Wednesday, December 3, 2008

MENGIKHLASKAN DIRI

Tak berani saya nak menulis bab ikhlas dalam perjuangan kerana terasa masih belum layak membicarakan hal ini. Tetapi ketika zaman Pas sudah bersama memerintah di empat negeri, rasanya perlu juga diperkatakan bab ikhlas ini.

Kemenangan 2008 membolehkan kerajaan PR meletakkan ramai aktivisnya dalam pelbagai jawatan yang berelaun, bergaji dan juga jawatan berpencen apabila tamat perkhidmatannya nanti.

Sebelum memerintah, aktivis Pas berkhidmat tanpa bertanya apa pulangan dunia. Namun selepas Pas menang, ahli Pas makin cerdik. Mereka bukan sahaja mahu jawatan yang berelaun dan bergaji, tetapi memilih jawatan yang ada pencen. Jawatan di GLC pun mereka tak berminat kerana hanya dapat pulangan semasa berkhidmat sahaja. Mereka mahukan jawatan berpencen nanti. Ha ha. Cerdiklah tu. Memilih yang terbaik.

Apa pun yang saya masih berasa sedih apabila Azizan Razak tak melantik Abu Kassim Abdullah sebagai Speaker DUN Kedah kerana kononnya nak pilih yang pandai Bahasa Inggeris sahaja. Kali ini dia berfikir macam Mahathir. Di Kelantan dan Terengganu dulu, MB kita tak berfikr macam itu. Atau Azizan terhasut dek orang JIM untuk melantik orang JIM sebagai Sepeaker. Hanya Allah dan Azizan sahaja yang tahu. Abu Kasiim yang begitu lama dalam Pas dan berjawatan serta berkemampuan sebagai Pengerusi Tetap Pas tidak dipertimbangkan. Oleh kerana Abu Kassim juga mempunyai ramai musuh politik dalam Pas Kedah, maka tindakan Azizan itu tidak menimbulkan protes yang hebat. Orang JIM juga yang untung, walau pun menyertai Pas selepas pencen sahaja.

Ya, ikhlaskan diri kau wahai orang Pas walaupun dilihat bodoh!!!! Orang Sunni menerima Muawiyah yang cerdik yang menipu Saidina Ali yang ikhlas.

No comments: