Friday, April 23, 2010

INSAN BERNAMA SUHAIMI SAID

Saya mengenal dan mengikut perkembangan kerja-kerja politik Suhaimi Said sejak awal 80an dahulu.

Beliau pernah menjadi anggota PSRM dan bertanding dalam parlimen Temerloh melawan Sabarudin Chik. Kalah tipis sahaja.

Kemudian menyertai Pas. Menjadi ahli Pas dan antara penceramah utama dalam Pas. Isu utama ceramahnya ialah membandingkan perlembagaan Pas yang memperjuangkan Islam dan perlembagaan Umno yang memperjuangkan perlembaagaan sekular.

Entah mengapa merajuk dengan Pas, masuk Umno tetapi tak laku dalam Umno. Beliau merujuk semula kepada Pas tetapi tak diterima. Maka beliau menyertai PKR.

Kini, beliau menumpukan isu-isu berkaitan dengan Felda. Saya berharap sangat agar beliau dapat ke parlimen satu hari nanti kerana beliau mampu memperkatakan sesuatu isu rakyat dengan jelas dan tegas di parlimen

2 comments:

ababina328 said...

Saya ingin membetulkan kenyataan Tuan bahawa, " Entah mengapa merajuk dengan Pas, masuk Umno tetapi tak laku dalam Umno ".

Sebenarnya semasa didalam Umno, Suhaimi Said telah berjaya menduduki jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Temerloh, jadi kalau kata dia tak laku didalam Umno, saya rasa tak betul.......Kalau tak laku macam mana dia dapat jawatan Naib ketua Umno Bahagian ?

Sekian.

Unknown said...

Syabas Ababina328
Wartawan Maya ini memang suka gula-gulakan maklumat.
Sy ni sekolah tak tinggi tapi setahu saya Naib Ketua Bahagian tu tarafnya Exco kan.
Setahu saya Barisan Exco tu pembuat dasar Bahagian kan.
Sy takut nanti ada orang tunggu pembaca-pembaca blog Tuan di pintu Syurga sebab tak lepas masuk syurga sebab ada hutang nak terangkan kepada kami berita sebenar.