Saturday, August 29, 2009

RINTIHAN 52 TAHUN MERDEKA

Sajak Tukar Tiub menjelang berbuka puasa

SEMUANYA

semuanya bercakap atas nama tuhan
semuanya bercakap atas nama bangsa
semuanya bercakap atas nama negara
semuanya bercakap atas nama agama

negara itu lebih dari lima susuk
bangsa itu lebih dari sepuluh susuk
penganut agama lebih dari sebelas susuk
negara itu lebih dari sepuluh kampong

tidak ada yang bercakap kerana pink form
tidak ada yang bercakap kerana kontrek
tidak ada yang bercakap kerana kuasa
tidak ada yang bercakap kerana duit komisen
tidak ada yang bercakapa kerana pangkat

hitler bercakap atas nama bangsa
mussolini bercakap atas nama negara
sharon bercakap atas nama wilayah
tiong bercakap atas nama parti
mohyiddin bercakap atas nama iskandar
madey bercakap atas nama melayu
samy bercakap atas nama india
tee kiat bercakap atas nama cina
najib bercakap atas nama moral

tidak seorang pun yang bercakap atas nama kuasa
tidak seorang pun bercakap atas nama harta
tidak seorang pun bercakap atas nama koroni
tidak seorang pun bercakap atas nama anak dan bini

kalau tuhan maha kuasa
pasti tak perlu bantuan
kalau agama maha suci
pasti sucinya sentiasa suci

esok bila terdengar ada yang bercakap atas nama agama
katakan kita telah murtad menarik diri
esok bila terdengar ada yang bercakap ataas nama bangsa
katakan kita telah menjadi bangsa lain
esok bila terdengar ada yang bercakap atas nama negara
tanyakan berapa banyak harta yang telah mereka kumpul
tanyakan berapa banyak saham yang mereka miliki
tanyakan berapa banyak rumah yang dimiliki

pasang telinga dan tunggu jawapan

No comments: