Tuesday, January 20, 2009

ANTARA DUA RASUAH

Sebuah NGO pemantau pilihan raya - Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) - mendakwa PAS dan BN melakukan amalan rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

Jumlah amalan rasuah BN hampir RM 200 juta, tidak termasuk wang royalti sebanyak RM 408 juta yang janji di kembalikan serta duit angpau sebanyak RM 300 seorang kepada sebilangan pengundi terpilih.

Manakal Pas pula di dakwa turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, antaranya pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.

Kira-kira macam antara dua darjat jugalah tetapi kali ini antara dua rasuah. Detail lapuran klik di sini.

Selepas baca lapuran berkaitan, siapa tak gelak, tolong jumpa doktor!!!

No comments: