Monday, July 26, 2010

DEMI ORANG KITA

Misi utama Nabi di dunia ini  ialah mengajak   maanusia menerima Allah sebagai Ilahnya dan membebaskan maanusia  dari  sang penguasa yang zalim dan tidak adil. Langsung tidak ada istilah "perpaduan". Perpaduan atas nama "bangsa" adalah istilah untuk mempertahankan kebejatan, kezaliman, ketidakadilan,  dan kerakusan  oleh pemimpin dan penguasa sesuatu bangsa.

Politik  "perpaduan bangsa" hanyalah satu sentimen yang  menipu ummah untuk mempertahankan kuasa sekelompok  orang sahaja. Jauh lebih penting  dari  isu perpaduan ialah keadilan, integriti pemerintahan, urus tadbir yang baik, kecekapan pemerintahan, anti pembaziran, anti rasuah, anti kolusi, kroni dan nepotism.

Selama lebih 50  tahun, orang Melayu didodoikan dengan ayat " demi bangsa kita", "demi perpaduan" dan "busuk-busuk pun orang kita"  untuk mempertahan kuasa UMNO/BN sehingga nagara hancur dek rasuah, ketidakadilan dan ketidakcekapan serta rasuah.  Amat malang jika pemimpin Pas pun terperangkap dengan   ayat-ayat ini juga!!!!!Kalau mereka terpegun  dengan ayat-ayat ini, maka mereka  pun nak jadi macam pemimpin Umno juga - mahu merompak harta rakyat. Maka tak hairanlah    jika Karl Marx mengatakan ugama candu rakyat!!!!!

1 comment:

orangkampung said...

Salam,

1. Kesian orang PAS - masa pilihanraya kena bagi kerusi kat orang tak ada bahagian; kena pasang poster, bila menang orang lain bersorak, bila kalah kata orang PAS curi tulang.

2. Kesian orang PAS - bagi orang terkenal jadi ketua, orang lama di lupakan terus; rupa-rupanya musang dalam selimut, semua nak cakap terang-terang, dia main sorok-sorok.

3. Bila UMNO cadang bersatu - orang kata UMNO gila talak, UMNO desperado, UMNO tak tau malu.

4. Bila konco-konco PAS terima bersatu - apa kita nak kata; orang munafik, orang gila pangkat, orang gila tempe ............k.

5. Lagi tak paham; ada juga yang sokong, ada juga yang setuju.