Saturday, September 5, 2009

PRK BAGAN PINANG KEMANA MELAYU NS

PRU 1999 - Melayu Negeri Sembilan membuat sedikit anjakan dalam politik. Melayu bandar, Melayu pinggir bandar dan Melayu kampong mengundi calun BA. Banyak kerusi DUN yang ditandingi oleh BA mendapat undi melebihi 40%. Pengaruh anak-anak yang tinggal di bandar mempengaruhi ibu bapa mereka di kampong. Jika undi Cina dan India macam undi Melayu - maka banyak kerusi DUN dimenangi oleh BA. Hanya Melayu Felda sahaja masih kukuh bersama BN lantaran terasa "termakan budi" dengan tanah Felda - walaupun kena bayar hutang pokok dan bunganya sekali.

PRU 2004 - semua tahu dengan percikan tipu daya Islam Hadhari Pak Lah, ancaman aku janji, sekatan ceramah dan kelamkabut SPR - BN menang besar.

PRU 2008 - Cina, India dan Melayu bandar dan pinggir bandar bersama PR. Melayu Felda dan Melayu kampong terus dengan cinta abadinya dengan BN.

Pasca Mac 2008 - apakah Melayu Felda dan Melayu kampong masih mahu bersama dengan kapal BN yang bakal karam dek kes rasuah, mazhab kaumiyah, nepotism, kronism, bolotsm, tamaksm dan tikam kawan sendiri.

PRK Bagan Pinang isyarat awalnya.

Jangan lupa - undi pos tetap kubu terakhir BN.



4 comments:

orangkampung said...

Salam,

BN akan mempertahankan Bagan Pinang. Pakatan akan menawan Bagan Pinang.

Siapa calonya?

Lawyer? Magistrate? Usahawan? Karyawan? Bangsawan? Jutawan?

Atau

Orang kampung? Orang bendang? Ustaz? Cikgu?

Pilih yang terbaik la yea ....

Anonymous said...

abg. ali tak teringin ka nak jadi calon kat bagan pinang?

ALI MAIDIN said...

penjual ubat;

kalau boleh jadi MB mau lah. Ha haha

MOHD UZAIR ARIFFIN said...

saya cadangkan kepada PAS supaya meletakkan Pesuruhjaya PAS NS Zulkifli Mohd Omar sebagai calon disitu