Wednesday, June 30, 2010

KES PROTES BERSAMBUNG

Perbicaraan  kes Protes sedang berjalan di mahkamah, Jalan Duta, Kl sejak Isnin lalu sehingga beberapa hari lagi.

Kalau nak dengat cerita lucu Polis menjawab soalan pembela, datanglah ya. Antara yang dibicarakan ialah Hj Mohamad Sabu, Dr Hatta Ramli  dan  Dr Zulkefli  Ahmad.

Tuesday, June 29, 2010

TERUSKAN PERJUANGAN KHALID

Elok benar Khalid Ibrahim  tidak mengetuai PKR Selangor. Sepatutnya negeri lain di bawah Pakatan Rakyat pun buat begitu. Baru ada pengasingan kuasa dan kerajaan negeri boleh ditegur oleh parti. Jika ketua negeri dan parti orang yang sama, payahlah nak tegur.

Khir Toyo memanglah tak setuju cara itu kerana pada Umno, depa  mahu bolot kesemuanya - kuasa mentadbir dan kuasa politik sekaligus.

Saturday, June 26, 2010

ULAMAK JENIS APA?

"Ulamak" yang masuk Umno semalam ialah dari penggerak yang dikenali sebagai geng "salafi" atau "wahabi" atau "kaum muda".  Kumpulan ini sejak dahulu hanya menekankan bidang "tauhid" dan "fiqh"   berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.  Sayangnya kumpulan ini kurang memberi perhatian kepada politik berdasarkan   Al-Quran dan As-Sunnah.

Apakah Umno  mengamalkan  Al Quran dan As-Sunnah sehingga mereka memilih Umno sebagai medan untuk memperjuangkan Islam?. Kalau hal ini pun ulamak dari kumpulan ini tak nampak, ianya satu malapetaka kepada  ummah!!!!!

Tertanya di sudut hati ini - ulamak jenis apakah mereka ini?

Friday, June 25, 2010

MALAYSIA KARTUN

Apabila kartun Zunar pun diharamkan, maka jelaslah Malaysia negara kartun. Kartun hanya bahan gelak sahaja. Apa yang nak ditakutkan oi.

Teringat zaman awal 70an dulu, apabila ramai pemuda dakwah berjanggut,  maka orang  berjanggut sentiasa dicurigai. Ha ha. Bak kata Ustaz Ghani Shamsudin, orang berjanggut naik basikal pun dirasakan  macam  naik kereta kebal nak tembak orang. Wooooo.

Monday, June 21, 2010

USTAZ HASSAN SHUKRI DALAM KENANGAN - 4

Oleh: Hanipa Maidin http://peguampas.blogspot.com/

Sederhana. Prihatin. Mudah mesra. Berpengalaman. Itulah antara lain ciri-ciri yang ada pada seorang individu hebat Pas yang telah pergi meninggalkan kita semua pada tanggal 14 hb Jun 2008 yang lalu. Itulah Almarhum Ustaz Hasan Shukri – orang parti. Kehidupannya diabadikan hanya untuk parti yang beliau amat sayangi iaitu Pas. Mungkin beliau adalah antara pemimpin Pas yang mempunyai pengalaman yang amat lama dalam Pas iaitu sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1951 atau mungkin sebelum itu lagi.

Kali pertama saya bertemu beliau adalah ketika menghadiri tamrin pelajar di Taman Melewar. Ketika itu saya berada di tahun pertama sebagai pelajar undang-undang di UIA . Jika tidak silap saya pada masa itu beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pas. Itulah kali pertama saya mengunjungi Taman Melawar dan itulah juga kali pertama saya melihat Ustaz Hasan Shukri secara bersememuka. Saya amat tertarik dengan sifat kesederhanaan yang beliau tunjukkan. Meskipun beliau adalah orang lama dalam Pas beliau menujukkan sifat mesra kepada orang-orang baru Pas seperti saya. Banyak pengalaman-pemgalaman manis dan pahit yang beliau kongsikan kepada kami- para pelajar yang baru ingin berjinak dengan Pas.

