Friday, January 30, 2009

PPSMI ITU UNDUR KEBELAKANG

Pembelajaran dan pengajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris di peringkat sekolah rendah dan secara beransur-ansur dilaksanakan di sekolah menengah dan IPT merupakah langkah kebelakang dalam dasar pelajaran sesuatu negara yang merdeka. Objektif kemerdekaan ialah memajukan bahasa peribumi. Tanggung jawab negara merdeka ialah memastikan bahasa peribumi dilaksanakan di semua peringkat negara - pendidikan, pentadbiran, dan perundangan. Jika belum sempurna lagi, bukannya memajukan atau menggunkan bahasa lain pula. Sebaliknya kena bekerja keras berusaha sehingga negara maju melalui bahasa peribumi.

Jika orang Melayu sendiri tidak berjuang mempertahankan dasar memajukan Bahasa Melayu dalam seluruh sistem pentadbiran negara, takkan kita nak harapkan bangsa dan negara lain pula.

Jika Bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa ilmu, bahasa pentadbiran dan bahasa perundangan, maka Bahasa Melayu belum tentu dijadikan bahasa komunikasi. Akhirnya Bahasa Melayu akan jadi bahasa pantun sahaja dan sesekali akan dibuat pementasan macam tarian Bali!!

Secara diam-diam kini orang Melayu malu menggunakan Bahasa Melayu dan bangsa bukan Melayu sudah tidak fasih, malah enggan menggunakan Bahasa Melayu.

Jika PPSMI diteruskan, jangan hairan jika Bahasa Melayu akan dikuburkan dalam tempoh 20 tahun dari sekarang!!!

Jom kita ke dataran SOGO, Jalan Tunku Ab Rahman, KL, esok jam 3 petang membantah PPSMI.

No comments: