Monday, January 19, 2009

FAKTOR MENANG ATAU FAKTOR KALAH

Memang sedap menganalisa keputusan setiap kali pilihan raya. Rasanya sudah jemu jelak saya membacanya. Tambahan pula kalau yang menganalisanya media pro kerajaan.

Menganalisa keputusan pilihan raya memerlukan hati terbuka, kepala dingin dan cukup maklumat. Kalau tidak kita tidak ambil kira semua faktor.

Biasanya parti menang akan lebih menumpukan faktor mengapa menang dan yang kalah akan tumpu faktor mengapa kalah. Yang terlibat dengan parti yang menang akan mengatakan "kerana aku ada, maka menang kali ini'. Ha ha, walapun sekadar datang makan keropok lekor. Bagi parti kalah, masing-masing akan cari faktor di luar dirinya yang menyebabkan kalah. Kesian, sampai fasal muka calun pun jadi sebab kalah di KT. Walhal muka Tarekh Junid yang tidaklah lebih manis dari Wan Farid yang betanding di Sijangkang, Selangor satu ketika dulu melalui melalui umno dan Semangat 46 pun boleh menang.

Ringkasnya seperti kata TG Nik Aziz, apabila bergabung tenaga makhluk di bumi dan di langit, maka menanglah kita. Ha ha. Jika nak tahu PR dah kuat ke tidak, kena ada seorang lagi wakil BN mati di Sarawak atau Sabah atau Johor. Wooo.

No comments: