Saturday, February 28, 2009

PAS LEMAS DENGAN USUL FIQH

Pelbagai istilah fiqh sering digunakan oleh gerakan Islam sebagai langkah kompromi dengan sang pemerintah yang zalim dan kejam. Itulah yang berlaku sehingga suatu revolusi dan reformasi secara total tidak dapat dilakukan dalam sepanjang sejarah ummat islam.

Dinasti Umayyah dan Abbasiyah penuh dengan kesah tragis dan memalukan pemerintahan atas nama Islam. Tetapi dinasti ini panjang hayatnya kerana lahirnya ulama dengan pelbagai istilah fiqh untuk berkompromi dengan toghut-toghut ini.

Pas mudah sahaja dilembutkan untuk terus berusaha menanam Umno sehingga mati. Cukuplah menyebut istilah "demi Islam dan Melayu", maka pemimpinnya akan meletakkan senjata dari terus berjuang membunuh Umno. Malah kini Pas dah pandai menggunakan alasan ekonomi pula untuk berbaik dengan Umno. Pusing 24 jam ini. Masuk Umno malu tetapi bergencatan senjata ok.

Perhatikanlah baik-baik.. Masakan tak ada apa-apa apabila Utusan memuji Salahudin Ayub, Nasarudin hidup mewah dan Hj Hadi menyokong Pak Lah terus kekal sebgai PM...

6 comments:

Anonymous said...

Penuh dengan pra-sangka. Inilah sifat buruk yang merosak jemaah.
Tidak membena tetapi macam anai-anai.

Anonymous said...

titulisan ni penuh dengan hasad nih.. takkan dengki kot bila utusan tak puji sokongpr.. haha

Anonymous said...

Apa pun jangan ada kepentingan yang tidak syarie'

Anonymous said...

ada betul kaa..kalu betul tegur2 le kepimpinan PAS tu

Zolkharnain Abidin said...

Setahu saya istilah fiqh bukan direka samada oleh ulama Pas atau ulama mana pun tetapi diambil daripada sumber berautoriti agama. Pas tidak lemas dengan istilah itu cuma orang yang tak paham dengan istilah itu yang lemas. Cepat cari pelampung untuk orang itu....

pejuang marhain said...

"PAS LEMAS DENGAN USUL FIQH"...

tajuk ngan content pun tak berapa nak kena... istilah fiqh, usul fiqh dan qawaid fiqhiyah adalah berbeza.. minta tlg penulis buka kitab asal dlm bahasa arab... tak faham dlm bahasa arab.. boleh check dlm bahasa melayu yg ditulis oleh ramai para sarjana Islam di Malaysia seperti Prof Mahmud Zuhdi...