Sejak dari pertemuan kali pertama sehinggalah kali terakhir saya bertemu dan berborak mesra dengan beliau di Muktamar Pas di Putik Kelantan , apa yang saya boleh katakan adalah betapa Pas kehilangan besar sebuah permata yang amat bernilai. Terlalu banyak perkara yang saya – termasuk para pimpinan dan ahli pas yang lain- belajar dari Ustaz Hasan Shukri. Pelajaran yang paling berharga adalah perlunya istiqamah dalam perjuangan tanpa mengira di waktu senang dan susah. Tidak sedikit mereka yang gugur dalam perjuangan Pas kerana tidak tahan diuji. Namun Ustaz Hasan membuktikan kepada kita beliau telah berjaya melepasi segala ujian dalam perjuangan Pas dan kekal istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayat beliau.

Jika kita bercakap tentang jasa dan pengorbanan beliau dalam perjuangan terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Muktamar Pas di Putik baru-baru ini menyaksikan sejarah dalam Pas dengan penyertaan golongan bukan Islam yang menjadi perwakilan melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas. Tetapi mungkin ramai yang tidak sedar atau tahu bahawa individu yang memberi sumbangan besar sehingga tergubalnya Peraturan –Peraturan bagi mengawal Dewan Himpunan Penyokong Pas adalah Almarhum Ustaz Hasan Shukri. Kefahaman beliau yang mendalam tentang Perlembagaan Pas dan undang-undang yang berkaitan seperti Akta Pertubuhan menyaksikan kecerdikan beliau mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong Pas tanpa perlu meminda Perlembagan Pas.

Bagi para pimpinan Pas, Ustaz Hasan adalah pakar Perlembagaan Pas. Boleh dikatakan beliau semacam menghafal Perlembagaan Pas sepertimana Dr Aziz Bari semacam menghafal Perlembagaan Persekutuan. Meskipun saya seorang peguam dan diamanahkan sebagai Penasihat Undang-Undang Pas namun apabila timbul masalah mengenai isu-isu Perlembagaan parti saya yang merujuk kepada beliau dan bukan sebaliknya.

Kehebatan dan pengalaman lama beliau dalam pentadbiran parti dan Perlembagaan parti bukan sahaja diakui dan dihormati oleh dalaman parti tetapi juga mereka yang berada di luar parti. Apabila sahabat –sahabat dari Brunai Darussalam berhajat menubuhkan parti politik mereka telah berkunjung ke rumah Ustaz Hasan dan meminta almarhum menggubal rang Perlembagaan parti politik tersebut. Saya masih ingat setelah beliau menyempurnakan penggubalan rang Perlembagaan tersebut beliau telah menyerahkan saya sesalinan rang Perlembagaan tersebut untuk tujuan semakan dan menerima pandangan saya. Sebagai seorang peguam saya amat terpegun dengan hasil cipta beliau mengambil kira beliau bukan terlatih sebagai seorang peguam dan tidak terdedah dengan disiplin penggubalan undang-undang secara khusus.

Pengalaman bersama beliau menunjukkan bahawa Almarhum adalah orang parti sejak dari awal penyertaan beliau bersama Pas sehingga pemergian beliau. Beliau adalah pemimpin parti yang berpengalaman memegang jawatan parti dari serendah-rendah peringkat sehingga ke peringkat yang paling tinggi iaitu Timbalan Presiden Pas.

Apabila Pas menaja kewangan beliau untuk menyambung belajar di Iraq, beliau membayar balik jasa Pas itu dengan terus berkhidmat dengan parti selepas menyempurnakan pelajarannya. Beliau menunjukkan “ passion ( minat yang mendalam ) dalam kerja-kerja mengemaskan pentadbiran parti di semua peringkat . Meskipun kerja-kerja itu dilihat “kurang glamour” namun itulah kerja-kerja yang beliau lakukan tanpa mengenal penat lelah dan jemu.

Boleh dikatakan semua maklumat cawangan parti di seluruh negara ada di dalam pengetahun beliau. Beliau sanggup meninggalkan keluarga berhari-hari hanya kerana membantu kerja-kerja menguruskan kerja-kerja pentadbiran cawangan –cawangan Pas di seluruh negara.

Sifat mudah mesra dan kesederhanaan beliau tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Semasa saya baru mengenali beliau saya amat terkejut melihat beliau dengan berbaju T=Shirt Pagoda dan berkain pelekat tidak segan silu memotong rumput dan menyapu kawasan di Markaz Taman Melewar sedangkan pada masa itu beliau adalah Timbalan Presiden Pas. Boleh dikatakan kerja-kerja tersebut dilakukan secara rutin oleh beliau.

Boleh dikatakan juga rumah beliau telah menjadi pusat aduan tidak rasmi Pas. Ahli-ahli dan pimpinan parti yang menghadapi masalah sering mengadu nasib kepada AlMarhum tanpa mengira waktu dan masa. Para tetamu dari dalam dan luar negara sering berkunjung ke rumah beliau bagi memohon pelbagai bantuan termasuklah bantuan penginapan dan kewangan .

Saya pernah bertanyakan kepada beliau sewaktu pulang bersama-sama beliau dari satu program ceramah di Sabak Bernam, apakah pengalaman yang beliau tidak dapat lupakan ketika menghadiri program Pas. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak dapat melupakan peristiwa di mana semasa beliau memandu kereta selepas balik dari satu ceramah salah satu tayar kereta beliau tercabut dan beliau tidak sedar akan hal tersebut dan terus memandu sehinggalah seseorang menahan beliau dan memberitahu beliau bahawa tayar kereta beliau telah tercabut dan terpelanting keluar. Mungkin ini antara karamah yang Allah berikan kepada pejuang Islam yang ikhlas seperti Almarhum.

Moga Allah merahmati Almarhum . Amin.

Sunday, June 20, 2010

USTAZ HASSAN SHUKRI DALAM KENANGAN - 3

Oleh Subky Latif
 
ALMARHUM Dato  Fadzil Noor selalu menyifatkan Ustaz Hassan Shukri sebagai akitek tak bertauliah. Dan Almarhum Ustaz Hassan Shukri menerimanya dengan senyum dan senang hati atas jolokan akitek  tak bertauliah itu kerana ia satu penghormatan kepada kebolehnannya membina bangunan yang ada hubungan kegiatannya.

Mithalnya Surau Tarbiyah di Taman Melewar, Batu Caves Kuala Lumpur. Surau yang dibina kerajaan itu diberi nama Surau Tarbiyah dipercaya dia yang memberi namanya.


Nama Tarbiyah yang bermaksud pendidikan itu sangat dekat di hatinya. Apabila dia membina markaz PAS juga di Taman Melewar, lalu dinamakannya Martaz Tarbiyah PAS Pusat pula.

Semasa dia menjadi Setiausaha Agung PAS di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor digalakkannya negeri dan kawasan PAS membina Markaz Tarbiyah masing sebagai pusat pentadbiran parti dan sekali gus menjadi musalla.

Surau Tarbiyah tadi dibina mengikut pelan disediakan kerajaan. Selama lebih 30 tahun dia jadi pengurusi surau itu macam-macam pindaan dan tambahan pada bangunan itu. Kebanyakan penyesuaian itu adalah mengikut reka ciptanya.

Ketika PAS di Wilayah Persekutuan dan PAS Pusat sukar untuk mendapatkan tempat untuk berbagai perhimpunan, Hassan Shukri, bekas Setiausasha Agung dan bekas Timbalan Presiden PAS yang meninggal tengah hari 14 Jun 2004 lalu telah membelikan satu lot tanah untuk PAS Terengganu di sempadan Selangor di Taman Melewar sebagai tapak rumah bagi pemimpin-pemimpin Terengganu yang selalu datang ke Kuala Lumpur.

Tetapi PAS Terengganu membiarkan saja tapak yang bersebelahan dengan rumah Ustaz itu. Saya selalu menganjurkan ceramah – kadang-kadang tiap-tiap minggu di rumah Ustaz Hassan. Dia tidak pernah menolak. Tetapi bila ceramah berakhir pukul 12 malam, isterinya terpaksa mengemas rumah hingga pukul 2 pagi.

Ia mengganggu anak-anaknya yang masih kecil hendak bersekolah esoknya. Lalu saya berpakat dengan PAS Taman Melewar untuk memanfaatkan tanah PAS Terengganu bagi mengadakan ceramah. Kami cadang untuk membinanya seperti kandang, memadai ada bumbung dan dinding ikut keadaan kerana ia tanah orang Terengganu. Ia boleh mengambil tapak itu bila ia rasa ia mahu bina rumah.

Bila Ustaz Hassan mendengar cadangan itu dia pun mencadangkan supaya dibina Markaz Tarbiyah. Pelan asal  markaz itu digarisnya di atas tanah saja di depan tukang dari Indonesia dan pelajar-pelajar lulusan kejuruteraan yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Dari garis di atas tanah itu mereka mendirikan rangka bangunan. Bila terdiri tiang, ada pula yang menghantar pasir, simen, besi, kayu dan lain-lian. Kami tidak banyak mengeluar modal. Ada orang datang untuk memberi belanja siling, ada yang menyumbangkan pintu dan  tingkap.

Dari semasa ke semasa Uztaz Hassan mengarahkan pelajar dan tukang-tukang itu buat begitu dan begini.

Bila siap bangunan itu ada pula lot-lot sebelah dan di belakang bangunan hendak dijual. Ustaz Hassan beli dan sambung pula markaz itu di lot yang baru dibeli itu.

Sejak pertengahan tahun 1980an hingga tahun 2000 markaz itu bertambah besar dari semasa ke semasa kerana orang-orang di situ sedia pula menjual  tanahnya pada Ustaz Hassan. Ustaz Hassan beli  lot-lot itu untuk PAS.

Setiap kali lot baru dibeli, Ustaz Hassan membentang pelan tambahan baru bangunan. Ustaz Fadzil yang tidak pernah membantah cadangannya menyerahkan saja kepada budibicara akitek tak bertauliah itu.

Daripada sebuah bangunan dua tingkat asalnya, ia menjadi sebuah komplek yang ada dewan, bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, bilik solat bahkan ada pula tempat orang menumpang bermalam. Rombongan bas dari Kedah dan Kelantan selalu singgah bermalam di situ.

Semua reka bentuk komplek itu hasil ciptaan Ustaz Hassan sendiri.

Dia tidak pernah belajar ilmu pertukangan. Dia adalah seorang lulusan agama. Tetapi dia minat dengan mereka bentuk rumah atau bangunan menjadikan dia tahu teknik-teknik pertukangan.

Markaz Tarbiyah PAS itu adalah karya seninya.

Sejak terbinanya Markaz Tarbiyah itu PAS tidak sukar lagi mengadakan  Mukktamar. Sebelumnya PAS menyewa di Dewan Bahasa untuk bermuktamar. Kadang-kadang muktamar terpaksa ditunda kerana kerajaan hendak menggunakan dewannya. Acap tempahan dibatalkan. Mungkin ia satu cara kerajaan membuli PAS.

Selepas markaz itu didirikan PAS bebas mengadakan berbagai kegiatan. Parti-parti yang bersekutu dengan PAS selalu memanfaatkannya.

Beberapa tahun lalu Pejabat Agung PAS berpindah ke Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Markaz Tarbiyah tidak lagi jadi tempat pentadbiran. Ia digunakan untuk kegiatan lain.

Sekarang markaz itu sedang dirombak untuk dijadikan kampus bagi kolej universiti Prof. Zuklifli Mohamad. Struktur bangunan itu dikekalkan tetapi renovasinya banyak mengubah bentuk seni rekaan Ustaz Hassan Shukri itu.

