Monday, April 27, 2009

MOHAMAD SABU: HARAPAN SASTERAWAN MUDA

Faisal Tehrani seorang sasterawan muda, penulis novel yang produktif berbakat besar dan dilihat berpotensi menjadi Sasterawan Negara pada masa hadapan. Kekadang ia menulis hal-hal politik dan begitu kritikal dan tajam pandangannya terhadap Pas. Namun tidak menghalang ia melihat betapa Tuan Hj Mohamad Sabu sepatutnya diangkat sebagai calun Timbalan Presiden Pas.

Baca di sini.

1 comment:

Anonymous said...

Kepimpinan Ulama.....???
Saya nak bercerita sikit pasal kepimpinan ulama....(apa yang saya fahami)

Maklumlah sejak akhir2 nie, ...bila timbul Hj Mohamad Sabu telah sebulat hati hanya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sahaja...tiada lain jawatan....

Itupun setelah confirm mendapat lebih dari 10 pencalunan kawasan yang telah bermesyuarat agung baru2 nie.....

Terbaru, Perhubungan Negeri Johor telah meminta semua kawasan di Johor untuk mencalonkan Hj Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden

Jadi beliau menawarkan diri untuk bertanding....berjaya atau tidak bukan soalnya, terpulang kepada semua perwakilan nanti. Jadi dalam PAS kita juga harus berfikiran terbuka...kalau nak undi terpulang, kalau tak mahu pun terpulang.

Yang penting mesej dari Hj Mohamad Sabu ialah untuk membantu kerja2 dan tugas2 Presiden yang masih tak selesai dan perlu dibantu, antaranya ialah menghampiri rakyat khususnya "golongan marhaen", pemuda2, masyarakat Cina dan India serta lainya.

Beliau memang telah dan sedang berkorban demi PAS, beliau telah diuji dengan berbagai2 rintangan, namun kesungguhannya bersama PAS memang tetap tegar.

Beliau lah juga antara orang yang mengasaskan apa yang di panggil "kepimpinan ulama" suatu masa dahulu di zaman pemudanya....(harap tuan2 kaji sejarah PAS)

Jadi yang menjadi kecoh sekarang , bila beliau ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden habis orang berkata , bahawa beliau bukan ulama....apa maksudnya?

Bila ada orang nak mencadangkan TG Nik Aziz menjadi Presiden ....orang marah kerana katanya tak faham? katanya adakah TG Nik Aziz nak turun jawatan kerana Mursyidul Am lebih tinggi dari Presiden.....

Tapi , bila ada orang pula mencadangkan Dr Haron Din kepada jawatan Timbalan Presiden tak ada pula orang nak komen.....bukankah jawatan Timbalan Mursyidul Am juga lebih tinggi dari Timbalan Presiden?

Jadi , sebenarnya dalam PAS ni yang paling tinggi adalah Majlis Syura Ulama.....bukanlah Presiden atau Timbalan Presiden yang paling tinggi , sepatutnya kita tak perlu risau Presiden atau Timbalan Presiden , sapa pun boleh kalau semua perwakilan telah memilihnya, yang penting dia memang layak dan berkelayakan serta mempunyai keikhlasan perjuangan dan membela parti PAS demi ISLAM yang kita perjuangkan.

Kalau Presiden atau Timbalan Prsiden yang kita lantik tak buat kerja, buat tak betul atau tak "perform" , Majlis Syura Ulama boleh panggil, beri tunjuk sebab, atau pun Majlis Syura Ulama boleh minta dia letak jawatan atau pecat dia (kerana ia lebih tinggi) ....bukan seperti Umno mana ada semua nie? Jangan kita tiru cara Umno pula.

Ini baru betul,Majlis Syura Ulama itu tinggi dan kepimpinan ulama yang di maksudkan baru kena tempatnya.

Sekarang nie saya tengok Majlis Syura Ulama masih belum tinggi kedudukannya,macam lesu dan tak bermaya, ahli2 PAS tak kata apa pun? sepatutnya isu:
1.perjumpaan muqabalah dan unity government?
2.orang bukan Islam boleh masuk PAS atau tidak?
3.sekarang ni pula isu baru ialah anak orang yang baru memeluk Islam , kerajaan benarkan hanya selepas umur 18 tahun untuk dia memilih agamanya.

Sepatutnya semua ini diputus segera dan Majlis Syura Ulama (kerana ia lebih tinggi) mengarahkan Presiden, Timbalan Presiden , Naib Presiden dan AJK2 PAS yang lain turun membawa mesej parti,menerangkan kepada semua ahli dan rakyat, kerana itulah yang diputuskan oleh parti setelah Majlis Syura Ulama membincangkannya dan memutuskannya.

Jadi, pada saya tak salah Hj Mohamad Sabu menawarkan diri untuk Timbalan Presiden demi membantu tugas Presiden.

Ahli2 PAS kena bersikap adil dan berfikiran terbuka.