Thursday, December 4, 2008

KM MISKIN IDEA

Apabila Ali Rustam menganugerah gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, ianya tidak memeranjatkan saya. Malah ia menambah keyakinan saya bahawa Ali Rustam memang miskin idea dan kadang-kadang memang kelihatan bangang.

Saya pernah beberapa kali bersama beliau di dalam mesyuarat bulanan sebuah koperasi nasional yang beliau menjadi anggota lembaga pengarahnya pada tahun 1986. Ketika itu beliau anggota exco negeri Melaka. Tak nampak langsung ideanya. Beliau lebih banyak senyap dalam mesyuarat, harapkan senyum kambingnya sahaja.

Apabila Pas menang di Kelantan pada 1990, dia mengarahkan pegawai kerajaan Melaka jangan sesekali membuat lawatan ke Kelantan. Yahudi Israel pun tak buat macam tu. Kalau dengar hujah dan ucapan politiknya, sebiji macam orang KEMAS yang bercakap. Rupa-rupanya betul, beliau pernah jadi Pengarah Kemas Melaka.


Pernah satu ketika saya menemankan Hj Mohamad Sabu berceramah di Melaka, dia jadi dalang mengganggu ceramah Hj Mohamad Sabu. Memang macam Abu Jahal. Maka tak salah lintasan hati saya pada kali pertama saya berjumpa dengannya; makhluk ini memang miskin idea. Hairan juga bagaimana dia boleh jadi Presiden Belia 4B dan Ketua Menteri Melaka. Agaknya itulah taraf pengikut Umno. Pengikut pilih pemimpin yang setaraf macam mereka juga.

Alahai Melaka negeriku.


No comments: