Tuesday, January 27, 2009

PPSMI: MELAYU MURTAD MELAYU

Apabila orang Melayu dikatakan ada yang murtad dari Islam, ramai yang tak percaya sehingga seorang Mufti mendedahkan betapa ada orang Melayu yang murtad. Melayu yang murtad ini tidak ada nilai kepada penganut Islam di negara ini, kecuali kepada pejuang hak asasi yang mendukung kebebasan keluar masuk ugama. Dalam kes Melayu murtad ugama, kerajaan tidak dituduh memurtadkannya, kira oklah itu.

Melayu keluar ugama Islam kita marah. Tetapi bagaimana kalau Melayu keluar Melayu atau murtad dari Melayu. Opps ini bukan kesah kahwin campur. "Akidah" Melayu ialah bahasanya. Salah satu matlamat kita hendak merdeka dulu, walaupun yang lulus darjah tiga tak berapa kerat pun ialah kita nak tingkatkan pelajaran negara melalui Bahasa Melayu.

Sekarang kita ada ribuan Prof dan Dr Phd serta ratusan ribu Graduan Melayu, Tenokrat Melayu, Penjawat Awam Melayu tetapi kita tak yakin dengan Bahasa Melayu untuk diajar kepada anak bangsa kita sendiri. Apa punya haprak Melayu sekarang.

KINI MELAYU MURTAD DARI MELAYU BERAMAI-RAMAI dan yang memurtadkannya ialah 'regim anti Melayu' BN itu sendiri. Oh Melayu kampong, masih sayangkah dikau pembunuh Melayu ini????

3 comments:

gotahlantun said...

salam,

pinjam post,

Sekarang kita ada ribuan Prof dan Dr Phd serta ratusan ribu Graduan Melayu, Tenokrat Melayu, Penjawat Awam Melayu tetapi kita tak yakin dengan Bahasa Melayu untuk diajar kepada anak bangsa kita sendiri. Apa punya haprak Melayu sekarang.


Bukankah yang ada diatas tu ada pelbagai karenah dan ragam?. Disana ada orang PAS,DAP,PKR,BEBAS,UMNO dan pelbagai fahaman....
Dalam hal ini kenapa kerajaan saja dipersalahkan???.
Kalau bukan kerajaan tu ternyata betul kenapa tak buat sesuatu yang betul?.
Jangan salahkan kerajaan semata mata...UNTUK ORANG MELAYU ISLAM KITA MESTI BERSAMA SAMA MENGATASINYA.

eden rasa itu baru betul.

gotahlantun said...

salam,

eden pun kekadang terasa heran, dah ratusan ribu cerdik pandai melayu, yang dah terasa diri tu pandai lebih daripada orang lain.

KENAPA TAK TEJERMAHKAN BUKU2 PENDIDIKAN PELBAGAI BAHASA DILUAR SANA YANG BAGUS DAN SESUAI UNTUK ANAK MELAYU PELAJARI???.
DAN YANG ADA CUMA SECOET..

EDEN BELAJAR KEK UM DULU KEKADANG KELAM KABUT MENCARI BAHAN YANG KEBANYAKANNYA BERBAHASA INGERIS.
KEHULU KEHILIR BAWAK KAMUS..

KALAU BAB AGAMA NI...KEBANYAKANNYA BAHASA INDON, YANG TERSANGKUT LIDAH BILA MEMBACA.

APA TINDAKAN BRO DALAM ISU INI?.
SALAH KERAJAAN JUGA KE???.

ALI MAIDIN said...

http://adimul.blogspot.com/