Friday, October 31, 2008

ORANG MELAKA YANG BERANI

Bukan mudah anggota perkhidmatan awam aktif dengan Pas. Tambahan pula dari kumpulan ikhtisas atau dulu disebut Kumpulan A. Kena pindah wajib dah. Peluang naik pangkat kabur langsung. Ramai sahabat saya yang sepatutnya sudah layak jadi Pengetua, melepas. Kawan junior pula yang memotongnya jadi Pengetua. Walaupun redha, tapi di sudut hati terkilan juga.

Salah seorang sahabat saya ialah anak Melaka. Seorang guru dedikasi dan cemerlang. Tanyalah murid-muridnya, tentu mereka terlalu berpuas hati dengan prestasi guru ini. Sahabat saya ini aktif dengan Pas. Bukan sahaja aktif tetapi siap dengan blognya. Tetapi masih lagi selamat, belum diber amaran untuk berhenti dari Pas atau dipecat jawatannya. Kena pindah banyak kali, jangan kiralah. Lama-lama Kementerian Pendidikan pun tak ada tempat nak pindahkan.

Kalau kerja sendiri aktif Pas, kita tak hairan. Tetapi jika kerja kerajaan dan aktif Pas, memang orang tu berani.

Saya berbangga dengan sahabat yang berani ini. Saya doakan beliau terus kekal dalam jawatannya sehingga pencen. Saya sendiri pun tak sanggup kalau majikan dok kacau saya untuk aktif Pas. Lebih baik belah terus. Tu fasal saya belah dari jabatan kerajaan pada 1993 selepas berkuli selama 10 tahun. Ha ha.

Hayatilah blog sahabat saya ini. Ada posting tazkirah yang best. Klik di sini.

Wednesday, October 29, 2008

KETUANAN MELAYU

Apabila BN hilang 5 negeri, heboh isu Ketuanan Melayu. Setakat ini Raja atau Sultan yang 5 negeri yang diperintah oleh PR, masih lagi Melayu. MBnya pun masih Melayu kecuali Pulau Pinang. KM Pulau Pinang yang asal pun Cina. SUK Negeri pun masih Melayu. Ketua Jabatan pun masih kekal seperti mana ditetapkan oleh JPA. Tiada apa pun Melayu yang hilang. Yang hilang ialah kuasa yang dimonopoli oleh Umno sahaja. Yang hilang ialah kontrak yang dibolot oleh puak-puak Umno. Ketua kampong terpulang kepada orang kampong. Malah MB Kedah masih mengekalkan orang Umno sebagai ketua kampong lagi hinggakan orang Pas merajuk dengan MB tu.

Sebenarnya Umno yang hilangkan Ketuanan Melayu selepas 50 tahun merdeka. Raja Melayu yang ada sedikit kuasa dulu dah dihakis semasa pindaan perlembagaan. Tanah rezab Melayu diambil untuk pembangunan langsung tidak diganti. Pelaksanaan Bahasa Melayu diperingkat IPT dihancurkan oleh Dr M. Bahasa Melayu dimahkamah yang diwajibkan dulu pun dah tak terlaksana lagi. Kalau Bahasa Melayu hanya untuk perbualan semasa sahaja, itu maknanya bahasa itu belum dimartabatkan. Tiada maknanya jika slogan Ketuanan Melayu jika Melayu yang memerintah pun tak mahu dan tak mampu memartabatkan bahasanya sendiri. Malah dilihat mahu meminggirkannya.

Biasiswa dan dermasiswa untuk pelajar Melayu di IPT pun tinggal saki baki untuk pelajar ke luar negara sahaja. Umno masih gagal meningkatkan golongan profesional Melayu ke tahap 50%. Kalau tak percaya melawatlah HKL dan baca senarai Ketua Jabatan di pintu utama HKL tu. Tak sampai pun 50% orang Melayu jadi Ketua Jabatannya.

Milikan ekuiti Melayu di BSKL berapa peratus Melayu?. Milikan ekuiti Saham Amanah berapa peratus Melayu. Boleh kerat jari (jari ayam le) kalau Melayu ada 30%. Siapa yang berkuasa selama ini. Umno/BN kan. So, mengapa tak salahkan diri sendiri.

Yang dibisingkan Bahasa Melayu di tepi jalan. Yang utama ialah penggunaannya di bidang ilmu, perundangan dan pentadbiran negara. Yang dibisingkan seorang Pengurus Besar di PKNS. Yang utama ialah penguasaan pengurusan Melayu di dalam syarikat berhad di BSKL tu. Kalau setakat Melayu di GLC, Mat Rempit pun boleh buat kalau diberi kuasa.






Tuesday, October 28, 2008

PAYAHNYA MULTI RACIAL

Raya kita bangsa lain sambut sakan. Tak terlarat YB kita menjamunya. Tetapi bila raya depa macamana kita nak buat oi. Sahabat lama saya ketika di UKM, Uztaz Yusof Embong mengupasnya. Bacalah sendiri di sini.

Mungkin ada pendapat baru kot dalam era berPR la ni. Ha ha.

Monday, October 27, 2008

KESAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT LASKAR PELANGI

Setahun terakhir ini memang dah tak minat baca novel walaupun dilapurkan ceritanya best. Entah macam mana ketika di Jakarta pada Selasa lalu, Pak Adam aktivis PKS menghasut saya menonton filem Laskar Pelangi. Katanya kesah benar dan meletup. Kesah Laskar Pelangi asalnya dalam novel dan telah pun berada di pasaran Malaysia yang diterbitkan oleh PTS.

Aduh, memang sedih ceritanya. Bagi sesiapa yang mengikuti perjuangan Sekolah Agama Rakyat(SAR) di negara ini sejak sebelum merdeka sehinggalah ke era Dr Mahathir yang membatalkan peruntukan kepada SAR selepas BN kalah banyak pada 1999; memang dapat merasakan kepedihan menghidupkan Sekolah Agama ini samada di Indonesia atau di Malaysia.

Walaupun saya tahu perjuangan Muhammadiyah menggerakkan institusi pendidikan di Indonesia, tetapi baru saya 'terasa' kegetirannya selepas menonton filem ini.

Jika ada iringan muzik ala Hindustan dalam filem ini, agaknya air mata mencurah-curah jatuhnya. Ha ha. Kalau Alwi yang menontonnya, mahu setempayan air mato mencurah!!!

Kesah ringkas Laskar Pelangi baca di sini.

Saturday, October 25, 2008

TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA DI INDONESIA

Pilihanraya umum Indonesia akan berjalan pada April 2009. Penamaan calun talah dibuat pada bulan lalu. Maknanya kempen berjalan selama lebih enam bulan. Pengundi mempunyai masa mengenal peribadi dan kelayakan calun dan parti yang diwakilinya. Baru telus dan gentleman kan. Jika calun nak rasuah wang kepada pengundi, kalau tak bankrap boleh pokai oi. Suasana semacam ini tak merasa di Malaysia!!.

Elaun Ahli Parlimen di Indonesia sekitar RM 15,000.00 di samping disediakan kemudahan rumah. Mereka tiada pencen. Tugasnya banyak di parlimen mengawasi belanjawan kerajaan. Menteri di lantik oleh Presiden dan bukannya dari kalangan Ahli Parlimen. Maka menteri takut kepada Ahli Parlimen. Presiden akan mengambil pandangan Ahli Parlimen untuk memecat menteri yang tidak cekap atau rasuah. Di Malaysia, Ahli Parlimen BN jadi tukang bela kepada Menteri yang rasuah. Beli helikopter melebehi harga pasaran pun mendiamkan diri sahaja.

Presiden Indonesia di pilih langsung oleh rakyat. PM di Malaysia hanya ditentukan oleh parti yang menang majoriti di parlimen. Best jadi rakyat Indonesia, ada suara dan hak memilih Presidennya. Kewibaan Presiden dinilai oleh semua rakyat. Media bebas melaporkan tingkah laku Presiden, bukan macam akhbar Malaysia yang sentiasa mengampu PM.


Friday, October 24, 2008

GAWAT EKONOMI

3 Hari 2 malam di Jakarta menghabiskan masa berbual dengan rakan dari PKS dan membaca akhbar dan majalah tempatan. Rumusannya mereka terasa kegawatan ekonomi. Akhbarnya terbuka mengakui Indonesia mengalami tekanan yang amat sangat. Di Malaysia, akhbar cuba menutup kesan tekanan ekonomi ini walalupun Najib dah pam RM 5 bilion dalam BSKL. Kalau bagi duit subsidi kepada rakyat, pemimpin BN dok mengungkit sahaja, tetapi selamatkan harga saham di BSKL tak mengapa pula. Untunglah jadi orang kaya.

Sahabat-sahabat di Felda dok sms merintih harga getah dan hujan merudum serentak. Harga getah sekerap di Indonesia RM 1 tetapi di Malaysia masih RM 2.00. Pekebun kecil getah di Indonesia duduk berehat sekarang, tiada motivasi untuk menoreh. Parah sekali perasaan mereka menghadapi kegawatan harga getah ini. Terkenang beberapa tahun lalu ketika harga getah di paras terendah, ramai peneroka menjadi pemandu bas dan kakitangan sekuriti di Kuala Lumpur. Apakah kesah ini akan berulang lagi?

Monday, October 20, 2008

ESOK BERAYA DI JAKARTA

Esok kami tiga beranak ke Jakarta jumpa rakan perniagaan sambil menziarahi seorang sahabat lama yang sudah 10 tahun berniaga di sana. Sesekali sahaja beliau balik ke KL. Dia pesan bawa ketupat Adabi. Ha ha.

Maka tak dapat le menemankan Hj Mahfuz Omar yang akan beraya dengan Pas Tampin pada 22 hb ini.

Cuti 4 hari sahaja.

Jumpa lagi.

SEJARAH RINGKAS SHAMSIAH FAKEH 1

1924 - Lahir di Kampung Gemuruh Kuala Pilah, Negeri Sembilan

1931 - Belajar di Sekolah Melayu Kampong Parit, Kuala Pilah, 2 Km dari bandar Kuala Pilah arah ke Seremban. Kemudian berpindah ke Sekolah Melayu Bandar Kuala Pilah sehingga darjah lima

1938 - 1940 - Belajar di Madrasah Tuddimiah Padang Panjang, Sumatera Barat.

1940 - Belajar di Madrasah Aliyah Islamiah, Kuala Pilah, sebuah intitusi menekankan pembelajaran terjemahan al quran 30 juz secara harfiah dalam tempoh setahun sahaja. Shamsiah mengaku mendapat kebolehan terjemahan al quran 30 juz itu. Madrasah ini di asaskan oleh Hj Mohammad Maadah Layang. Konsep pembelajaran ini di sambung oleh Uztaz Hashim Ghani di Madrasah Ittiba As Sunnah di Batu 1, Jalan Seremban, Kuala Pilah. Kini madrasah ini dipimpin oleh Ustaz Musa Saderi, menantu Alllahyarham Uztaz Hashim Ghani. Semasa Mohamad Sabu dibuang daerah di sini, beliau sempat belajar kaedah terjemahan ini. Jangan terperanjat kekadang Mohamad Sabu memberi kuliah maghrib dengan membawa quran biasa sahaja.

1941 - Berkahwin dengan Yasin Kina, mendapat 2 orang anak; seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua anak meninggal semasa kecil lagi.

Jun 1944, Shamsiah bercerai dengan Yasin Kina.

Bersambung lagi....

SHAMSIAH FAKEH MENINGGAL DUNIA

Seorang lagi pejuang kemerdekaan meninggal dunia. Shamsiah Fakeh anak kelahiran Kuala Pilah meninggal dunia pagi tadi. Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Sungai Besi, selepas solat Asar hari ini, demikian menurut Suara Keadilan.

Bekas pimpinan AWAS ini pernah berkahwin dengan Ahmad Boestamam. Mendapat didikan awal di Maahad Ittiba' As Sunnah Kuala Pilah, sebelum sepenuh masa menyertai pelbagai pertubuhan memperjuangkan kemerdekaan.

Al fatihah untuk beliau. Moga Allah memberi pengampunan kepadanya.

Saturday, October 18, 2008

HJ HADI VS MELAYU

Sebelum kebangkitan era kepimpinan ulamak dalam Pas pada awal 80an, Pas bercakap lebih Melayu dari Umno. Kelahiran ulamak muda dari Rusila, Terengganu dengan ucapan dan hujah mengapa Pas menentang asobiyyah Melayu telah menarik ribuan anak muda menyokong Pas. Disinilah bermulanya Pas disinonimkan dengan harakah islamiah, bukan sekadar parti politik biasa sahaja.

Dari sinilah bermulanya kebangkitan Hj Hadi dalam Pas. Seingat saya Hj Hadi pernah menjadi exco Dewan Pemuda Pas Pusat, dimana ketuanya ialah Hj Mustafa Ali. Selepas itu beliau memanjat tangga kepimpinan Pas sebagai Naib Presiden, Timbalan Presiden dan kini sebagai Presiden Pas.

Melalui Hj Hadilah, ahli Pas dididik melihat sesuatu isu dan permasalahan dari kacamata Islam, jauh dari sentimen Melayu. Bahkan pernah ada satu kenyataan darinya bahawa Pas mahu menghapuskan Hak Istimewa Melayu jika Pas memerintah Malaysia telah menimbulkan polimek di dalam dan luar Pas.

Sebenarnya Hj Hadi telah mendahului masa apabila bercakap konsep keadilan Islam untuk semua. Hanya selepas 28 tahun, barulah kumpulan bukan Islam mulai percaya dengan konsep keterbukaan Pas terhadap bukan Islam. Ketika Pilhanraya 8 Mac 2008 di Gemencheh, alangkah peliknya saya apabila mendapati seorang India yang minum arak menyokong Pas terang-terangan. Sebaliknya seorang anggota NGO Islam yang istiqamah berwirid al matshurat setiap hari mengangkat bendera BN pula. Oh Tuhan, fahamilah akan daku.

Tepukan gemuruh apabila Hj Hadi mengulas konsep pembelaan Islam kepada golongan bukan Islam ketika membahaskan Bajet 2009 di parlimen baru-baru ini. Baca di sini.



Friday, October 17, 2008

POLITIK KAMPUS

Kasihan juga membaca kesah politik kampus hari ini. Mahasiswa dikongkong sebegitu rupa oleh Pentadbir Universiti dalam menentukan corak kepimpinan Persatuan Mahasiswa. Ketika kami di universiti pada penghujang tahun 70 an, walaupun telah ada Akta Universiti, tidaklah ada kongkongan seteruk begini. Kami masih bebas berpolitik. Forum anjuran Persatuan masih boleh dihadiri oleh tokoh politik pembangkang. Ketika itu Datuk Asri, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mustafa Ali, Kampo Rajoo dan lain-lain masih bebas masuk kampus. Tokoh Umno pun berani hadir juga, bukan macam sekarang, tak ada telur.

Jika pelajar Universiti pun di kongkong pemikiran dan gerakannya, jenis demokrasi apakah yang diamalkan oleh negara kita ini. Jika mereka tidak bebas bersuara, jangan hairan jika mereka bergerak under ground pulak. Nanti cerita lain pula yang akan terjadi. Sekarang ini, zaman demokrasi, zaman menghormati hak manusia; sehinggakan banduan pun perlu diberi nafkah sex. Ha ha.

Harapnya pimpinan negara Malaysia janganlah terlalu ortodok. Malulah kepada negara komunis yang depa pun sudah terbuka. Ini semua fasal pimpinan BN nak merompak harta negara. Jika pelajar bebas, maka mereka yang akan menjerit menentang penyelewengan pimpinan negara. Sekarang lidah mereka kelu. Setakat berdemo sekali sehaja marahkan Khalid Ibrahim tak cukup wei. Kena buat demo banyak lagi. Banyak kes lagi dalam negara ini yang perlu ditentang oleh para pelajar.

Pentadbir Universiti janganlah risau kepada mahasiwa itu. Apabila mereka keluar kampus belum tentu joint pembangkang. Berapa ramai bekas pimpinan pelajar yang joint Umno atau terus senyap apabila bekerja dan mendapat gaji ribu-ribu. Mereka yang cerdik kebanyakannya menjadi Pensyarah. Nak masuk Umno pun tak laku. Tak percaya tanyalah Fadzilah Kamsah dan Ashraf Dasuki tu. Ha ha. Nak masuk Pas, tak cukup soru tau. Alang-alang kalau tak berjiwa macam Halim Arshad, Mohamad Sabu dan Abu Bakar Chik, sehari dua sahajalah dalam Pas. Jangan mare. Tak payahlah saya sebut siapa bekas pimpinan pelajar yang setengah jalan dalam Pas. Bukan mudah oi.

Thursday, October 16, 2008

INSTITUSI ILMU PUN RASUAH

Sebuah negara yang baru merdeka mengutamakan program pembangunan pendidikan. Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun. Malangnya institusi berkaitan dengan ilmu ini pun juga menghadapi isu rasuah. Utusan hari ini melaporkan kes seorang Dekan di UITM yang telah dihukum penjara 3 tahun oleh mahkamah kerana kes tipu invois.

Ainon Mohamad, Sifu PTS telah mendedahkan penyelewengan berjuta ringgit di Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Hishamudin Husin On, calun Naib Presiden Umno yang terbanyak mendapat pencalunan dari Umno Bahagian. Hari ini sekali lagi Ainon Mohamad mendedahkan sesuatu yang misteri di Perpustakaan Negara Malaysia. Baca di sini kesahnya.

Jika institusi berkaitan dengan buku dan ilmu pun ditimbuni rasuah, inikan pula di bidang Keselamatan. Kalau dulu di zaman Mokhtar Hashim kes mee segera yang berharga RM 12.00 sebungkus. Kini di zaman Najib kes kapal selam dan helicopter yang melibatkan kes rasuah dan harga melambung melebihi beratus juta ringgit pula. Alangkah baiknya jika wang itu dapat diselamatkan dan digunakan untuk menghapuskan golongan miskin tegar.

Benarlah kata Saidina Ali (r.a) bahwa kemiskinan hanya wujud kerana pembaziran dan ketidakadilan. Kes rasuah boleh dimasukkan di dalam kedua-dua kategori itu. Jika penjawat awam dan menteri semuanya orang islam, Islam jenis apakah yang sedang dianut oleh warga muslim kini, sehingga menampakkan yang kaki rasuah ialah orang islam.

Penjawat awam di UK yang bukan Islam lebih bebas rasuahnya berbanding penjawat awam muslim di Malaysia. Pernah satu hari semasa bersembang dengan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, ia berkata " agaknya Islam yang orang Malaysia anut berlainan dari Islam Nabi Muhammad (saw) kot". Kekadang naik pelik pula bila terfikir golongan bukan Islam lebih komited memerangi rasuah tetapi golongan Islam bertolak ansur dengan rasuah.

Fikir-fikirkanlah.


Wednesday, October 15, 2008

ANWAR DAN BAJET

Malam tadi terbuka RTM 1 dan menonton siaran Laporan Parlimen. Tetamu yang dijemput ialah MP Muar untuk mengulas tentang perbahasan bajet yang dibuat oleh Anwar. Beliau mempersoalkan kenapa Anwar tidak membahaskan isi kandungan bajet tetapi sebaliknya membincangkan isu-isu lain di luar bajet.

Inilah kebangangan MP Umno. Bajet yang dibentangkan oleh PM mestilah yang muluk-muluk. Tak siapa yang mempertikaikan sesuatu peruntukan dalam bajet. Fokus utama perbahasan bajet oleh MP pembangkang ialah ialah mendedahkan aspek ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan bajet itu sendiri. Disinilah akan diketahui banyaknya penyelewengan, rasuah dan ketidakcekapan pengurusan wang yang melibatkan kerugian negara berbilion ringgit. Inilah yang didedahkan oleh Anwar dalam perbahasannya. Dilaporkan hanya 2 orang MP BN sahaja bangun mencelah meminta penjelasan lanjut dari Anwar dan hanya 20 orang sahaja yang sanggup mendengar perbahasan Anwar. Yang lain duduk di luar parlimen. Sepatutnya pada masa ini mereka berhujjah melawan Anwar jika terdapat mana-mana tuduhan Anwar yang tidak betul. Tetapi mereka hanya menjawab di RTM 1. Agaknya depa takut dihentam oleh Anwar sepertimana yang dilakukan oleh allahyarham Ustaz fadzil Nor dulu. Gelak besar kita melihat tersengehnya MP umno dipaku oleh allahyarham Uztaz Fadzil Nor.

Jika ada tuduhan Anwar dalam bajet tidak benar, MP BN sepatutnya mencabar Anwar membuat tuduhan di luar parlimen supaya ia boleh diambil tindakan jika dianggap membuat fitnah. Baru syok jumpa di mahkamah. Janganlah ISAkan orang pula seperti yang dilakukan kepada Raja Petra.

