jangan lebih jarak.

Timbalan yang digantikan dulu tidak membawa pertembungan kerana semua selesa dengan kejadian itu. Kesan politik dulu kosong. Tetapi sekarang berbeza.
Kesan politiknya ada dan Mat Sabu sendiri membawa aura politik. Jika dia digantikan pun dia tidak akan hilang daripada arus politik. Tetap dia jadi crowd puller utama dalam PAS.

Sejak lebih 20 tahun dulu dialah penarik keramaian pendengar dan kawasan mana yang mahu mendapat derma kilat yang besar mesti panggil Mat Sabu. Dalam banyak ceramah Ustaz Fadzil tak mahu bercakap selepas Mat Sabu. Dia nak bercakap dulu. Dia saja yang bolah menyamai Anwar Ibrahim sekarang. Malah ada yang kata, dia lebih sedap daripada Anwar.

Dialah perancang dan pencetus ujuk rasa Bersih yang beberapa kali. Unjuk rasa itu dikira tekanan dan kejayaan politik yang besar. Selain daripada Ustaz Bakar Chik, Mat Sabulah yang banyak kali kena ISA dan acap ditahan polis. Jangan perkecil impak politik yang PAS dapat daripada Mat Sabu.

Tidak ramai yang boleh jadi sepertinya. Sekalipun saya adalah pro ulama, tetapi hari ini untuk mendapatkan ulama yang diterima oleh semua sukar. Ketika era kepimpinan ulama diperkenalkan, semua bulat menerima Haji Yusof Rawa. Tidak yang menolak Ustaz Fadzil. Semua minat Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tetapi ulama yang dapat keistemewaan itu tidak ada sekarang. Yang menyebabkan timbul pertembungan antara ulama dan profesional itu adalah kerana ulama yang hendak diketengahkan itu tidak ada.

Saya jumpa Mat Sabu baru-baru ini. Saya kata kepadanya, dia boleh kekal sebagai Timbalan Presiden. Tetapi dia jangan bercadang untuk menjadi Presiden. Dia mesti bekerja mengekalkan Presiden mesti seorang ulama.

Dia mesti mencari mana-mana ulama bagi menjadi Presiden dan dia jadi pembantu Presiden. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Presiden semasa dia jadi Timbalan Presiden, dia mesti tolak tawaran untuk memangku jawatan Presiden apa lagilah jadi Presiden.

Maka dia mesti berusaha mencari seorang ulama untuk memangku jawatan Presiden itu dengan dia kekal sebagai Timbalan Presiden. Dengan cara ini Mat Sabu dipercayai dapat merapatkan kembali perbezaan dan pertembungan antara dua golongan yanag sudah wujud dalam parti itu yang saya tiada lagi yang dapat memberi formula bagaimana PAS boleh dikembalikan seperti tahun 1980-an dan 1990-an dulu.

Dia dengar cakap saya dan dia mengangguk. Saya harap dia menimbangkan nasihat saya. Saya juga bimbang kalau kedudukan yang ada itu terlucut daripadanya sedang persiapan tidak ada bagi melahirkan pimpinan yang diterima oleh semua, PAS jadi sebuah gerakan yang lembik.

Antara yang mendorong adanya tuntutan supaya Presiden dan Timbalan itu mesti ulama ialah kerana bimbang jika berlaku sesuatu kepada Presiden, maka Mat Sabu akan memangku Presiden dan kemungkinan jadi Presiden pula selepas itu.

Dato' Asri Muda menerajui PAS dulu disebabkan dua ulama di atasnya, Dr Burhanuddin al-Hilmy sebagai Presiden ditahan ISA dan uzur, Prof Zulkifli Muhammad sebagai Timbalan meninggal dalam kemalangan jalan raya.

Maka Asri memangku kemudian disahkan sebagai Presiden. Apa yang PAS perlu perhatikan bagi memullihkan pimpinan ulama ialah bagaimana antara kerusi Naib Presiden itu dapat diisi oleh ulama yang berwibawa, muda pula dan dapat diterima oleh semua.

Dalam jawatankuasa Pusat itu juga perlu ada ulama yang mahir politik. Saya tidak suruh buang Naib yang ada, tetapi Naib itu adalah tangga yang teratas untuk ulama naik ke atas. Mat Sabu tidak terasa dia diundurkan apabila dia sendiri nanti mengisytiharkan masanya berundur telah tiba.

PAS jangan jadi parti yang dilihat membuang pemimpinnya. Kita sudah ada pengalaman membuang pemimpin. Jangan ia diulangi. Saya tidak disuruh berundur. Saya berundur sebelum saya disuruh berundur dan setelah saya rasa ada tanda-tanda saya patut berundur. Mat Sabu juga mesti begitu.

- PAK SUBKY LATIF

Monday, October 21, 2013

TAMPIN SOKONG MOHAMAD SABU

Tuan Hj Mohamad Sabu kekal dicalonkan sebagai Timbalan Presiden Pas oleh Pas Kawasan Tampin di dalam Mesyuarat Agung Tahunannya pada Sabtu,  19hb November  2013.

Semetara itu bagi jawatan Naib Presiden juga dikekalkan kepada Salehudin Ayub, Husham Musa dan Mahfuz Omar.

Di dalam Mesyuarat Agung yang sama,  Hj Abd Razakek bin Ab Rahim telah dipilih sebagai YDP yang baru.  Manakala   Hj Rais Basiron sebagai TYDP dan Abd Ghani Ahmad sebagai NYDP.

Thursday, October 3, 2013

MOHAMAD SABU ATAU TUAN IBRAHIM

Husham sudah menyatakan sikapnya tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.

Tuan Ibrahim belum menyatakan sikapnya tetapi  dilihat akan bertanding jawatan  ini.

Nik Ammar, jika tak kenal diri mungkin akan bertanding jawatan Timbalan Presiden, kerana beliau lebih rela kalah dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden dari jawatan Naib Presiden.

Apakah Tuan Ibrahimm yang menyertai Pas pada 1999 mampu mengalahkan Mohamad Sabu yang aktif dalam Pas sejak 1981?

Apa pilihan anda antara Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim. Sila buat undian di sebelah kanan blog.



Monday, September 30, 2013

NAIB PRESIDEN PAS: CALON PILIHAN ANDA?

Pertandingan jawatan Naib Presiden Pas amat menarik pada muktamar kali ini.

Antara calonnya ialah 3 penyandang sedia ada iaitu Salehudin Ayub, Husham Musa, Mahfuz Omar  yang akan dicabar oleh Nik Ammar dan Idris  Ahmad.   Tuan Ibrahim lebih dilihat akan bertanding jawatan  Timbalan Presiden Pas.  Calon lain jika ada dilihat tidak memberi cabaran hebat. 

Kali ini Husham tidak berstatus Exco Kerajaan dan Salehudin tidak berstatus YB. Tetapi Idris Ahmad sudah berstatus YB.  Kempen  kumpulan ulamak yang mahu jawatan Naib Presiden  diisi dari kalangan ulamak, sedikit sebanyak akan mempengaruhi perwakilan  rasanya.  

Apakah selera perwakilan?

Anda boleh mengundi 3 calon Naib Presiden yang anda yakini di sebelah kanan blog.






Saturday, September 28, 2013

Kaji balik hubungan Pakatan Rakyat kerja kurang bijak, kata Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan untuk mengkaji balik hubungan dengan parti dalam Pakatan Rakyat sebagai satu tindakan 'kurang bijak'.

"Bagi saya bercerai dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang satu perkara yang tidak baik. Istana yang kita bina sejak sekian lama, tiba-tiba kita nak runtuhkan begitu saja. Ini tindakan paling kurang bijak," katanya.

Mohamad berkata demikian dalam wawancara khas dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Beliau mengulas cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang mencadangkan PAS mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan parti dalam Pakatan khasnya dengan PKR.
Cadangan Haron itu kemudiannya dijadikan resolusi dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini.

Mohamad berkata, PAS sudah bekerja sejak sekian lama untuk mendapatkan undi orang bukan Islam khasnya Cina dan India di negara ini.

Ini kerana, katanya, PAS memerlukan undi mereka bagi membolehkan PAS menang dalam pilihan raya kerana ia berdasarkan undi popular.

"Kita sakit kepala setiap kali pilihan raya untuk menang kerana ia berdasarkan undi popular atau undi orang ramai.

"Jadi, kita akan tolak kawasan pilihan raya yang mempunyai peratusan orang bukan Melayu lebih 20 peratus kerana tahu tidak akan menang," katanya bercerita mengenai bagaimana PAS berjuang untuk mendapatkan undi mereka sebelum ini.

Katanya, sejak 2008, suasana itu sudah berubah iaitu orang Cina dan India sudah tidak takut menyokong PAS hasil kerjasama PAS dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan pendekatan lain yang dibuat oleh PAS.
"Bagi saya ini satu rahmat. Kita sudah exhausted (keletihan) untuk mendapatkan sokongan mereka sebelum ini. Tiba-tiba kita dapat," katanya.

Beliau berkata, pelbagai usaha cuba dibuat oleh MCA dan Umno sendiri untuk menjauhkan semula orang Cina dan India dari PAS tetapi tidak berjaya selepas 2008.
"Masa pilihan raya 1999 lalu, MCA letakkan serban di atas kepala Karpal Singh dan Lim Kit Siang, mereka kalah di Pulau Pinang.

"Tetapi menjelang pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini, MCA kempen menggunakan Hudud, kononnya sokong DAP bermakna sokong PAS bermakna sokong hudud, tetapi orang Cina tetap tolak mereka.
"Bagi saya ini satu perubahan minda yang sangat mahal, ini satu anugerah Allah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau mengaku, sokongan Melayu  berkurangan dalam pilihan raya umum lalu tetapi itu bukan kerana kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

"Kita diperangkap isu perkauman oleh BN. Kalau Pakatan menang, DAP akan perintah, Cina akan kuasai negara ini yang dimainkan oleh BTN (Biro Tata negara), Jabatan Penerangan, media BN dan sebagainya.
"Itu yang kita kena perbetulkan.

"Menjadi tugas PAS tiga hingga empat tahun ini untuk memberikan tumpuan kepada orang Melayu bagi memberikan keyakinan kepada mereka bahawa mereka tidak akan terjejas bahkan akan terlebih baik di bawah Pakatan Rakyat," katanya.

Mohamad berkata, Tun Dr Mahathir sendiri mengakui bahawa BN ini bukan hebat tetapi menang kerana berjaya memerangkap rakyat dengan isu ini.
Oleh itu, katanya, ulama dan bukan ulama kena bekerja keras ke arah itu bukannya bercerai dengan parti dalam Pakatan.

Katanya, negeri yang paling berpotensi dalam pilihan raya umum ke-14 nanti ialah Johor.
"Selama ini Johor adalah kubu BN. Umno sangat nervous sekarang apabila Cina dan India tidak takut lagi kepada PAS.

"Usaha yang dibuat pakar strategi mereka sekarang adalah bagaimana nak buat supaya Cina dan India takut kepada PAS semula.

"Kenapa kita pula hendak masuk perangkap Umno," katanya. – 28 September, 2013.

Wednesday, September 25, 2013

Mat Sabu tidak gentar kerusinya jadi rebutan

 Sumber: MI

Mohamad Sabu tidak peduli dengan apa yang dirancangkan pihak lain yang mahu merampas kerusinya sebagai Timbalan Presiden PAS dan hanya akan menumpukan kepada apa yang beliau mahu buat jika terpilih semula dan ini termasuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat (PR).

"Masing-masing ada rancang strategi, saya serah kepada ahli muktamar untuk tentukan. Saya akan teruskan dengan idea saya untuk parti iaitu fokus kepada etika dan integriti," kata Mohamad dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan ulama dalam parti Islam itu yang mahu menaikkan "orang mereka" sebagai timbalan presiden dalam Muktamar PAS ke-59, November ini.
Ia tertera dalam resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan Dewan Ulama PAS di Alor Setar baru-baru ini. 

Antara strategi ulama ialah memastikan hanya seorang sahaja calon mereka bertanding untuk jawatan timbalan presiden kali ini bagi mengelak berulangnya kekalahan pada muktamar ke-57 yang lalu.
Pada muktamar 2011, dua calon ulama iaitu Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tewas di tangan Mohamad bagi kerusi timbalan presiden.

"Saya akan terus dengan idea saya untuk berjuang  atas dasar demokrasi termasuk memobilisasikan rakyat," katanya yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu.

Meluahkan pendapat, beliau berkata, sistem pilihan raya di negara ini belum berjalan dengan sempurna dan masih memerlukan penambahbaikan.

"Jika diberikan mandat lagi, saya akan fokus kepada isu integriti dan etika. Ini kerana saya lihat etika kita di kalangan orang Asia ini rendah khasnya dalam menentang rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

Katanya, beliau akan terus membantu presiden PAS dalam memperkuatkan konsep demokrasi dan "perjuangan dengan tangan kosong tanpa senjata."

Malah, beliau menolak sama sekali perjuangan dengan senjata kerana ia terbukti gagal sebagaimana berlaku di negara timur tengah."Saya berkeyakinan, perjuangan bersenjata hanya untuk melawan musuh dari negara luar sahaja bukan untuk menukar kerajaan," katanya. 

Beliau berkata, hasil kerja PAS dan rakan-rakan NGO selama ini berjaya mencapai beberapa perkara penting dalam negara ini."Kita dapat Akta Perhimpunan Aman dan kita juga dapat ubah sedikit Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya. 

Mohamad berkata, beliau berbangga dengan kehadiran Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam PAS. "Mereka akan memastikan apa yang kita buat sentiasa berada di jalan yang betul. Jika kita lari, mereka akan tegur," katanya. - 25 September, 2013.


Monday, September 23, 2013

HUSHAM VS TUAN IBRAHIM?

Tinjauan umum menunjukkan  calon pilihan ramai untuk jawatan  Timbalan Presiden Pas ialah  antara Husham Musa dan Tuan Ibrahim

Nik Ammar tidak dilihat orang  sebagai aktivis parti di peringkat nasional.

Mohamad Sabu,  dilihat sudah melalui zamannya. Ha ha.


Apakah Mohamad Sabu sedia memberi laluan mudah kepada Husham Musa dan Tuan Ibrahim.  Katanya Mohamad Sabu rela mati digelanggang. Jika Husham sanggup memberi laluan kepada Mohamad Sabu pada 2011,  apakah Mohamad Sabu sedia  berkorban  dengan  memberi laluan kepada Husham Musa pula  pada persaingan kali ini. 

Jika persaingan 2 penjuru antara Mohamad Sabu dengan Tuan Ibrahim,  Tuan Ibrahim dijangka menang dengan mudah.  

Jika persaingan 2 penjuru antara Husham Musa dan Tuan Ibrahim, sukar diramalkan siapa yang menang.

Golongan ulama dan profesional dijangka akan meletak seorang calon sahaja dari kumpulan mereka.

Moga Mujahid Yusof Rawa, tak kacau  daun dalam persaingan ini. Anda cukuplah dengan AJK Pas  Pusat sahaja. Wooooo

Siapa pilihan anda, sila buat undian disebelah  kanan blog

Saturday, September 21, 2013

YANG LAYAK DAN MERIT PILIHAN KITA

Ulamak, perkataan yang digemari dalam Pas.

Kita mahu ulamak. Tetapi ulamak yang rajin, cerdik dan berani selain faktor asasi - berilmu dan bertakwa.

Ada yang tak pernah atau jarang mengisi program ceramah umum anjuran Pas dan program rakyat membantah penyelewengan BN. 

Ada yang baru nak aktif dalam Pas, perlembagaan Pas pun masih tak reti.

Bak kata Dr Mujahid, kita mahu yang layak lagi merit....bukan sekadar bernama ulamak sahaja.




Thursday, September 19, 2013

NASHARUDIN TANTAWI TEWAS

Ketua Pemuda Pas, Nasharudin Tantawi  tewas dalam pemilihan jawatan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Indera Mahkota, Pahang beberapa hari lalu.  

Suhaimi Saad berjaya mengalahkan Tantawi dengan undi sebanyak 140 undi berbanding 40 undi  yang diraih oleh Tantawi.


Thursday, September 12, 2013

SULOHLAH DIRI WAHAI CALON YANG NAK BERTANDING

Rupa-rupanya golongan agama atau golongan Ustaz dalam Pas begitu menderita perasaannya apabila Hj Mohamad Sabu menjadi Timbalan Presiden Pas dan Husham Musa, Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub menjadi Naib Presiden Pas sejak 2011 lalu.

Mereka diatas menang pertandingan jawatan dalam parti kerana mereka dilihat istiqamah dan bekerja keras memajukan Pas sejak zaman muda lagi. Bukan sehari dua berjuang dalam Pas.  Keempat-empat nama diatas lebih terserlah sumbangannya  di dalam Pas sejak zaman muda lagi, tanpa menunggu umur pencen  untuk aktif  macam beberapa Ustaz dalam Pas. Ha ha.

Perwakilan memilih pemegang jawatan dalam parti bukan kerana brand profesional atau ulama  tetapi  kerana sumbangan mereka yang berterusan dalam Pas. Ada juga profesional yang malas dan ada juga ulama yang bodoh, maka ianya tidak menjadi pilihan  para perwakilan Pas.

Bagi sesiapa yang nak menawarkan diri untuk bertanding, eloklah  menyuluh diri sendiri. Jika anda bersifat "lokal", malas, tak pro aktif, janganlah cuba-cuba memegang jawatan tinggi dalam Pas.  Kok merugikan dan melemahkan Pas nanti.

Saya lebih percaya dengan Mazlan Aliman yang rajin membuat program dari Taib Azamudin yang tidur dalam parlimen dan tidak buat apa-apa apabila memegang jawatan Lujnah Pendidikan satu masa lalu.

Kepada Nik Ammar, sahabat lama saya di UKM, eloklah  menilai diri.....

Tuesday, September 10, 2013

NAKHAEI DULU ULAMAK JUGA

Pemuda Pas Pusat  menyokong  calon ulamak sebagai Timbalan Presiden Pas.  Siapa dia, tak kira asalkan ulamak.  

Moga-moga calon ulama bukan macam Nakhaei Hj Ahmad atau Nasharudin Mat Isa.

Ulama dalam Pas pun bukanlah baik sangat oi.   Janganlah jadi syiah, memaksumkan ulamak dalam Pas.

Woooooo.

Saturday, September 7, 2013

BUKAN ULAMA AKAN DIBUANG DALAM PAS

Dalam Pas pilih pemimpin kerana mereka itu  Ustaz  atau Ulamak. Faktor lain  semacam diabaikan.  Nampak gaya pada muktamar kali ini, ramailah yang bukan Ustaz dan Ulamak bakal ditendang. Ha ha. Bersiap sedialah wahai ......

Moga-moga pemimpin yang dipilih nanti adalah ulamak cerdik  dan rajin bukannya ulamak bodoh dan pemalas....

Thursday, September 5, 2013

MUKTAMAR PAS: MERIAH DENGAN PEMILIHAN

Wah...

Dengar khabar Muktamar Pas kali ini lagi hebat pemilihannya.

Sudah ada nama nama  baru bakal bertanding, disamping nama-nama lama.

Semua  orang terasa layak memegang jawatan.

Tetapi tidak semua orang itu   rajin dan mampu bekerja untuk memajukan parti.

Para perwakilan kenalah bijak membuat analisa kemampuan para calon yang bertanding.  Kekadang para perwakilan yang gagal menilai kebiolehan calon.  Setakat ada title Datok, Ustaz, dan Haji   belum tentu  mampu bekerja untuk  memajukan  parti.  


Tuesday, August 27, 2013

SYIAH MAHU KE MANA

Pas anti syiah

Umno anti syiah

Orang syiah  tak  berparti nampaknya. Ha ha. Atau masuk PSM atau DAP!!!!.

Wooooo

Tuesday, July 30, 2013

HABAKLAH NAK JAWATAN OI

Syiah,

Wahabi,

Endorgan,

Liberal,

Banyak sekali gelaran dalam Pas.

Alahai, bagi tau sahaja, nak jawatan  sebenarnya, kan senang!!!!!

Kalau anda seorang pekerja gigih parti, anda bakal dipilih.  Ahli Pas kenal siapa yang buat kerja atau tidak.


Thursday, July 25, 2013

KUALA BESUT: TAK BERBALOILAH BN

BN menang di Kuala Besut.

Tapi tak berbaloi!!!!

Yang jelas - status ekonomi Melayu tak mampu melahirkan pemikiran untuk bebas dari lingkaran politik sedia ada.

Wednesday, July 24, 2013

KUALA BESUT YANG BERSEJARAH

Apakah PRK Kuala Besut bakal mencipta sejarah?

Atau meneruskan tradisi kemenangan BN dalam setiap kali PRK.

Apakah di  Kuala Besut  mencipta  rasuah paling besar dalam  sejarah PRK di Malaysa.

Idris Jusoh yang untung atau Mat Said

Najib yang untung atau Muhyiddin.

Tunggu keputusan malam ini!!!!!




Monday, July 22, 2013

NASIB UMMAT ISLAM

Menurut laporan wang zakat berjuta, berpuloh juta dan beratus juta  berjaya dikutip dan dikumpulkan.

Peliknya, ada sang pesakit buah pinggang  yang  memerlukan rawatan dailisis tidak mendapat bantuan sewajarnya.

Apakah pesakit gagal atau tidak tahu memohon dari Baitulmal?

Atau Baitulmal  tidak prihatin dengan masaalah ummat Islam.


Sunday, July 21, 2013

Nasib Pas di Kuala Besut

Pas pernah menang PRK Dun Telok Pasu.

Pas pernah menang PRK Parlimen Kuala Terngganu.

Maka, jangan hairan jika Pas boleh menang di Kuala Besut kali ini.

Jika kalah, itu biasa sahaja.

Saya mengucapkan syabas kepada petugas Pas yang sanggup bekerja keras di bulan puasa ini.

Tuesday, July 16, 2013

APA KHABAR?

Apa  khabar Pas Tampin?

Apa khabar Pas Jelebu

Apa khabar Pas Kuala Pilah

Apa khabar Pas Seremban

dan rakan-rakan senegeri ....


Friday, July 12, 2013

AMERIKA, ISRAEL DAN SYRIA

Oleh:  TT
 
Kuasa imperial Amerika syarikat  sedang merancang untuk  menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki  bom nuklear. Ini mungkin  agak susah  sadikit untuk difahami.
Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami.  Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual dikalangan masyrakat Melayu.
Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir. Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat selidikan sendiri.
Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkam sikap ‘budaya wajib mendengar’  dari bengolan-bengolan  yang dikatakan memiliki ‘authoriti’. Bengolan-bengolan   yang tahu bahasa sekian sekian sahaja yang memiliki tauliah untuk bercakap. Bengolan-bengolan yang berat serbannya sekian sekian sahaja yang pandangan boleh didengar. Akhirnya tertanam sikap suka  mendengar. Sikap suka mendengar ini telah membunuh sikap  ‘suka membaca’ dan ‘suka mengkaji dan  menyelidik’.
Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya  telah lama pencen dari menggunakan akaliah dan fikrah mereka. Apabila telah pencen  maka apa yang tersimpan dibelakang dua telinga itu  tidak lagi memiliki  kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal. Kegersangan  untuk berfikir ini telah dilepaskan kepada bengolan-bengolan yang dikatakan bertauliah.
Biar saya jelaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan  Shiah. Bukan konflik  mahzab Alawite dengan Sunnah wal Jamaah. Atau konflik Islam dengan  Kristian.
Memang saheh,  wujudnya konflik antara Shiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar  ini tidak demokratik. Memang betul ada gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik di Syria sama saperti elit politik di Malaysia atau  elit politik dalam negara dunia. Mereka zalim, ganas, rasuah dan  rakus merembat harta kekayaan negara.  Kezaliman dan penyempitan  hak kebebasan  warga ini adalah watak elit politik dunia ketiga.
Memang betul pada awalnya ada kumpulan  yang menuntut agar kebebasan dan ruang demokrasi di Syrian diperluaskan. Ini sama saperti tuntutan warga  Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas dan lebih demokratik.  Tidak mahu penipuan dalam pilihan raya. Semua ini adalah asas pejuangan warga dari negara Dunia Ketiga.
Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka minda pembaca untuk memahani teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam semula jadi. Ianya sama saperti  oxygen ertinya kontradiski  wujud bersama kita. Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud.   Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau penuh dengan  penganut Islam atau penuh dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan – kontradiksi terus wujud.
Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana kontradiksi.  Dalam kontradiksi ada pergeseran.  Pergeseran dan percanggahan inilah  yang mengerakan alam kita ini.
Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang  fudumental, ada yang tahap kedua dan ada  yang kurang penting. Kontradiksi ini berubah-ubah. Contoh terbaik  ialah dalam sejarah perjuangan  orang  yang terdahulu dari  kita ketika perang  dunia ke dua.  Ketika itu Tanah Melayu  sedang dijajah oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga Tanah Melayu dengan penjajah.
Tetiba Jepun datang menyerang.  British yang menjadi musuh utama  telah menjadi musuh ke dua.  Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundumental : penjajah Jepun.
Bagitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokrat Syria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi ajenda suci rakyat Syria ini telah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yang wujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Shia.  Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukan antara Presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yang bermazhab Sunni.
Kontradiksi utama atau pegeseran utama pada ketika ini  ialah diantara  rakyat Syria dari semua  mahzab  agama dengan kuasa imperialis  Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundumental ini maka akan silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dlihat satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.
Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya  ialah kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisma ini  ialah tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh sistem kapitalis.
Sistem ekonomi kapitalis  yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan bahan mentah, buruh dan  pasaran.  Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun ini telah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol.  Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis akan runtuh berderai.
Justeru wajib disedari jika Iraq hanya pengekspot petai, jering dan cincalok pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran  hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petrolium dan gas  maka Iran tidak akan diserang.
Pasti akan ada pembaca yang bertanya Saudi juga ada minyak kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang? Malaysia dan Berunai juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup senang. Rejim Arab Saudi  dan Qatar ini adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana terlaga minyak di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.
Bagitu juga Malaysia dan Berunai.  Dua negara Melayu ini adalah ‘budak setia’ kepada Amerika. Malah Malaysia  telah menghantar tentera ke Afghansitan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang cuba memadamkan  apa kebangkitan warga Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.
Tetapi Syria  tidak memiliki bahan bakar petrolium? Ini betul. Tetapi dalam strateji kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh. Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Shiah tetapi  kerana Syria menyokong perjuangan Hisbulah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.
Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman Presiden Hafeez al-Assad telah berkerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hisbullah dan Hamas.
Dari era Perang Dingin lagi  Syria telah dilihat amat sedia untuk bekerjasama  dengan USSR, kemudian dengan  Russia. Banyak kelengkapan persenjataan Syria  yang digunakan untuk melawan zionis  Isreal telah dibekalkan oleh Russia. Russia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intim dengan Russia  terjalin lama dan dibuktikan dengan wujudnya pengakalan tentera laut Russia di Tartus  semenjak tahun 1971. Tartus ialah   perlabuhan yang kedua terbesar di Syria.
Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan  sedang menjajah  wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967 dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.
Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Russia ini adalah satu pekara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan Clinton melihat bahawa kerjaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan strateji Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum serangan dapat dilakukan keatas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.
Disini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua Amerika. Saudi, Qatar dan Turkey. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan dana. Manakala Turkey menyedikan tempat di sempadan Turkey/Syria untuk melatih kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.
Hari ini telah diberitakan sebuah jet pejuang Turki telah jatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin  sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyat Turkey dan rakyat dunia.  Turkey kini memiliki cita-cita untuk sekali lagi – saperti zaman Ottoman dauhulu – untuk  dapat mempengaruhi Dunia Arab. Turkey memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul   kerana Turkey memiliki   viagra  yang bernama Nato.
Para pembaca wajib sedar bahawa dibelakang semua ini ialah kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar dan Turkey sebagai budak suruhan gerakan Zionist International.
Pada ketika  ini kuasa  dan pengaruh zionis Israel  cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut telunjuk Benjamin Natanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat – tahun pilihan raya -  dimana tidak ada bakal Presiden Amerika  yang berani bercanggah dengan Isreal.
Amerika , Saudi, Qatar dan Turkey semunya   sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal. Kita wajib sedar dan berwaspada kerana  dibelakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung  perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang sedang merancang untuk mendirikan New World OrderSatu  Dunia Baru – dimana semua harta kekayaan dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh senjata-senjata buatan  Amerika dan Nato.
Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini. Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Shiah. Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut kebebasan dan demokrasi.  Mungkin ada yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusha menaburkan demokrasi saperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq atau di Libya.
Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya  cadangkan agar  mereka  pergi ke Kedutaan Saudi dan Qatar untuk  bertanya bila piliharaya akan diadakan  di Saudi Arabia dan Qatar? Khalas. (TT)

Thursday, July 11, 2013

ARAB SAUDI, SYRIA DAN ISRAEL

 
Sebelum arwah ibu dan abah saya  bertolak ke Mekah , mereka telah diberi kefahaman tentang perangai Arab Saudi yang akan mereka temui di Mekah dan Madinah. Penerangan ini diberikan oleh kaum keluarga yang telah menunaikan fardu haji lebih awal.  Kesah dan tingkah laku perangai Arab Saudi ini hanya tersebar dari mulut ke mulut. Malah, semua bakal haji dari Malaysia telah sedia maklum serba sadikit tentang hal perangai Arab Saudi ini.

Tetapi ‘kesah’ ini tidak pernah dihebohkan oleh media. Ianya hanya menjadi ‘cerita-cerita rakyat’. Hujah penghalalan yang selalu kita dengar hanyalah: ...kerana itulah Muhamad dihantar ke Mekah....untuk mentamadunkan Arab. Rasa saya 1,500 tahun adalah satu masa yang agak lama untuk proses melahirkan satu tamadun. Jika lembu atau kerbau dididik selama 1,500 tahun pasti lembu atau kerbau ini telah bijak bistari.

Tingkah laku lucah yang dilakukan terhadap warga asing  yang menunaikan haji sering kita dengar. Kalau dibuku dan jilidkan telah melangit tingginya. Kesah-kesah keganasan yang dilakukan terhadap buruh impot dari Pakistan, India danBangladesh yang memburuh di Saudi Arabia akan meremangkan bulu roma. Keganasan seksual – rogol dan dera -  terhadap pekerja wanita yang diimpot dari Indonesia dan Pilipina telah lama menjadi buah mulut.


Tetapi kenapa agaknya Hillary Clinton tidak bersuara tentang keganasan terhadap kaum sajenisnya. Kenapa CNN tidak membuat laporan? Kenapa Parlimen Eropah tidak bersuara? Kenapa agaknya media antarabangsa semuanya senyap sepi tidak bersuara tentang penindasan warga perempuan Saudi yang bukan sahaja tidak boleh mengundi malah tidak boleh befikir. Jauh sekali untuk memandu kereta.  Kenapa tidak ada tuntutan ‘pendemokrasian’ dari Amerika terhadap Saudi Arabia? Kenapa warga Iraq sahaja yang perlu demokrasi tetapi warga Saudi tidak perlu? Semua ini soalan yang wajib di jawab.

Untuk saya negara yang bernama Saudi Arabia ini adalah ‘scam’ yang paling besar yang sedang menimpa penganut agama Islam diseluruh dunia. Saudi Arabia  membuktikan  bagaimana kesucian dan takwa para penganut agama Islam telah diekspoit oleh keluarga Ibnu Saud.

Dari sudut sejarah,  dizaman Nabi Muhamad tidak ada raja  di Saudi Arabia. Dalam kitab awal Ibnu Hisham  - As-Sirah an-Nabawiyyah - yang ditulis 200 tahun salepas Nabi Muhamad wafat tidak ada langsung disebutkan nama raja, derajat sultan atau daulat tuanku. Malah agama Islam secara radikal menentang kaum feudal  kerana sistem feudal ini bercanggah dengan teoloji Islam. Jadi dari mana munculnya  RajaSaudi ini?

Sejarah merakamkan bahawa Saudi Arabia ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama.  Semenanjung Arab ini saperti Negara Telok dipimpin oleh  pelbagai ketua suku dan ketua kabilah. Perbalahan danperperangan antara suku dan kabilah sering  belaku dikalangan bangsa Arab ini.  Maka disinilah munculnya T.E Lawrence seorang ajen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Kerajaan Ottaman yang berpusat di Istanbul.

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud , kekutan kerajaan Ottoman disebelah selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah.  Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara resminya kuasa kerajaan Khalifah  Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924.

Akhirnya pada tahun 1932 lahirkan apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom ofSaudi Arabia. T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang   homosexul  telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Saudi Arabia.

Disini saya ingin membawa para pembaca untuk  untuk memahami konsep yang dipanggil geo-politik.  Geo-politik ini ialah politik kawasan , bumi,  tanah atau wilayah yang dianggap stratejik dan penting. Stratejik kerana kedudukan wilayah ini dari segi ketenteraan. Penting kerana wujudnya sumber asli yang ditemui dalam wilyah ini.

Pada hemat saya, jika  Saudi Arabia mengekspot petai dan jering maka setiap hari kita akan membaca tentang kejahatan kaum kerabat Saud. Kita akan membaca bagaimana kaum kerabat Saudi ini berpoya-poya berjudi  di London atau Paris. Atau kesah keluarga Saud  bercanda-canda di kota-kota besar di Eropah. Tetapi hakikatnya bukan petai dan jering tetapi bahan bakar petrol.

Saudi Arabia adalah negara kedua dalam dunia – sesudah Venezuela -  yang memiliki simpanan minyak terbanyak yang masih belum dicarigali. Hari ini SaudiArabia  adalah negara pengskspot utama – 12 juta tong sehari – minyak mentah dariSaudi memasuki pasaran dunia. Justeru Saudi Arabia adalah kunci keselamatan sistem ekonomi kapitalis yang bergantung  kuat dengan  bahan bakar petrol.

Sayugia dikhabarkan disini bahawa 15 dari 19 orang   pengganas yang menyerang WTC pada 9/11 di New York datang dari Saudi Arabia. Menjadi amat pelik – tindak balas  dari George Bush bukan tehadap Saudi Arabia tetapi kepada Afghanistan danIraq. Ini hanya satu contoh yang jelas dimana kuasa imperial Anglo-Amerika akan memilihara ‘kaldai’  tunggangan mereka dalam percaturan geo-politik dunia hari ini.

Ramai warga Melayu Islam mungkin  tidak menyedari bahawa  keluarga diraja Saudi  ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Mereka tidak memiliki petalian teoloji dengan Islam. Malah, yang saheh,  pada ketika ini keluarga Saudi ini adalah tali barut dan ajen  yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Keluaraga Saud ini bukan tidak pernah  ditentang. Pada  20 November 1979 dahulu satu pemberontakan telah  berlaku. Kaabah telah diambil alih  selama 2 minggu oleh kumpulan anak-anak muda yang menentang pemborosan, rasuah dan kelakuan kaum  keluarga Saud. Keluarga Saud tergamam. Hanya dengan bantuan Amerika barulah pemberontakan ini dapat dipatahkan.

Untuk meneruskan kuasa feudalnya, untuk meredakan kebencian rakyat maka  RajaSaudi kini mengelarkan diri mereka – Penjaga Dua Masjid. Ini hanyalah tembok untuk mengolah persetujuan penganut Islam  seluruh dunia bahawa keluarga Saud ini berhak keatas tanah suci Mekkah dan Madinah.

Melalui duit minyak petrol keluarga Saud ini telah menabur pengaruh ke seluruh dunia. Mengembangkan  faham kolot lagi jumud. Melalui pelbagai yayasan, melalui pelbagai bentuk  anak-anak syarikat, kaum keluarga Saudi ini telah  mendana masjid, sekolah dan pelabagi bentuk wakaf untuk memastikan penganut agama Islam terus dibodohkan. Warga Islam diseluruh dunia tidak akan mempersoalkan apa yang sedang mereka lakukan atas nama Islam.

Pemusnahan artifek-artifek sejarah yang membina ingatan bersama budayaArab/Islam dari zaman sebelum Nabi hingga ke zaman Nabi telah dilakukan oleh keluarga Saud ini.  Umum telah difahamkan bagaimana kota Mekah telah menjadi ‘vulgar/lucah’ dengan Mek Donald  dan Kentaki  Fried Fak. Bertafakur atau berdoa di hadapan makam kaum keluaraga Nabi dianggap ‘syirik’  tetapi menyambah  Mek Donal dan Kentuki dianggap soleh.

Para pembaca jangan tersilap faham tujuan tulisan ini bukan hendak menghina Islam tetapi untuk menunjukkan bahawa keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Islam dan  rejim Saudi ini adalah sebahgaian dari punca huru hara yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Kaum pemodal dan kuasa imperialis Anglo-Amerika telah menggunakan Islam jenisSaudi ini untuk mematahkan perjuangan gerakan pembebasan warga Islam khususnya dan warga dunia amnya.  Gerakan pembebasan Palestin telah dimandulkan. Gerakan demokrasi di Bahrain sedang diganyang dengan bantuan dolar Saudi.

Satelah memahami semua ini saya ingin membawa kembali para pembaca kepda keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab. Saddam telah dimusnahkan kerana Saddam  ingin menggantikan dolar sebagai duit pertukaran jaul beli minyak. Gadaffy dimusnahkan kerana Gadaffy menentang pengkalan tentera Amerika didirikan di  Afrika.

Kini Bashar perlu ditewaskan kerana dari segi geo-politik wilayah Syria ini amat penting untuk tentera Amerika masuk menyerang Iran. Semenjak zaman berzaman – dari sejarah Perang Salib – kita mengetahui  bahawa Damshik dalam negeri  Sham   adalah kota stretejik.  Pintu ke Amman, pintu  belakang ke Baghdad, pintu  ke Libanon semua bermula di Damshik. Justeru pada tahun 2008 yang lalu kota Damascus telah dinobatkan sebagai kota budaya Arab.

Semenjak dari ribuan tahun wilayah Levant  inilah yang menjadi titik mula tamadun dunia. Di wilayah ini tulisan dimulai. Di wilayah ini juga konsep Tuhan Yang Maha Esa ditemui. Sumer, Babil, Akkad adalah kota-kota kuno yang  mengasaskan  kemunculan kota  Damascus dan Baghdad yang akhirnya membawa Percerahan.  Berbanding dengan Saudi - tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika dalam perancangan geo-politik untuk mengepong China dan Russia kini sedang bekerjasama dengan Saudi Arabia dan Isreal.  Israeldan Saudi Arabia  dilihat sebagai ‘berseteru’ tetapi dua negara  sedang  berkerjasama untuk mematahkan apa sahaja bentuk gerakan demokratik  yang berkemungkian muncul di bumi Arab.

Pada tahun 2007 kuasa imperialis Amerika telah memberikan  60 bilion dolar melalui apa yang dipanggil  ‘military-aid package- bantuan ketenteran’. Sebanyak 13 bilion dolar nilai senjata ini akan dihantarkan kepada Saudi Arabia.  


Amat jelas dari bantuan persenjataan ini Saudi amat penting dalam pecaturan geo-politik Amerika. Kini senjata yang diterima dari Amerika sedang digunakan oleh gerombolan anti-Bashir. Senjata yang dibeli dipasaran gelap dibayar dengan duit petrodalar Saudi.  Duit Saudi juga digunakan untuk merekrut tentera-tentera upahan yang dipanggil Free Syrian Army. Free disini kerana mereka mendapat semua bantuan ‘free’ dari Saudi Arabia.

Dari segi ideoloji pula, fahaman reaksionari feudal Saudi ini sedang dijaja dari Moroko ke  Maldivess. Dari Bahrain kena Bukina Faso.  Dari Jerico ke Jakarta.  Dari  Dubai ke Dungun.  Ajaran kolot Islam jenis Saudi ini akan ditemui di negara yang ada warga beragama Islam.

Sekali lagi saya jelaskan bahawa penentangan  Saudi Arabia terhadap Bashar di Syria dan Ahmadinejad dari Iran bukan kerana Shiah atau kerana Sunni.  Bukan juga  untuk menegakakan shiar Islam. Penentangan ini  lahir dari strateji geo-politik kuasa Anglo-Amerika yang kini sedang merancang untuk mengepong China dan menekan Russia.

Justeru China dan Russia  telah menggunakan kuasa veto  dan akan terus mengunakan kuasa veto jika ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu dilihat  sebagai topeng untuk menghalalkan tentera Nato menyerang Syria. China dan Rusia telah ‘tertipu’  apabila ketetapan PBB telah menghalalkan  tentera Nato menyerang Libyadan Gadaffy. (TT)