Tuesday, September 23, 2008

BUBUR LAMBUK AJA

Ketika remaja berbuka puasa di masjid kampong, jemaahnya ialah orang kampong itu sendiri. Tiada orang asing atau orang musafir. Yang hadir pun tak lebih 10 orang. Kini bila di KL, khususnya sekitar Sentul, yang ramai hadir berbuka di masjid ialah pekerja asing seperti warga Pakistan, Bangladesh dan Indonesia. Rakyat Malaysia pula terdiri dari warga emas yang duda, orang yang kehilangan pekerjaan dan beberapa orang anggota kariah keliling masjid. Selepas 20 hari aku bergaul dengan anggota jemaah ini, aku dapat merasakan bahawa mereka antara yang layak menerima zakat.

Dikatakan majlis berbuka di kawasan elit misalnya di Shah Alam, meriah sehingga majlis berbuka dihadiri lebih 300 orang. Ramai dermawan sehingga makan nasi secara tetap setiap waktu berbuka.

Hari ini di salah sebuah masjid di Sentul, orang besar DBKL berbuka bersama. Semuanya berbuka menu tetap, bubur lambuk. Tetapi selepas maghrib, orang besar DBKL itu dihidangkan jamuan nasi nampaknya dalam bilik khas. Terlintas di hatiku, orang kaya di jamu dengan nasi rupanya dan orang bawahan cukup le dengan bubur lambuk aja. Entah le.


No comments: