Friday, September 5, 2008

BERJAYAKAH ANWAR JADI PM

Member lama ketika Sekolah Menengah Munshi Melaka 1978 bertanya kepadaku " bolehkah Anwar jadi PM menjelang 16 September ini". Dia mahu jawapan yes or no. Aku hanya jawab, dunia menanti Anwar jadi PM. Ha ha. Aku bukan nak jawab soalan itu kali ini, tetapi nak lihat kesah disebalik sejarah Umno dan Anwar.

Mengapa Dr M menjemput Anwar menyertai Umno pada 1982 dalam keadaan semua orang tahu bahawa Anwar memang kritikal kepada kerajaan. Apa yang meyakinkan Mahathir memilih Anwar dan apa yang meyakinkan Anwar menyertai Mahathir?

Menurut kesahnya dari mulut ke mulut macam sejarah lisan, antara hujah Mahathir yang meyakinkan Anwar kenapa Mahathir memilih beliau ialah Mahathir tak yakin dengan pelapis yang sedia ada dalam Umno dari segi keperibadian dan intelektualnya. Agaknya Mahathir pun fikir yang dia nak jadi PM selama 10 ke 15 tahun, maka pelapis seusianya seperti Ku Li, Musa Hitam dan Ghaffar Baba tentu tak sesuai apabila menjelang hari pesaraannya. Dengan usia yang muda ketika itu, Anwar sudah ada ramai kontek antarabangsa khususnya di negara Arab, maka Anwarlah calun yang berpotensi menggantikannya nanti.

Tetapi ikut Mohamad Sabu yang pernah dicakap kepadaku 10 tahun lalu, Mahathir memerlukan Anwar kerana generasi muda pada masa itu lebih memilih wadah Islam dan tidak berminat dengan Umno lagi. Hampir semua kampus dikuasai oleh golongan Islam pro Pas. Student luar negara pun menerima kebangkitan Islam dengan hebat sekali. Umno macam tersisih di sana. Inilah faktor utama mengapa mahathir mahu Anwar.

Dengan kemasukan Anwar ke dalam Umno dan kerajaan, golongan ustaz, kakitangan awam, NGO, dan rakyat awam yang berminat dengan Islam meletakkan harapan kepada Umno semula. Harapan rakyat yang menggunung kepada Anwar ialah menanti ketika beliau menjadi PM.

Tidak hairanlah kita melihat ledakan sokongan reformasi 1998 apabila Anwar dipecat dari TPM. Orang kampong di Kuala Pilah pun turut menyokong Anwar sehingga Roslan Kassim pun hampir menang bertanding parlimen di situ. Maka, memang tepat ramalan Mahathir tentang kekuatan Anwar dalam politik Malaysia dan mengajak awal-awal lagi menyertai Umno dan kerajaan.

Selama lebih 16 tahun, Anwar menjadi penyelamat politik Mahathir di dalam dan di luar Umno. Mohamad Sabu menambah lagi itulah dosa Anwar; melambatkan kemenangan Islam dan menyelamatkan Umno yang sudah mulai rosak ketika itu.

Apabila Anwar bebas dari penjara, ia dapat memainkan peranan penyatu dalam politik sehingga keputusan pilihanraya 2008 memberi pukulan kepada BN. Pada PRU lalu, majoriti bukan Melayu menyokong BA. Oleh kerana sudah 1o tahun Anwar di luar politik, maka sokongan kaum Melayu mulai menurun. Memang sifat orang Melayu sentiasa berpihak kepada pemerintah walaupun pemerintah rasuah dan zalim. Jika sokongan orang Melayu macam 1999 dan sokongan bukan Melayu macam Mac 2008, BN pasti telah tumbang pada Mac lalu.

Mahathir bukan hebat memerintah, tetapi dia bertuah mewarisi pemerintahan Tun Razak dan Husin On dan tiba-tiba Malaysia memiliki hasil minyak. Telalu banyak isu ekonomi di zaman Mahathir, tetapi diselamatkan oleh imej islam Anwar.

Sekarang, dengan senario politik semasa yang lebih terbuka dan kepantasan IT, manusia bernama Anwar yang tangkas dan pantas ini, berupaya meyakinkan sesiapa sahaja tentang konsep Malaysia Baru yang diperjuangkannya. Tambahan pula kanser dalam Umno telah membusong dan akan meletup bila-bila masa.

Untuk member lama Munshiku itu, jawapannya ialah sejak 1982 sehingga sekarang, sejarah politik Malaysia ialah sejarah Mahathir dan Anwar. Mahathir dah pun pencen. Pak Lah atau Najib tiada keupayaan mengatasi kehebatan Anwar. Hadi, Mohamad Sabu, Kit Siang dah jadi kawan Anwar. Tiada yang menghalang Anwar menjadi PM kecuali liwatnya sahaja. Jika 16 September ini tidak menjadi, tunggu sahajalah PRU 13, dengan syarat kerajaan negeri PR membuktikan kerajaan yang bersih dan pro rakyat.

2 comments:

Rausyanfikir said...

We are waiting. Kita kena buat satu think tank check and balance bang.Nak harapkan PAS and DAP payah gak.

Sutera Timur said...

Hai perlukah dinantikan orang seperti Anwar menjadi PM.Memang betul PAK LAH lemah tapi tunggulah pru13.Takkan berlagak seperti samseng dan mengumpan ahli dewan dan mengejar mereka secara kurang sopan untuk lompat pagar.Mana intergriti,bersih ,jujur yang kita perjuangkan selama ini.Jadi jantan lah sikit pru 13 pun bukan lama sangat barulah rakyat malaysia salute kerana ianya bukan saja bersih ...tapi ternampak bersih dan harum lagi..tak busuk...bukan lama pun......lagi sabar sabarlah he...he...he...