Kata Ustaz Hassan pada saya kalau sebahagian  dari peralatan lama dikekalkan, banyak perbelanjaan dapat diselamatkan. Kalau peruntukannya katakannya satu juta ssetengah, separuh daripadanya boleh diselamatkan untuk mentadbiran kolej itu nanti.

Akitek tak bertauliah itu memerhatikan saja pembinaan semula bangunan itu. Sebulan   dua lagi mungkin dapat disiapkan. Tetapi dia tidak sempat menyaksikan bangunan itu disiapkan bagi fungsinya yang baru dan tidak dinamakan Markaz Tarbiyah lagi kerana secara mengejut dia dipanggil pulang ke Rahmatullah.

Tetapi dalam masa 25 tahun terakhir ini dia bolehlah dikira bapa pembinaan markaz tarbiyah, bukan saja bagi Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang terseregam itu tetapi markaz tarbiyah tumbuh di merata tempat untuk memberi laluan kepada umat mengembangkan agama Allah.

Thursday, June 17, 2010

USTAZ HASSAN SHUKRI DALAM KENANGAN - 2

Siapakah pelayan utama di Pejabat Pas  Pusat  di Taman Melewar jika  sang musafir  datang memohon pertolongan. Pelbagai insan yang datang ke Pejabat Pas samada benar-benar susah atau secara sengaja nak wang dengan mudah. Pelbagai karekter yang datang. Kalau tak sabar dan berperi kemanusiaan, bukan mudah menjadi pelayannya. Namun Allahyarham Ustaz  Hassan Shukri dengan senyum dan sabar terus melayani berpuluh tahun sang tamu dan sang musafir di Pejabat Pas  Taman Melewar.  Jarang benar Ustaz Hassan Shukri menghampakannya. Antara pemohon  derma itu  ada yang  datang khas dengan teksi,. Itu pun dilayan  dan dibantu  oleh Ustaz Hassan. Poket Ustaz Hassan tersedia wang untuk disedekahkan.
Bagi Ustaz Hassan, pemohon derma itu benar-benar susah atau mengambil kesempatan bukan isunya. Jika benar mereka susah, wajar dibantu. Jika mereka mengambil kesempatan, sedikit wang yang hilang itu tak seberapa nilainya jika dibanding  demi menjaga imej Pas sebagai tempat "mengadu" rakyat.
Walaupun ada orang mengatakan Ustaz Hassan sebagai tuan tanah kedawung Taman Melewar tetapi sebenarnya beliau merupakan baitul mal Pas yang membantu sang fakir dan sang miskin. Malah calun Pas yang bertanding pilihan raya pun, Ustaz   Hassan yang memberi sumbangan sedikit sebanyak. 

Wednesday, June 16, 2010

HASSAN SHUKRI DALAM KENANGAN - 1

Solat jenazah dan pengebumian  Allahyarham Ustaz Hassan Shukri selamat dilakukan pada jam 9 pagi semalam. Yang hadir, datang dari dekat  dan jauh termasuk dari  Kedah, Perlis, Terengganu  dan Kelantan. Bukan mudah boleh berjumpa sahabat lama kecuali ada peristiwa macam ini.

Jika ahli biasa pun datang dari Kelantan, ianya suatu yang mengharukan kerana sebagai ahli biasa, tak siapa akan bertanya jika tak datang. Kalau pimpinan atasan memang patutlah datang kerana Allahyarham merupakan tokoh Pas sepanjang dekad.

Elok benar Pas mengadakan Anugerah Hassan Shukri setiap tahun sempena muktamar tahunannya. Anugerah ini diberikan kepada Pas Kawasan yang terbaik sepanjang tahun dari segi pengurusan yang mematuhi perlembagaan parti.  Allahyarham sentiasa dikaitkan dengan kebijaksanaannya dalam pengurusan perlembagaan parti. Maka anugerah bernama Hassan Shukri suatu yang wajar.

Monday, June 14, 2010

DR M MERAPU

Walaupun Dr M tu negarawan, namun ada kalanya kenyataan beliau dikira merapu. Kali ini paling merapu sekali. Dr M sokong luluskan lesen judi bola kerana pembangkang (PR) membantah lesen itu kerana politik. 
 
Orang Islam  menentang judi kerana larangan agama.

Orang bukan  Islam menentang judi kerana keburukan sosial yang dibawa oleh judi.

Dan tidaklah  judi itu menjadi  halal  dek kerana yang menentangnya bermotifkan  Politik.

Memang selama ini Umno tahi judi. Bak kata Mohamad Sabu - Umno dan judi ibarat taik dengan kentut. Ha ha. Tak boleh dipisahkan.

ALFATIHAH USTAZ HASSAN SHUKRI

Uztaz Hassan yang kembali kerahmatullah jam 2 petang tadi dijangka akan disolat dan dikebumikan pada jam 9 pagi, esok di Taman Selasih, sebelah Taman Melewar.

Kini, jenazahnya berada di rumahnya, yang berhampiran dengan Markaz Tarbiah, Taman Melewar, KL.

Menurut Zain Janggut, orang kuat Markaz, alllahyarham mengadu sakit pada awal subuh tadi. Sahabat-sahabat lain yang bersua dengan beliau di muktamar di Kota Bharu tempohari melapurkan   keadaan beliau nampaknya sihat sahaja.  Allah jua yang mengasehinya.

Disamping istiqamah dan setianya beliau dalam perjuangan  Islam  -  amalan bersedekahnya  suatu yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa.

SEMUA UNDI PENTING

Dalam pilihan raya, setiap undi penting. Tak kira pengundi berasas bangsa, agama, taraf pendapatan dan lokaliti. Semua faktor perlu digarap. Bila persaingan sengit, semua pengundi perlu ditarik seberapa boleh. Maka perjuangan perlu menyeluruh. Pas mesti tunjukkan ianya relevan kepada semua pengundi.

Pas mesti tonjolkan urus tadbirnya yang bersih dan cekap. Model kerajaan negeri yang ada kini hendaklah boleh meyakinkan semua rakyat Malaysia pada PRU 13. Maka sebarang unsur kronisme, korupsi, salah urus dan ketidakadilan dalam pemerintahan kerajaan negeri pimpinan Pas hendaklah dibenteras awal-awal lagi agar tidak mendarah daging sepertimana dalam BN yang semacam tidak boleh diubati lagi...

Saturday, June 12, 2010

ADUHAI SI LUNCAI

Siapakah Si Luncai yang dimaksudkan oleh TG Hj Ab Hadi Awang dalam ucapan perasmian muktamar pada pagi semalam.

Jika Si Luncai itu ialah orang yang menghalang idea dan kerja-kerja sang gerombolan UG nak berpeluk dengan Umno, maka "luncai" itulah yang terbaik dalam sejarah penglipur lara Melayu.

Tak tahulah pulak kita jika ada Si Luncai lain yang nak terjun dengan labu-labunya bersama Umno tetapi dihalang   oleh penumpang lain dalam perahunya. Maka frustlah Si Luncai  itu apabila lagunya tak diwalak oleh sang penumpang lain dalam perahu Si Luncai tu.....

Friday, June 11, 2010

RMK 10 - BOLEH JADI KE

RMK-10 dilancar semalam oleh Najib di parlimen. Peruntukan RMK perlu dibuat secara tahunan melalui pembentangan belanjawan. Jika Baget 2010 pun belum sampai wangnya ke bawah, bagaimana pula nak laksana RMK 10 nanti?

Itu yang menjadi persoalan saya sekarang. Banyak sangat laporan yang saya terima mengatakan wang baget 2010 tersimpan dalam poket Najib dan Rosmah - bukan berada di Jabatan dan Agensi Kerajaan.

Thursday, June 10, 2010

NAMA KITA PUN OK DAH

Apalah ada pada Datuk dan Datuk Sri tu. Pulangkanlah aje. 

Yang penting perjuangan!!!!!

Nasib baik zaman Nabi dulu tak ada anugerah Datuk macam la ni....

Monday, June 7, 2010

EKSPO MIHAS DI LUAR MUSIM CUTI SEKOLAH

Semalam jumpa salah seorang usahawan yang selalu joint ekspo MIHAS. Biasanya nak joint ekspo, free aja tetapi kali ini kena bayar. Punyalah tak ada duit, Kementerian Perdagangan Dalam negeri terpaksa menunda tarikh Ekspo MIHAS kepada tarikh di luar musim cuti sekolah.

Tak taulah ramai ke tidak yang nak datang pada tahun ini. Sehingga Mei ini, baget untuk pembangunan usahawan masih belum tiba lagi. Kontraktor tapak ekspo MIHAS terpaksa buat dahulu, tuntutan kemudian. Entah ada entah tidak. Kok ada yang kena saman nanti. Woooo

Sunday, June 6, 2010

SELAMAT PULANG JAMALUDIN

Sahabat lama saya dalam Unit Amal Pas Pusat, Jamaludin Elias, yang kini Timbalan Presiden Yayasan Amal, selamat kembali dari Jordan yang terkandas ke Gaza dek angkara Israel laknatullah.

Dr Mahathir pun bukan main marah akan Israel. Dulu, beliaulah yang menjemput pasukan kriket Israel ke negara ini. Mahfuz dan Salahudin kena penjara sebulan kerana membantah pasukan kriket Israel. Jangan lupa oi.

Najib beria-ia menyambut kepulangan sukarelawan Malaysia. Yang kita nak tengok ialah beliau membatalkan kontrak syarikat sekutu Israel tu. APCO le. Barulah anak jantan dan menunjukkan sikap anti Israel yang sebenarnya.

Yang hisap rokok Amerika, eloklah berhenti ya....

Friday, June 4, 2010

DEMO ANTI ISRAEL

Pemuda Pas berarak ke kedutaan Amerika.

Pemuda Umno berdemo di Masjid negara.

Tiada sebiji botol pun dibaling ke dalam kawasan kedutaan Amerika. Memang rakyat Malaysia paling bersopan santun dalam berdemo...

Wednesday, June 2, 2010

NAJIB SENYAP JE

Kes Apco, syarikat Israel yang mendapat projek di Malaysia semacam tidak dihiraukan oleh rakyat awam Malaysia.

Apakah kes penahanan dan serangan Israel ke atas kapal sukarelawan Malaysia ke Gaza menjadi isyarat supaya rakyat Malaysia sedar akan kejahatan Israel???????

Najib macam tak ada telor aja - tak kata apa-apa pun!!!!!

Tuesday, June 1, 2010

SUBSIDI ORANG KAYA

Suara " menjaga kepentingan bumiputera" memang enak didengar. Tak kiralah siapa pun yang hendak memperjuangkannya. Tetapi diakhirnya cerita "kepentingan bumiputera" itu ialah peluang mendapat "kontrak, lesen, AP dan projek" untuk segelintir bumiputera sahaja, bukannya untuk majoriti bumiputera yang miskin.

Isu agihan kepada rakyat bukan isu berkaitan dengan sesuatu bangsa sahaja. Kemiskinan perlu digarap tanpa mengira bangsa. Apa yang kita lihat dan berlaku ialah negara memberi "kemewahan" kepada golongan kaya menjadi lebih kaya lagi. Bagaimana mahu memaratakan agihan kekayaan kepada rakyat terbanyak - itulah fokus kepada pembangunan ekonomi sesuatu negara.

Apa pun model ekonomi - islam, kapitalis, sosiali atau campuran - isunya ialah membantu rakyat tertindas ekonominya.

Subsisdi merupakan elemen terpenting dalam membantu rakyat. Malangnya BN, bukan sahaja memberi subsidi kepada golongan miskin tetapi lebih banyak memberi subsidi kepada sang korporat atau syarikat swasta!!!!!!

Setiap yang naik flight menyumbang subsidi sebanyak RM 5.00 kepada ERL melalui cukai airport!!!!!