Wednesday, January 7, 2009

HUDUD: ANWAR PUN SETUJU

Hanya Lim Kit Siang dan Karpal Singh sahaja yang belum lembut kenyataannya berkaitan dengan pelaksanaan hudud di Malaysia. Kalau mereka berdua ini boleh terima hakikat hudud tidak berkaitan dengan orang bukan Islam, rasanya tinggal UMNO, MCA dan MIC sahaja yang tak beri laluan kepada pelaksanaan hudud di negara ini.

Anwar memberi kenyataan malam tadi. Rasanya semua puas hati kot. Ini lapuran oleh Sabahdaily.com:

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.

“Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.

Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.

Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.

Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.

“Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.

“Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik,” katanya.

Moga-moga PRK Kuala Terengganu sebagai titik mula bukan Islam boleh menerima aspirasi Pas mahu melaksanakan hudud di negara ini. Hanya penjenayah muslim sahaja yang tak akan menerimanya. Takkan Melayu UMNO nak jadi penjenayah kot.

No comments: