Friday, May 8, 2009

Telah lama Mohd Sabu menginfaq dan mewakafkan dirinya untuk perjuangan PAS. Selamat bertanding Timbalan Presiden!

Oleh Tarmizi Md Jam

PENAHANAN tokoh karismatik PAS, Mohamad Sabu semalam dan dibebaskan petang tadi dipercayai menguji keberaniannya sekali lagi seperti yang diungkapnya sehari sebelum itu pada sidang media di Pejabat Agung PAS di ibu negara, 4 Mei 2009.

Mohamad, yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan tidak sekali-kali menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.

"Kerana orang yang hendak pimpin saya mestilah lebih berani dan lebih pandai daripada saya. Sama ada anda bersama saya atau anda tinggalkan," tegasnya pada sidang media itu.

Apa yang dimaksudkan oleh Mohamad tidak diketahui tetapi umum melihat "keberanian" tokoh PAS itu sudah tidak boleh disangsi lagi apabila, sehari selepas sidang media itu beliau "diculik" dan "dilarikan" oleh polis berpakaian preman tanpa sempat menunjukkan waran dan memperkenalkan diri sebagai polis.

Mohamad yang sering memberitahu bahawa dirinya telah lama diinfaqkan kepada PAS, diwakafkan kepada parti Islam itu, sudah mangli dengan jatuh bangun dan tohmahan ahli-ahli, rakan taulan.

Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, menentang Abu Bakar Chik tidakj melihat kekalahan sebagai suatu kekecewaan tetapi sebaliknya beliau terus berada di sisi PAS dan mengempur dan menggempur BN. Pernah tewas merebut kerusi Naib Presiden dua kali berturut-turut sebelum menang. Kali ini, pencalonannya agak merata. Sudah lebih dari 20 pencalonan dan mereka mahu Mohamad duduk sebagai pembantu Presiden PAS.

Ahli dan penyokong PAS sememangnya terkejut dengan penahanan Mohamad oleh polis semalam. Beliau ditahan di Jalan Pahang Barat sewaktu minum bersama Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ali Maidin serta wartawan Harakah, Irwan Mohd Zain. Bagaimanapun, wartawan Siasah, Haris Zalkapli sempat merakamkan video pendek kejadian tersebut dan sudah dimuatkan pada blog penarikbeca.

Apakah penahanan ini memberi kesan dan simpati perwakilan terhadap beliau? Sudah banyak kes mahkamah yang dihadapi Mohamad sejak aktif bersama PAS, malah pernah ditahan ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang dan disumbat ke Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun

Namun Mohamad kelihatan kental, gigih dan berani dalam merayakan kehendak rakyat, golongan marhaen, serta keinginan masyarakat bukan Islam terhadap perjuangan PAS. Beliau menggempur dan menggempur di mana ada manusia, bagi melingkupkan BN.

Berbekalkan suara serak-serak basah, Mohamad muncul sebagai penceramah yang hebat, mampu menarik jumlah kehadiran pendengar hingga mencecah puluhan ribu. Malah ramai juga yang tertarik dengan PAS kerana minat dengan Mohamad bin Sabu. Malah beliau juga menjadi tonggak kepada Himpunan Bersih 100,000 Rakyat di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Beliau juga tonggak kepada gerakan melatari ibu kota dengan limpahan manusia Himpunan Bantah PPSMI yang mengejutkan Najib Tun Razak.

Malah Julai depan, beliau akan menggerakkan lagi episod yang sama, Himpunan Bantah ISA 100,000 Rakyat. Akibat menyeru rakyat bermunajat kepada Allah, memakai tshirt berwarna hitam pada 7 Mei sebagai tanda berkabung "matinya demokrasi" di Perak maka beliau dikejar polis sebagai penjenayah. Inilah Mohamad Sabu yang menginfaqkan dirinya kepada PAS, baik dalam keadaan senang apatah lagi sewaktu susah.






























































3 comments:

tintadesa said...

Salam buat M. SABU.. dan semua pembaca..
Sudah sekian lama Beliau memberikan Khidmat tidak kira sebagai ahli biasa atupun pimpinan pusat mahupun pernah bergelar YB.. semuanya kelihatan ada sincro dengan arus semasa.. tidak pernah siapapun yang jemu mendengar namanya..pernah difitnah, dianiaya dan jelas ia dipihak yang betul apabila diadili.. walaupun saya belum berkesempatan mengajak beliau berceramah dihalaman rumah desaku.. namun mungkin akan tiba masanya nanti.. yang penting.. siapa yang sanggup mengatasi akibat daripada perjuangan ini..
calonku untuk Tim.P amat tepat masanya.. kerana beliau pernah mangalah dalam pelbagai situasi.. namun kali ini saya amat berharap beliau berjuang dikerusi yang sepatutnya dan akan menggerakkan parti ke arah yang lebih realistik dan hanya untuk tujuan menegakkan kalimah Allah.. dan ini juga sebagai peringatan kepada beliau .. sekiranya beliau menang dan berada dikerusi itu.. dan sekiranya beliau melakukan ubaharah yang tergelincir daripada panduan dan perlembagaan Parti.. akan ku peringatkan beliau dengan segala macam cara yang dibenarkan oleh Islam,,, ingat.. Abg Mat.. semuanya hanya mahu melihat perjuang berada di aras dan arah yang betul dan diredhoi.

Anonymous said...

"Kerana orang yang hendak pimpin saya mestilah lebih berani dan lebih pandai daripada saya. Sama ada anda bersama saya atau anda tinggalkan," INI KENYATAAN MAT SABU KA ATAU TERMIZI MAT JAM. Kenyataan ini ada sedikit ego. Kalau borak-borak gurau boleh.TERMIZI NI ORANG BATU.KAWASAN DIA PUN CALONKAN MB KEDAH. BOLEH PERCAYA KA INI ORANG.

Zolgoji, Bukit Jambi, Sumatera

Anonymous said...

Salam,apa komen anda?

Sila layari
http://umnobukitjelutong.blogspot.com/