Monday, January 26, 2009

BUKAN MUDAH NAK ADIL

Yang paling sukar ialah berlaku adil kepada bangsa dan penganut agama lain. Itulah yang terjadi kepada kes pemberian tanah milik kampong baru di Perak. Melayu terasa 'kalah' jika tanah diberi kepada kaum Cina.

Yang rasa tercabar ialah apabila sang penguatkuasa undang-undang tidak boleh melampaui batas dalam penyiasatan kes terhadap orang yang disyaki penjenayah atau sememangnya penjenayah. Itulah terjadi kepada kes Kugan Ananthan. Inilah amalan polis selama ini yang kita dengar. Jika yang berbangsa Melayu yang disyaki penjenayah pun dihentam habis-habisan, inikan pula yang bukan berbangsa Melayu.

Bersikap adil itu karektor orang bertakwa. Bukan mudah menjadi orang bertakwa. Lantaran itulah selalu diseru setiap kali dalam khutbah jumaat.


Pengumuman:

1. Himpunan bantah PPSMI jam 3 petang, 31 Januari, Sabtu, di SOGO, Jalan Tunku Ab Rahman Kuala Lumpur.

2. Ceramah Pelancaran bantah PPSMI pada jam 9 malam, Ahad, 1 Februari, di Markas Tarbiah Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur oleh Tuan Hj Mohamad Sabu dan Prof Dr Shaharil (Kumpulan Prihatin)

No comments: