Friday, February 13, 2009

ADUN PKR LOMPAT

PKR parti termuda sekali dalam politik di negara ini. Anggotanya dari pelbagai segmen masyarakat. Ada yang bekas Umno, bekas NGO, bekas pendokong reformasi 1998 dan ada yang fresh dari mana-mana aliran parti politik negara ini.

Oleh kerana parti ini masih muda, maka pemilihan pimpinannya belum lagi melalui tapisan yang lebih rapi, kemas dan menyeluruh dari segi integriti dan prinsip dalam perjuangan khususnya di peringkat bawahan dan bahagian. Antara mereka ada yang baru masuk parti 2 hari, sudah layak menjadi calun pilihanraya. Ada di kalangan mereka datangnya dari parti lain yang tak berpeluang menjadi calun pilihanraya dan menggunakan PKR sebagai wadahnya untuk jadi YB.

Maka terjadilah ada anggota Exco Negeri dan Adun yang mudah diresapi oleh budaya rasuah dan sex. Jika Pas dan DAP yang lama dalam arena politik negara pun belum terjamin memiliki kepimpinan yang tegar dengan prinsip, inikan pula PKR yang masih remaja lagi.

Alahai...

2 comments:

Anonymous said...

Setelah membaca pelbagai sumber saya yakin ketika ini bukan sekadar umno sahaja yang akan tumbang, tetapi kemungkinan PAS akan menjadi idola bagi semua rakyat dan tentunya bukan Perak sahaja kenapa? dilihat dari segi strategi yang diteruskan oleh DS nizar jelas menggambarkan walau sekuat manapun BN menentang akhirnya akan menjadi menghilang dengan sendiri .. kerana di Perak khususnya tiada rakyat yang tidak menyatakan ingin membelakanginya melainkan sepenuh hati memohon agar PAS akan menjadi mejority pada PRK @ PRU akan datang.. Takbir.. Allahuakbar .. Syabas DS Nizar teruskan perjuangan dan naikkan dasar PAS (Islam) kerana tiada dasar yang maha hebat hanyalah ISLAM yang dibawahnya akan dinaungi semua kaum secara aman dan damai tanpa ada kemunafikan seperti UMNO dan BN..

Bulan Penuh 2012 said...

Pak Ali,

Jom kita tangkap dalam 10 orang bebudak Adun Umno NS, bawak kita kebun getah saya suruh menoreh subuh sampai isyak.

siapa tak tahan kita suruh dia sain surat letak jawatan, amacam?

Mana yang nampak bebal, kita bagi makan getah sekerap.

setuju?

Anak Bulan

Bulan Penuh 2012