Tuesday, October 14, 2008

MISTERI PETISYEN KULIM- BANDAR BARU DITARIK

Mengapa BN menarik balik petisyen ke atas calun PKR di kawasan Kulim-Bandar Baru? Alasan yang diberikan oleh calun BN nampak sangat tidak logiknya. BN tak ada duit? Pembohong besar. Rugilah petugas BN di Kedah, tak merasa upah yang lumayan ketika Pilihan Raya Kecil. Bagi petugas PR, tentu mereka terkilan kerana tak dapat beraya sakan pada baki terakhir Syawalini di Kulim-BandarBaru. Tentu syok dapat beraya sebulan sambil berpesta politik. Ha ha. Apa boleh buat, janganlah bersedih.

Mengapa BN menarik balik petisyen, itu yang suspennya. Ada 2 teori besar yang dijangkakan. Pertama, ahli Umno tak bersedia bekerja keras kerana kini sedang menumpukan tenaga ke mesyuarat agng kawasan yang menentukan hidup mati karier politik masing-masing. Najib pun dah keletihan berkempen semasa di Permatang Pauh pada bulan Ogos lalu. Nanti banyak pula yang akan dibongkarkan oleh PR. Kok tak berpeluang pula jadi PM, macam pengantin tak sempat naik pelamin.

Kedua dan ini yang dikhuatiri, YB Zulkefli ada rundingan rahsia dengan Umno/BN. Dalam keadaan dia tak berapa ngam dengan pimpinan PKR akibat kes Majlis Peguam pada bulan Ogos lalu dan dikatakan ia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib, YB Zulkefli akan melompat ke Umno. Semua mungkin terjadi. Jika ini terjadi, sesungguhnya YB Zulkefli menggerhanakan karier politiknya. Hati-hatilah YB Zulkefli dan harapnya teori ini tidak benar. Kepada penyokong PR jangan terperanjat jika kemungkinan ini yang terjadi kerana stail politik YB Zulkefli tidak memustahilkan ini berlaku.

Berdoalah supaya yang terbaik sahaja akan berlaku.

Monday, October 13, 2008

KELAB BARISAN NASIONAL

Di England, pasukan bola sepak yang handal sahaja ada kelab penyokongnya. Kalau pasukan corot siapa nak menyokongnya.

Di Malaysia bila golongan remaja gilakan Mawi, wujudlah Kelab Penyokong Mawi. Kalau album pun tak laku, mana ada penyokongnya.

Kelab Penyokong ahlinya kena kerja sukarela. Jika tak ada daya tahan, sekejap sahaja jangka hayatnya.

Apabila Pak Lah mencadangkan Kelab Penyokong Barisan Nasional, kita nak tahu budak mana yang akan menyertainya. Putera Puteri Umno pun nak bungkus. Yang mereka cari ialah wang. Jika tiada ganjaran wang buat apa menghabiskan masa dan tenaga sahaja. Nasib tak baik Pak Jak buka kain kat Puteri Umno. Ha ha.

Dalam keadaan BN dah nak runtuh, lupakan sahaja Kelab Penyokong BN wahai Pak Lah oi. Baik Pak Lah buat Kelab Membela Golongan Fakir Miskin Yang Melarat. Gunakanlah duit zakat Scomi tu. Insyaallah akan berjumpalah Al Shafie dan Al Ghazali.

Friday, October 10, 2008

PR BERSATULAH

Selepas kecoh pelbagai kenyataan pimpinan Pas beberapa bulan yang lalu, barulah kali ini secara tegas dinyatakan akan tetap bersama dengan PR dan akan terus berusaha memperkukuhkannya. Jika Pas ada beberapa pendirian khusus, sepatutnya dibincang secara kolektif dengan pimpinan PR yang lain, bukannya diheboh-hebohkan kepada media yang akan menimbulkan pelbagai tafsiran kepada penyokong parti masing-masing.

Tugas utama ialah membersihkan hutan, buang BN yang haprak. BN tu bukan sahaja tak ikut konsep negara Islam, tetapi konsep negara sekular yang baik pun tak ada. Isu-isu asas seperti sekatan hak asasi dan kebebasan rakyat, kehancuran sistem kehakiman yang bebas dan adil dan berleluasanya rasuah, nepotism, kronisme dan kolusi sahaja telah cukup mewajibkan kita semua bersatu menjatuhkan BN. Walau siapa pun PM di bawah BN, ianya tidak akan berubah kerana falsafah dan budaya yang dihayati oleh pimpinan BN ialah merampok wang negara dengan menggunakan mekanisme yang dilihat sebagai halal. Maka kronisme, nepotism dan kolusi akan terus bermaharaja lela jika BN memerintah. Hanya Islam dan sosialis sahaja yang serius melawan jenis kapitalis jahat ini. Islam pun kena Islam Ali Shariati. Jika Islam Muawiyah tak nampak gaya nak tentang BN habis-habisan.

Buat apa majoriti muslim jika perkembangan Islam jumud, aktiviti masjid lemah, bantuan sekolah beroriantasi Islam di tarik balik, umat islam bebas bermaksiat, projek dikongsi segelintir kelompok dan langsung tak berminat dengan perubahan yang berrohkan Islam. Jika anggota lain dalam PR memberi kebebasan kepada Pas membuat dan menerajui perubahan khusus untuk ummat Islam dan ianya berjaya, tidak mustahil penyokong Melayu Umno/BN akan beralih menyokong Pas dalam PRU 13 akan datang. Ketika itu Umno akan berubah dan menjadi lebih Pas dari Pas sepertimana ia cuba menjadi lebih Melayu dari Melayu seperti sekarang sehingga sanggup menghunuskan keris kepada sesiapa sahaja yang mempertikai projek yang disapunya atas nama Melayu. Melayu itu bangsa; tiada ideologi, falsafah, dokrin atau peraturan sebagai asas untuk memerintah. Melayu ada bahasa dan budaya sahaja. Itu pun tanpa Islam , Melayu tiada budaya yang bernilai. Dengan Islam sahaja Melayu bermakna. Kau kena faham tu wahai Umno!

Teringat saya akan hujah Mohamad Sabu, undi Mak Enon sama nilai dengan undi Hj Hadi. Umno menang pilihanraya kerana ramainya pengundi semacam Mak Enon. Maka MP Umno ialah MP Mak Enon. Jika MP muslim inilah yang Hj Hadi hajatkan untuk syarat menyertai kerajaan PR, baik tak payahlah. Mana mungkin MP Mak Enon ini akan beralih menyokong PR. Syarat yang Hj Hadi kenakan semacam sukar untuk dipenuhi . Apa diharap padi seberang.....

Thursday, October 9, 2008

NASIHAT UNTUK NAJIB

Wartawan veteran A. Kadir Jasin memberi nasihat kepada Najib; lembut tapi sinis. Baca di sini.

MARI BERSAJAK

Bukan senang nak dapat Mufti yang berani menegur semua pihak. Satu-satunya Mufti dalam Malaysia yang berani hentam ISA ialah Dr Asri, Mufti Perlis . Beliau akan kembali ke jawatan asal di USM tidak lama lagi. Bacalah sajaknya yang merintih betapa sukarnya menjadi Mufti Perlis.




Wednesday, October 8, 2008

KU LI VS NAJIB

Sah Pak Lah tak bertanding. Penyokong Pak Lah akan menyokong Ku Li untuk lawan Najib bagi jawatan Presiden Umno. Mahyuddin akan ditentang oleh Zahid Hamidi untuk jawatan Timbalan Presiden pula. Calun-calun lain buang masa dan perabis beras aja.

PANTUN POLITIK AMERIKA

Jamal tauke ikan ketutu mengemel ke saya, pantun politik Amerika. Siapa yang rajin baca kesah sosialis lawan kapitalis, memang senyum sendirilah nampaknya.

Political Science for All

DEMOCRAT
You have two cows.
Your neighbor has none.
You feel guilty for being successful.
You push for higher taxes so the government can provide cows for everyone.

REPUBLICAN
You have two cows.
Your neighbor has none.
So?

SOCIALIST
You have two cows.
The government takes one and gives it to your neighbor.
You form a cooperative to tell him how to manage his cow.

COMMUNIST
You have two cows.
The government seizes both and provides you with milk.
You wait in line for hours to get=2 Qts.
It is expensive and sour.

CAPITALISM, AMERICAN STYLE
You have two cows.
You sell one, buy a bull, and build a herd of cows.

BUREAUCRACY, AMERICAN STYLE
You have two cows.
Under the new farm program the government pays you to shoot one, milk the other, and then pours the milk down the drain.

AMERICAN CORPORATION
You have two cows.
You sell one, lease it back to yourself and do an IPO on the 2nd one.
You force the two cows to produce the milk of four cows. You are surprised when one cow drops dead. You spin an announcement to the analysts stating you have downsized and are reducing expenses.
Your stock goes up.

FRENCH CORPORATION
You have two cows.
You go on strike because you want three cows.
You go to lunch and drink wine.
Life is good.

JAPANESE CORPORATION
You have two cows.
You redesign them so they are one-tenth the size of an ordinary cow and produce twenty times the milk.
They learn to travel on unbelievably crowded trains.
Most are at the top of their class at cow school.

GERMAN CORPORATION
You have two cows.
You engineer them so they are all blond, drink lots of beer, give excellent quality milk, and run a hundred miles an hour.
Unfortunately they also demand 13 weeks of vacation per year.

ITALIAN CORPORATION
You have two cows but you don't know where they are.
You break for lunch.
Life is good.

RUSSIAN CORPORATION
You have two cows.
You have some vodka.
You count them and learn you have five cows.
You have some more vodka.
You count them again and learn you have 42 cows.
The Mafia shows up and takes over however many cows you really have.

TALIBAN CORPORATION
You have all the cows in Afghanistan, which are two.
You don't milk them because you cannot touch any creature's private parts.
You get a $40 million grant from the US government to find alternatives to milk production but use the money to buy weapons.

IRAQI CORPORATION
You have two cows.
They go into hiding.
They send radio tapes of their mooing.

POLISH CORPORATION
You have two bulls.
Employees are regularly maimed and killed attempting to milk them.

BELGIAN CORPORATION
You have one cow.
The cow is schizophrenic.
Sometimes the cow thinks he's French, other times he's Flemish.
The Flemish cow won't share with the French cow.
The French cow wants control of the Flemish cow's milk
The cow asks permission to be cut in half.
The cow dies happy.

