Friday, March 30, 2012

USTAZ FADZIL NOR DAN MAT ZAIN JANGGUT

Salah satu kehebatan al marhum Ustaz Fadzil Nor ialah beliau mampu mengingat nama seseorang walau pun berjumpa sekali dan menegurnya apabila berjumpa di lain kali. Jika beliau  nak ke restoran, maka beliau akan mengajak sesiapa yang dikenalinya untuk minum bersama. Tak  kiralah sama  ada Mat Zain Janggut, tok penghulu Markas Tarbiah, Taman Melewar atau Bakak Hak Si Penarik Beca. Woooo.

Sebagai pemimpin beliau sentiasa melayan dua kumpulan yang bertentangan dalam satu-satu kawasan. Ha ha. Beliau tak akan menunjuk sikap berpihak. Semuanya dilayan dengan mesra dan baik. Beliau tahu siapa kawan baik kita. Jika jumpa Mat Zain Janggut, beliau akan tanya di mana Bakak Hak. Jika jumpa Bakak Hak, dia akan bertanya di mana Mat Zain Janggut. Maka kelam  kabutlah Bakak Hak mencari Mat Zain Janggut dan meminta  Mat Zain Janggut mengadap almarhum Ustaz Fadzil. Apabila Mat Zain mengadap almarhum Ustaz Fadzil, maka berlakulah dailog yang tidak boleh dilupakan sehingga sekarang. Tanyalah Mat Zain Janggut di talian 013-3634041. Woooo.

Dan jangan hairan jika Ustaz Fadzil pun tahu apa gelaran sesorang yang dipanggil oleh kawan-kawannya. Jika beliau bertanya kepada kawan kawan Mohamad Sabu, maka beliau akan bertanya di mana "IMAM". Ha ha. 

Sebagai pemimpin nasional al marhum Ustaz Fadzil mampu "kenal" dan "mesra" kepada semua orang tanpa mengira status. Semasa saya bertugas di Jitra pada 1983, beliau boleh mengajak saja-saja makan tomyam di sempadan Bukit Kayu Hitam. Yang bersama dengannya hanyalah anggota biasa Pas sahaja.  Pernah saya berkereta berdua dengan Ustaz Fadzil dari KL ke Tampin, saya tidak khuatir apa mahu dibualkan. Jika saya tak ada soalan , maka beliau sendiri akan bercerita hal-hal yang serius dan lucu, termasuklah cerita pegawai TNB yang patuh dengan Ketua JKKK, tak mahu pasang tiang letrik di hadapan rumah orang Pas di Kedah.

Agak-agaknya bolehkah pemimpin kawasan bersikap macam Ustaz Fadzil?  Kalau tak boleh, walaupun sekadar minum teh bersama, jangan dok gila menjadi calon bertanding pilihan raya. Woooooooooo


No comments: