Friday, January 16, 2009

KENYANGNYA RAKYAT KUALA TERENGGANU

Ada orang nostalgia sekali dengan sajak JM Aziz apabila ke Kuala Terengganu. Hanya pelajar sastera zaman 70an sahaja yang dapat merasakan kelazatan bait-bait puisi JM Aziz itu. Ketika saya berkempen di Terengganu pada PRU 1982 dulu, saya pun mengambil kesempatan menaiki bot dari Seberang Takir ke Kuala Terngganu untuk merasai deru angin laut seperti yang dirakamkan oleh JM Aziz dalam sajak-sajaknya. Yang pasti deritanya JM Aziz sahaja yang terasa. Kau jangan jiwang pula Alwi apabila dengar cerita ini. Ha ha.

Cerita derita puisi JM Aziz sudah tidak relevan lagi ketika kempen PRK Kuala Terengganu kali ini kerana rakyat Kuala Terengganu sudah terlalu kenyang. Kenyang apa saya tak tahu.

Mungkin kenyang makan, kenyang duit beli undi, kenyang untung bikin projek segera, kenyang info, kenyang janji, kenyang senyum atau kenyang bersalam. Yang tentu dapat pahala ialah kenyang bersalam agaknya. Entahlah Amran oi.

No comments: