Thursday, October 16, 2008

INSTITUSI ILMU PUN RASUAH

Sebuah negara yang baru merdeka mengutamakan program pembangunan pendidikan. Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun. Malangnya institusi berkaitan dengan ilmu ini pun juga menghadapi isu rasuah. Utusan hari ini melaporkan kes seorang Dekan di UITM yang telah dihukum penjara 3 tahun oleh mahkamah kerana kes tipu invois.

Ainon Mohamad, Sifu PTS telah mendedahkan penyelewengan berjuta ringgit di Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Hishamudin Husin On, calun Naib Presiden Umno yang terbanyak mendapat pencalunan dari Umno Bahagian. Hari ini sekali lagi Ainon Mohamad mendedahkan sesuatu yang misteri di Perpustakaan Negara Malaysia. Baca di sini kesahnya.

Jika institusi berkaitan dengan buku dan ilmu pun ditimbuni rasuah, inikan pula di bidang Keselamatan. Kalau dulu di zaman Mokhtar Hashim kes mee segera yang berharga RM 12.00 sebungkus. Kini di zaman Najib kes kapal selam dan helicopter yang melibatkan kes rasuah dan harga melambung melebihi beratus juta ringgit pula. Alangkah baiknya jika wang itu dapat diselamatkan dan digunakan untuk menghapuskan golongan miskin tegar.

Benarlah kata Saidina Ali (r.a) bahwa kemiskinan hanya wujud kerana pembaziran dan ketidakadilan. Kes rasuah boleh dimasukkan di dalam kedua-dua kategori itu. Jika penjawat awam dan menteri semuanya orang islam, Islam jenis apakah yang sedang dianut oleh warga muslim kini, sehingga menampakkan yang kaki rasuah ialah orang islam.

Penjawat awam di UK yang bukan Islam lebih bebas rasuahnya berbanding penjawat awam muslim di Malaysia. Pernah satu hari semasa bersembang dengan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, ia berkata " agaknya Islam yang orang Malaysia anut berlainan dari Islam Nabi Muhammad (saw) kot". Kekadang naik pelik pula bila terfikir golongan bukan Islam lebih komited memerangi rasuah tetapi golongan Islam bertolak ansur dengan rasuah.

Fikir-fikirkanlah.


No comments: