Friday, February 11, 2011

CIKGU ISHAK SURIN SANG VETERAN PAS


Kanan: Cikgu Ishak Surin
 Program Sembang-Sembang Pulut Kuning anjuran Pas Kawasan Batu pada Rabu lalu  menarik minat saya. Jarang benar Pas Kawasan buat program pada jam  5 petang sehingga waktu Maghrib pada hari bekerja.

 Ramai juga yang hadir dalam program ini  kerana ramai warga emas di kawasan ini. Geng veteran lazimnya mengeteh setiap petang selepas Asar. Maka dengan adanya program semacam ini, maka  sembang petang ke arah lebih serius lagi.

YDP Pas Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin adalah bekas calun parti PEKEMAS yang bertanding di kawasan Batu dan Gombak pada PRU 1974 dan 1978. Siapa sangka beliau yang menentang BN dan Pas ketika itu, kini menjadi penggerak gigih dalam Pas. Kalau nak tahu sejarah gerakan kiri di negara itu, eloklah bertanya kepada beliau. Gerakan sosialis di negara ini pun ada pelbagai aliran dan parti juga. Kalau jumpa Cikgu Ishak, cerita inilah yang paling syok untuk bersembang. Slogan yang selalu dikaitkan dengan beliau ialah Palu Arit. Wooo.

Ketika Hj Mohamad Sabu mengetuai Lujnah Buruh dan Setinggan Pas Pusat, beliau adalah setiausahanya. Dan lujnah ini paling aktif membantu para setinggan di KL dan bandar lain. Kiri tetap kiri. Ha ha.

No comments: