Thursday, January 22, 2009

GAPENA PENGECUT

Semua NGO dan parti politik sudah bersedia berdemo menentang PPSMI pada 7 Mac ini tetapi GAPENA tidak akan ikut serta. Sebaliknya GAPENA akan berjuang melalui rayuan kepada Najib dan mengadakan majlis bacaan puisi sahaja. Pimpinan GAPENAlah yang memujuk Fuad Zarkashi, MP Batu Pahat supaya jangan turut serta mesyuarat dengan kumpulan penentang PPSMI yang akan menganjurkan majlis himpunan 100 ribu.

Inilah jenis NGO Melayu yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bahasa Melayu yang pengecut dan termakan budi dengan kerajaan. Depa dapat tapak tanah dan bantuan kewangan membina pejabat. Kalau dah termakan budi, memang payah nak lawan tauke!!!

No comments: