Saturday, August 8, 2009

ULAMA KECIL IKUT ULAMA BESAR?

Dalam senyap-senyap idea berpeluk dan bersatu dengan Umno disukai geng ugama dalam Pas. Mereka memang teringin dengan Umno tetapi malu kerana ramai tokoh besar geng ugama dalam Pas menolak Umno.

Tetapi apabila tokoh besar dalam Pas terliur dengan Umno, maka tokoh kecil geng ugama dalam Pas pun semacam dapat lesen untuk berpeluk dengan Umno.

Geng ugama yang sentiasa mahu menjadi alat dalam Umno sentiasa ada - hanya mereka ini masih malu-malu sahaja. Tetapi jika peluang bagus - mereka sanggup melompat. Tak caya tanya Nakhei Ahmad. Masalah dalaman Pas hanya alasan sahaja. Ustaz Idris Ahamad ada 100 alasan untuk keluar Pas jika dia mahu. Dan Mohamad Sabu ada 1000 alasan dalaman untuk keluar Pas jika dia hendak keluar Pas. Ha ha.

No comments: