Wednesday, March 30, 2011

SANGUPKAH LAWAN PARTI SENDIRI?

Malaysia perlu berubah ke politik baru. Ianya bukan sekadar impian menjadi negara membangun tetapi memenuhi kualiti  pembangunan dalam erti kata yang sebenar.

Pembangunan yang bebas dari pembaziran, penyelewengan, salah guna kuasa, kronism, dan sekaligus mesra alam. Malah lebih jauh dari itu, nilai-nilai akhlak lebih terpelihara.

Pembangunan bukan alat mengkayakan seseorang atau sekelompok orang atau menjadi funder kepada sesuatu parti politik.

Untuk itu satu sistem nilai dan urus tadbir yang baik perlu diperkenalkan secara serius samada BN atau PR. Hanya parti yang serius melaksanakan konsep urus tadbir yang baik sahaja akan dberi sokongan oleh rakyat. Urus tadbir yang baik melangkau sentimen bangsa  dan agama. 

Apakah kerajaan pusat di bawah BN dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh BN dan PR memberi perhatian serius perkara ini.

Apakah rakyat sanggup menentang kerajaan yang korup walaupun parti mereka sendiri yang memerintah???


Tuesday, March 29, 2011

DEMI BANGSAKU

Strategi zaman jahiliah dahulu dalam mempertahankan kuasa ialah "sokonglah daku demi kabilah kita"

Kini "sokonglah daku demi bumiputera".

Maka sang pendokong pun melupakan segala penyelewengan pemimpinnya.  Strategi ini  amat  berkesan kepada rakyat yang masih belum bebas ekonominya dan sentiasa mengharap bantuan dan subsidi kerajaan.

Monday, March 28, 2011

Mat Zain Ibrahim dedah hubungan tiga Tan Sri

KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendedahkan laporan salahguna kuasa yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang cuba ditutupi dua Tan Sri, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

Menurut beliau, di antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat empat laporan polis mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin politik dalam kerajaan. Laporan-laporan itu turut menamakan Tun Mahathir, peguam negara Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail yang ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa raya.

Mat Zain berkata, pertembungan antara Rahim dan Anwar dilihat jelas dalam laporan bertarikh 20 Ogos 1999 yang mendakwa ketiga individu itu menyalahguna kuasa, melindungi perbuatan rasuah, menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap rasuah membabitkan Rahim.

“Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA,” ujar beliau dalam satu surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Mat Zain yang pada masa itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) berkata, beliau menangani ke empat laporan itu melibatkan rasuah berjumlah RM40 juta atau bersamaan RM39,782,772.60 yang disahkan Ghani.
Katanya, terdapat perbezaan antara KJSJ dengan Jabatan Peguam negara dalam menangani laporan itu.


Peguam Negara mahu ia diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi sementara KJSJ pula mahu ia disiasat di bawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa, di mana siasatan dijangka membabitkan rakaman keterangan daripada Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.


Bagaimanapun katanya, pada 28 Ogos 1999, beliau menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan laporan yang dibuat Anwar terhadap Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononnya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi

.
“Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.

“Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur,” jelas Mat Zain dalam surat berkenaan.

“Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.


“Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Ghani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.
“Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak, kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

“Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah berkenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.
“Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti,” jelas surat berkenaan
 


SARAWAKKU

Sik kawasan miskin. Tetapi Pas kuat di sana. Tak fasal-fasal guru sejarah  saya semasa Tingkatan Enam pada tahun 1977, kini menjadi Ahli Parlimennya. Ha ha.

Rakyat Sarawak  rata-rata  miskin walaupun negerinya kaya raya. Apakah rakyat  Sarawak  akan menolak BN kali ini. Terpulanglah kepada rakyat Sarawak.

Kekadang rakyat bersedia untuk miskin, walaupun  pemimpinnya kaya dan membolot harta negerinya.

Entahlah!!!!!

Friday, March 25, 2011

PAS DAPAT 2 KERUSI ?

Pas hanya dapat dua kerusi untuk bertanding di Dun Sarawak? Betulkah?

Amboi, takkan begitu tamak sekali rakan-rakan dalam pakatan Rakyat. Kok 4 kerusi pun bolehlah tahan.

Orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang-bayang. Begitulah alkesahnya dari buku cerita kanak-kanak dahulu kala. Woooo.

Thursday, March 24, 2011

RAHIM OH RAHIM

Samada cerita baru mengenai Anwar betul ke tidak adalah nombor dua. Tetapi jika Rahim Tamby Chik orang yang mendedahkannya itulah perkara nombor satu.

Bukan orang pembangkang yang cakap tetapi orang Umno sendiri yang cakap - bahawa Rahim pernah mengatakan kalau dia terlibat dengan perempuan, memang dia orang muda. Woooo.  Faham-fahamlah maksudnya. Ini saya dengar sendiri dari pimpinan cawangan Umno di kampong saya pada era 80an dahulu.

Soi Lek pun nak jadi hero juga.

Wednesday, March 23, 2011

ULAMAK MAKSUM?

Bagus sekali jika dapat ulamak yang terbaik memimpin parti. Tetapi ulamak  bukan jaminan parti dapat pimpinan yang  terbaik.  Jika kita lihat ulamak pun nak menyeleweng dari pejuangan, baik kita cari bukan ulamak yang dilihat konsisten dengan prinsip parti. 

Kekadang perwakilan Pas semacam tak percaya atau tak menerima jika dikatakan tokoh ulamak  nak menggadaikan partinya. Maksum sungguh ulamak dalam Pas  ini agaknya. Ha ha.

Janganlah kita terpegun dengan pakaian "ulamak"!!!!

Ulamak bukan sekadar ada lulusan agama sahaja. 

Monday, March 21, 2011

ADUHAI TOK TAIB MAHMUD AL BILION

Mempertahankan kerajaan bukan sahaja kerana kuasa tetapi lebih kerana harta. Biar berapa kosnya, kuasa akan tetap dipertahankan. Dengan kuasa dapat harta. Dengan harta pertahan kuasa.

Jika nak berkhidmat dengan rakyat secara telus, maka kita tak hairan sesiapa sahaja yang nak memikul amanah itu menggantikan kita. Takkan kerana pencen sekelumit, maka kita seperti orang gila mempertahan kuasa.  syok rupanya memegang kuasa. Ha ha. Boleh jadi gila oi.

Harta dah berbilion, umur di hujung usia, ada  isteri muda, anak beranak sudah terlalu kaya - tetapi tak sanggup tinggalkan kuasa. Alasannya mudah - mempastikan peralihan kuasa secara teratur. Macamlah orang lain tak reti memerintah

Aduhai Tok Taib Mahmud

Sunday, March 20, 2011

KUBANG KERIAN CALUNKAN MOHAMAD SABU

Pas Kawasan Kubang Kerian mencalunkan Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas sessi 2011/2013.

Semua orang tahu sejarah perjuangan Mohamad Sabu sejak usia muda telah bergerak aktif dengan Pas. Berpegang teguh dengan prinsip Islam dan terbuka serta  mudah mesra dengan non muslim.

Jika ada isu baru, maka Mohamad Sabu yang ditunggu ulasannya  di pentas ceramah.

Jika nak mengisi tabung parti, maka Mohamad Sabulah yang digunakan oleh Pas di seluruh negara!!!

Melihat agenda hidupnya,  boleh dikatakan hampir semua masanya diberikan kepada program Pas.

Demo tanpa beliau ibarat lagu tanpa muzik. Ha ha.

Kawasan manakah yang bakal  mengikuti langkah Pas Kubang Kerian????

Saturday, March 19, 2011

PERANGAI MUSIM PEMILIHAN

Apabila tiba  musim pemilihan Pas, maka orang-orang yang tak pernah round Malaya untuk berceramah pun sibuk keluar round Malaya juga. Tetapi round mereka ini bukan untuk berceramah tetapi round berkempen cari undi. Orang yang selalu keluar berceramah pula, malu pula nak berkempen mencari undi. Alahai.

Ketika musim pemilihan, maka akan ada ayat-ayat kontradik yang keluar. Kononnya kita bukan nak pilih orang yang pandai bercakap sahaja tetapi kita  nak orang yang pandai bekerja  .Hakikatnya orang yang mereka maksudkan "bekerja"  itu pun sebenarnya memang tak bekerja langsung. Berceramah malas, demo takut, ke PRK pun tidak, menganjur program pun tidak. Yang ada  pi kuliah maghrib yang dapat sedikit habuan dan jadi sheikh umrah!!!!.

Kalau nak jadi pemimpin politik kena rajin dan reti dengan isu politik semasa. Kalau tak reti analisa politik dan buat statement bangang, janganlah berangan nak jadi pemimpin besar politik. Woooo.

Kalau jadi pemimpin dok menempel ceramah bersama dengan Presiden dan Mursyidul Am,  tak payahlah pegang jawatan tinggi lagi   dalam Pas. Ha ha.


Thursday, March 17, 2011

SEDARLAH DIRI

Ada orang berbakat, berkualiti dan layak dipilih menjadi pimpinan parti. Sekaligus layak menjadi calun pilihan raya. Tetapi ada juga pimpinan parti  yang  tak cukup syarat sebagai calun pilihanraya. Perspektif sebagai pimpinan parti tak sama dengan perspektif sebagai calun Parlimen atau Dun.

Yang paling parah  ialah  apabila seseorang itu merasakan 'dia' yang teramat layak tanpa meminta pandangan ikhlas dari orang sekeliling. Dalam politik, kita mahu meletakkan  calun yang dikira ada  pemberat   untuk menambah sokongan undi. Faktor utama sudah tentulah kerana kekuatan parti tetapi faktor untuk mendapat sokongan golongan atas pagar juga kena  diambil kira.

Di Kedah dan Kelantan, ramai YDP parti tidak menjadi calun pilihan raya. Parti sentiasa mencari dan memberi laluan anak muda yang berbakat, berilmu, dilihat berpotensi memimpin perubahan  dan  ada  latar belakang  akademik yang sepatutnya. 

Kawan kawan separti tak berani atau malu-malu nak kata kepada si 'dia' yang perasan nak bertanding buat entah kali ke berapa, walaupun pada  pandangan umum meminta parti carilah calun lain. Ha ha.  

Mungkin agaknya kini adalah era "ana yang paling layak".

Era mendahulukan orang lain sudah berlalu.

Bilakah parti nak melatih ahlinya bersikap terbuka kepada pimpinannya. Ada kes orang yang berjawatan di  Pas Pusat, tetapi  ahli di kawasannya sendiri tak mahu orang itu menjadi calun di kawasannya. Apa boleh buat!!!!

Woooo.


Wednesday, March 16, 2011

GOBALA JUTAWAN SEGERA?

Gobala ada wang RM 1.4 juta untuk membayar harga tanah di Loging, Kelantan.

Jangan  sekadar   melihat isu dari mana wang yang beliau dapat untuk melunaskan harga premium tanah tersebut.

Tetapi lihatlah betapa mudahnya ahli politik dapat tanah dari Kerajaan Kelantan. Bukan sikit. Boleh jadi jutawan ooo!!!!  Ini yang kita tahu. Kita tak tau kok ramai lagi ahli politik yang dapat habuan yang macam itu.

Alangkah baiknya jika dibuat dasar supaya rakyat terbanyak mendapat tanah yang sewajarnya untuk mereka hidup, bukan untuk dijual semula untuk jadi jutawan segera!!!!!

Tuesday, March 15, 2011

DAIMKAH?????

Apakah Daim dalang kes liwat Anwar?  

Perebutan harta dunia membolehkan perkara ini   terjadi.


Monday, March 14, 2011

WAJAH-WAJAH PIMPINANG KITA

Pemimpin "last minute"  pun ramai dalam Pas.

Menjelang muktamar pemilihan, maka barulah sibuk buat kenyataan akhbar - macam-macam kenyataan yang ada. Yang sepatutnya tulis dalam blog pun jadi kenyataan akhbar. Ha ha. Ada yang kenyataan akhbar macam kuliah maghrib!!!!. Wooo.

Menjelang muktamar pemilihan, mulalah buat memo dan demo.  Walaupun bukan kaki memo dan demo, maka tiba-tiba nampaklah muka depan kamera untuk buktikan depa kaki memo dan demo.

Tiba-tiba Lujnah buat program ketika hari perasmian muktamar - Lancar itu, lancar ini, anugerah itu dan anugerah ini. Nampak sangat nak tunjuk ada program. Maka terpegunlah para perwakilan - hebat betul pimpinan ini. 

Menjelang sebulan nak muktamar, maka akan ada simposium dan seminar. Jemput  semua ahli Jawatan Kuasa Harian sebagai peserta - saja nak tunjukkan depa ada program hebat - maka pilihlah ana sebagai AJK!!!

Yang tak ada program, maka akan berfalsafahlah -"Islam itu Tinggi, Tak Ada Yang Tinggi Selainnya". Maka syoklah para perwakilan - inilah pimpinang Islam pilihan kita - walaupun hakikatnya depa tidur tanpa buat kerja parti sepanjang tahun!!!!

Friday, March 11, 2011

PERWAKILAN MANDOM

Setiap AJK Pas Pusat yang dipilih atau dilantik akan diberi amanah mengetuai sesuatu biro  atau lujnah. Kita boleh menilai kemampuan seseorang AJK dengan melihat lapuran kegiatan lujnah berkaitan di dalam Lapuran Tahunan yang dibentang setiap tahun.

Malang dan amat kecewa sekali jika para perwakilan terus memilih AJK yang pemalas dan bankrap idea - sehingga lujnahnya tak buat apa pun dalam tempoh setahun atau  sepenggal ( 2 tahun ).  Para perwakilan terus menyayangi AJK macam ini  kerana  hanya syok  kepada AJK yang  ada gelaran  "Ustaz"  atau "Datok". Wooo

Perwakilan mandom, bak kata orang Kedah,  akan menyebabkan parti Pas pun akan jadi mandom juga!!!!

Thursday, March 10, 2011

PARTI BUKAN RUMAH ORANG TUA-TUA

Ramai sangat orang veteran dalam saf kepimpinan parti tidak membolehkan parti terbuka dengan idea dan strategi baru. Sifat orang tua ialah lembab(kononnya berhati-hati), takut risko(kononnya berhemat), kedekut(kononnya berjimat) dan paling teruk - sudah lebih memikirkan kepentingan diri dan  anak beranaknya  sahaja

Para anggota parti kena  buat  revolusi dalam pemilihan saf kepimpinan. Kalau tidak, parti akan jadi "rumah orang tua-tua".

Adalah paling kelakar, walau pun sudah  tua dan  tidak  sihat, masih tak mahu berundur  lagi  dari memegang jawatan  juga!!!!

WOOOOOO

Wednesday, March 9, 2011

ANA YANG PALING LAYAK!!!

Tahun ini adalah tahun pemilihan Pas di semua peringkat.

Kini, bukan era sang pemegang jawatan sedia berundur secara sukarela, walaupun tidak  produktif sebagai pimpinan. Ha ha.Semua merasa merekalah yang paling layak memimpin!!!!

Monday, March 7, 2011

PAS patut risau undi muda, bukan Felda

Sumber: Mkini.

Bukan semata-mata kegagalan menembusi kawasan Felda, PAS juga patut melihat lebih serius terhadap kemerosotan undi golongan muda ekoran kegagalannya merampas kerusi Kerdau daripada BN semalam.

Berbeza dengan penumpuan awal, keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa kekuatan PAS hampir tidak berubah – tidak banyak bertambah atau berkurang – di tiga kawasan Felda dan sebuah rancangan Felcra, yang dikatakan kubu BN.

kerdau pas results watchingBagaimanapun, jika berbanding dengan lawannya, pertambahan sokongan BN lebih besar. Persoalannya, dari manakah datangnya sokongan ini? Jawapannya boleh dilihat pada jumlah pertambahan pengundi dan peratusan yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka semalam.

Calon PAS Hassanuddin Salim tumpas di tangan Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi. Hassanuddin mendapat 2,336 undi manakala Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi.

Dalam pilihan raya kecil kali ini, seramai 8,999 pemilih layak mengundi – pertambahan 542 orang daripada 8,451 pada tahun 2008. Manakala peratusan keluar mengundi pula meningkat kira-kira 3 peratus - daripada 80.33 kepada 83.2 peratus.

Ini menunjukkan bahawa orang muda dan pengundi baru lebih banyak terlibat dalam pesta demokrasi di kawasan seluas 273km persegi yang 65 peratus penduduknya bergantung hidup kepada aktiviti pertanian.

Undi muda merosot 6 peratus


PAS juga mengakui kedua-dua fenomena itu – pertambahan jumlah dan peratusan pengundi – menyumbang kepada kekalahannya kali ini.

Bagaimanapun, analisis segera pengarah pilihan rayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ahad malam tidak menyebut tentang trend pengundi muda yang kini kembali kepada BN.

NONEBerdasarkan keputusan di saluran ketiga di Jengka 22, Jengka 23 dan Desa Murni, berbanding 43 peratus (atau 307 pengundi muda) sokongan dalam pilihan raya umum, sokongan kepada PAS merosot 6 peratus kepada 37.44 peratus sahaja.

Parti Islam itu mendapat 423 undi di ketiga-tiga kawasan itu berbanding BN sebanyak 707 undi. Jika ditanya apakah persamaan antara ketiga-tiga kawasan tersebut dibandingkan dengan tempat lain, mungkin satu jawapannya – mereka mendapat gelanggang futsal baru.

Di tempat-tempat lain, BN dilihat cuba memancing undi dengan mengumumkan pelbagai projek kebajikan seperti projek sambungan air bersih dan pembinaan masjid baru berharga RM500,000.

Sokongan itu selari dengan kenyataan timbalan ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim sebelum ini yang berpendapat golongan muda lebih mahu didekati melalui aktiviti berasaskan riadah dan sukan.

Malah, timbalan menteri belia dan sukan itu sebelum ini tampil turut serta bermain futsal di Desa Murni bersama pengundi muda di Desa Murni.

Bob Lokman lawan Ana Raffali


200211 bob lokman kerdauSatu lagi projek yang dilihatkan memberikan kesan kepada undi muda adalah projek perkampungan Wi-Fi di Kerdau yang diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini.

Populariti PAS di mata orang muda meningkat ekoran kedatangan pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman, menjadi luntur apabila BN membariskan penyanyi yang sedang meletup Ana Raffali yang menjadi kegilaan anak muda selepas menang dalam Anugerah Juara Lagu.

Mungkin tindakan PAS menagih sokongan pengundi Felda menyebabkan mereka lupa kepada 38.53 peratus pengundi muda - umpama pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran'.

NONEJika diteliti undi di kawasan 3+1, PAS hanya mendapat 1,276 undi berbanding BN sebanyak 2,131. Bagaimanapun, tidak harus menafikan, mereka mendapat tambahan 476 undi di kawasan itu.

Berdasarkan fakta ini, bermakna, PAS tidak pernah kehilangan sokongan di kawasaan itu sebaliknya mengalami masalah meluaskan pengaruhnya. Soalnya, adakah serangan mereka melalui Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) tidak berkesan?

Jawapannya tidak, ia berkesan. Cuma pemerhati politik berpandangan, kenapa ANAK baru muncul setelah hari kelima berkempen? Dan kenapakah pusingan awal kempen hanya bertumpukan isu “Buku Jingga” yang dilihat tidak difahami dan diambil peduli orang banyak pengundi di bawah?

Jawapannya ada pada PAS sendiri.

MANA SANG EXCO DI KEMPEN PRK?

Berapa kerat anggota Pas yang berstatus Ahli Parlimen, Adun, Exco Kerajaan Negeri, AJK Pas Pusat,   dan Ahli Majlis Syura yang bekerja keras di PRK Merlimau dan Kerdau agaknya. 

Kalah menang perkara biasa tetapi jikalau usaha tidak secara maksimum, maka kita kena koreksi diri.

Jika anggota Pas bawahan sanggup  bekerja keras di setiap PRK tetapi anggota Pas  yang mendapat imbuhan sebagai  Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Adun tak sanggup turun ke padang PRK, maka ianya suatu yang amat menyedihkan. Mana nak sama jika YB Taib Azmuddin, YB Nik Ammar, YB Hamdan,  YB Ahmad Yaakob, YB Che Lah   yang turun berceramah di Merlimau berbanding dengan YDP Tampin kan?

Saturday, March 5, 2011

BAGINDA DAN UMMI HAFILDA TIDUR BERSAMA DI LONDON

Ummi Hafilda kena jawab pengakuan Baginda  yang tidur dengannya di London beberapa tahun lalu.

Selepas itu baru minta Anwar jawab tuduhannya.

Friday, March 4, 2011

NAK TENGOK SELEPAS JADI YB...

Ketika berkempen, semua calun yang bertanding amat rajin berjumpa rakyat. Itu tidak menghairankan. Bertuahlah sang calun yang dapat liputan tv. Nampak macam gah sekali.

Yang sebenarnya kita nak tengok selepas menjadi YB, adakah mereka prihatin dengan masalah rakyat. Kok batang hidung pun tak nampak!!!