FLORIDA CORPORATION
You have a black cow and a brown cow.
Everyone votes for the best looking one.
Some of the people who actually like the brown one best accidentally vote for the black one.
Some people vote for both.
Some people vote for neither.
Some people can't figure out how to vote at all.
Finally, a bunch of guys from out-of-state tell you which one you think is the best-looking cow.

CALIFORNIA CORPORATION
You have millions of cows.
They make real California cheese.
Only five speak English.
Most are illegal.
Arnold likes the ones with the big udders.

Yang tak reti BI, tanyalah kat Aziz. He he.

Tuesday, October 7, 2008

BERHALA MANA YANG BESAR

Heboh pula replika besar Anwar di Batu Caves. Kononya patung atau berhala yang akan jadi bahan sembahan. Aku tak yakin orang Islam masa kini akan menyembah replika itu. Jika ada orang menyembah berhala itu mungkin dari kalangan Orang Asli atau penganut Hindu agaknya. Ha ha.

Inilah otak orang Malaysia. Patung, berhala atau Ilah yang yang selalu dibisingkan ialah patung atau berhala yang terpacak di atas tanah. Ilah yang Islam tentang sebanarnya ialah sistem hidup yang tidak berpandukan kepada ajaran Allah swt sebenarnya. Sistem atau nilai hidup yang menolak peraturan Allah itulah patung atau berhala yang selama ini umat Islam gagal melawannya. Malah mereka mendokong sistem dan nilai bukan Islam atau sedapnya disebut sebagai jahilyyah.

Yang Pas bergaduh dengan Umno selama lebih 50 tahun fasal konsep Ilah inilah. Umno menerima sistem warisan penjajahan British dan Pas mahu menegak sistem Islam yang Rasullullah saw perkenalkan. Itulah fasal Umno tak boleh membuang patung tugu negara kerana dia sendiri penyembah berhala sistem kufur British. Mufti Perlis menegur pemimpin Umno yang menyembah (bertafakur) di hadapan tugu negara setahun sekali tetapi yang patut ditegur ialah setiap hari mereka menyembah sistem kufur British. Kalau setakat menyembah patung berhala, golongan kuffar tidak akan berperang dengan Rasullullah saw. Penentangan total kumpulan kuffar ke atas Rasulullah saw ialah kerana Baginda membawa Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan. Mufti Perlis keliru; mana dia berhala yang sebenarnya yang perlu kita tentang.


Monday, October 6, 2008

TUNGGU I SYAWAL - MASALAH SELESAI

Jumaat lalu kami dah balik semula ke KL. Banyaklah masa lapang. Kami tiga beranak menonton bersama drama Melayu kat tv. Kami tergelak habis-habisan dan merumuskan bahawa drama Melayu akan menunjukkan bahawa pada 1 Syawal akan menyelesaikan banyak masalah keluarga. Hampir semua drama Melayu saban tahun menunjukkan betapa pentingnya ketibaan 1 Syawal. Ketika 1 syawal sang ibu akan berjumpa dengan anaknya yang hilang atau berpisah sekian lama. Pada 1 Syawal suami akan berbaik semula dengan isterinya. Pada 1 Syawal manusia jahat akan bertaubat menjadi baik. Dan pada 1 Syawal juga akan menyelesaikan kezaliman atau kesusahan manusia dengan kematian!!!

Jika anda ada masalah hidup , tunggulah setiap 1 Syawal, ianya akan selesai. Ha ha ha.

Dan pada 1 Syaawal ini, Dr Khir Toyo sudah jadi ahli sufi, ia maafkan semua orang yang buat fitnah kepada beliau. Baca di sini. Jangan tak percaya Amran oi.

Sunday, October 5, 2008

BERAYA BERSAMA AH MENG


Jiran ibu mertuaku di Felda Bukit Rokan, Gemencheh seorang peneroka berbangsa Cina, namanya Tan Fok Hong. Tetamu istimewa kami setiap Hari Raya ialah Ah Meng, 24 tahun, tergolong "kanak istimewa"sejak lahir lagi. Ah Meng merupakan cucu Tan Fok Hong. Dia tinggal dengan datuknya berdua. Neneknya sudah meninggal. Dia kesunyian. Ketika hari raya dia sentiasa bersama kami

Ketika hari terakhir Ramadan, Ah Meng 'berbuka puasa' bersama kami sekali. Dia pandai memberi salam, mengangkat tangan berdoa dan menyebut alhamdulillah selepas makan. Sepanjang 3 hari aku di rumah mertuaku, dia bersama kami sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Dia seronok bersama kami. Kami berbual dan bergurau senda dengan dia. Ishak, adik iparku, berkata kepada Ah Meng "kau pasti masuk syurga. Jika tuhan bagi syafaat kepada kau, bawalah kami ke syurga sekali". Berderai kami ketawa. Jika betul alangkah baiknya.

Ketika kami bersiap hendak balik ke KL semula, nampak sangat sedihnya. Dia kehilangan teman dan kehilangan suasana kegembiraan hari raya. Aku pun terfikir BN sibuk dengan isu perpaduan yang tak selesai-selesai. Tapi kami di Felda hidup rukun damai. Anak jiran walaupun berlainan agama seperti anak kami juga.

Bacaan tambahan. Raya di China, klik di sini.

NOSTALGIA LAMPAU DI HARI RAYA

1 Syawal bukan tahun baru bagi orang berbangsa Melayu yang perlu di sambut secara besar-besaran dan beria-ia sangat sepertimana orang Cina menyambut Tahun Barunya. Orang Arab tidak menyambut hari raya sehebat orang Melayu. Mereka bersolat aidil fitri, berpuasa 6 dan jika berjumpa satu sama lain mengucapkan "eid mubarak" sahaja. Tetapi orang Melayu menyambut 1 Syawal dengan balik kampongnya, dengan masakan lauk pauk dan kueh muehnya, dengan kunjung mengunjung, dengan open housenya, dengan lagunya, dengan pelbagai program radio tvnya dan macam-macam lagi. Orang Arab pun kagum dengan Islam Malaysia dalam hal meyambut hari raya ini tau.

Mengapa orang berbangsa Melayu menyambut aidil fitri sebegitu rupa khususnya balik kampong. Aku bertanya kepada anak isteriku " mengapa perlu balik kampong" setiap kali hari raya. Mereka enggan menjawab. Agaknya takut alasan atau hujah mereka tak kuat untuk balik kampong nanti. Bagi kami isu balik kampong tak timbul kerana kerap sangat balik kampong. Ada kalanya 2 kali seminggu bib. Dari KL ke Gemenceh memerlukan 2 jam setengah tu. Tetapi mengapa kena balik kampong juga ketika hari raya.

Banyak le kami bersoal jawab dan masing-masing tak puas hati akan jawapan mengapa perlu balik kampong ketika hari raya. Pagi ini ketika membaca satu rencana wartawan veteran di Utusan Melayu, ia memulakan tulisannya seperti berikut "Kita tidak hidup dalam zaman lampau tetapi masa lampau berada dalam jiwa kita, demikian pesanan tokoh sejarah".

Ya, nostalgia lampau menghambat kita rupanya. Nostalgia beraya dengan ibu bapa ketika kecil mengingatkan kita. Betapa manisnya beraya dengan ibu bapa walaupun dalam serba kekurangan satu masa dahulu. Orang seusia aku sempat merasa air perigi, lampu gaslin dan rumah bertangga papan. Ketika kecil dahulu dapat baju baru ketika raya sahaja. Makan lauk daging pun ketika raya. Penting sekali raya tu. Agenda tahunan ini berulang-ulang di lalui dan telah terpahat dalam jiwa kita. Radio tv pula asyik membangkitkan kenangan betapa perlu balik kampong. Apa lagi meronta-rontalah jiwa kita nak balik kampong. Sesungguhnya masa lampau menghambat ingatan kita untuk balik kampong. Tidak hairanlah seorang kakak kawanku menangis sebaik sahaja menjengah rumah ibunya yang baru meninggal dunia tahun ini. Dia menangis sebaik sahaja sampai di pintu pagar. Nostalgia bersama ibu ketika raya tidak akan berulang lagi. Seorang sahabat baruku ketika berbuka puasa di masjid Bandar Baru Sentul mengatakan beliau akan balik ke Batu Pahat hanya semata-mata untuk menziarahi kubur ayahnya. Apabila hari raya rindunya membahang sekali. Sahabatku Alwi di Seremban teringat sepanjang Ramadan ini dengan arwah Zainudin Abdulllah (SetiaUsha Unit Amal Pas yang pertama) dan arwah Yusof Sulaiaman (Perintis pengimpot kurma rotab yang pertama di Malaysia).

Ya, masa lampau dalam jiwa kita. Dan masa lampauku yang paling kuat dalam jiwa ialah ketika di Tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Melaka. Walau pun 5 tahun sekolah menengah di Gemencheh, dan setahun bersama student terpilih di SMSAH, Jitra, nostalgiaku tetap di Melaka. Hai, kalau ingatkan kuatnya Umno kat Melaka tu, tak mau ingatkan Sekolah Munshi tu. Ha ha ha.




Friday, October 3, 2008

RAYA JANGAN TAK RAYA

Semuanya ketika hari raya. Kerana hari raya atau sempena CUTI HARI RAYA? Macam wajib kena balik kampong nak raya bersama dengan ibu bapa. Walaupun setiap bulan atau ada orang yang setiap minggu balik kampong menziarah ibu bapa, tetapi ketika raya wajib balik kampong juga kan? Hebat pukulan raya ni. Ada yang sentimental perasaannya jika tak balik kampong ketika raya walaupun dah balik kampong setiap bulan atau setiap minggu. Apa boleh buat dah jadi budaya Melayu berdekad. Radio tv pun merakamkam betapa BESARNYA pengorbanan warga kerja yang terpaksa bertugas ketika raya dan tidak dapat balik kampong. Ha ha.

Ketika zaman sebelum 80an khususnya zaman 60an dan 7oan, rata-rata pendapatan rakyat masih tidak berkemampuan untuk balik kampong setiap bulan. Aku masih ingat memang hampir semua anak perantauan balik kampong setahun sekali sahaja dan tentunya balik ketika hari raya. Ketika ini baru ummph suasana balik kampong kerana ibu bapa dan anak melepaskan kerinduan masing-masing. Fasal tu lah agaknya takbir raya orang Melayu lain macam mendayunya. Jika dibanding dengan bangsa Arab tentu berbeza iramanya. Ha ha. Masa ini jika tak dapat balik kampong juga, "baru meleleh air mato dek eh" kata Alwi kawanku di Seremban. Melayu oh Melayu.

Alamak nak balik KL semula la ni.