Monday, December 17, 2012

KHALID MENTERI KEWANGAN MALAYSIA

Aspek "perbelanjaan" adalah satu aktiviti yang utama dan amat penting  dalam sesebuah ekonomi  negara atau negeri

Perbelanjaan negara yang strategik dan bijak akan membangunkan ekonomi rakyat dan negara sekaligus. Jika salah urus, ianya akan menjahanamkan ekonomi negara pula. 

Perbelanjaan negara   menggunakan sumber dari pendapatan negara, rizab negara atau dengan kaedah berhutang.  Semua sumber itu ada implikasi masing-masing dan hendaklah dipilih dengan  bijak,  berhemat dan teratur.

Berdasarkan prestasi dan keupayaan  Datuk Khalid Ibrahim, MB Selangor yang mengurus Selangor selama hampir 5 tahun, sehingga mampu mewujudkan rizab RM 2 bilion dan melaksanakan program rakyat, saya memberi tabik hormat kepadanya. Walaupun beliau seorang tokoh korporat, tetapi dalam mengurus  Selangor, beliau juga menggunakan kaedah seorang ahli "ekonomis".  Dan yang pastinya beliau seorang yang amanah, tanpa bising-bising beliau mengaku  sebagai "ulamak" atau "islamik":

Rasanya tak salah Kelantan dan Kedah yang diperintah oleh Pas belajar dari beliau.

Sudah lama saya mimpikan sebuah pentadbiran negeri atau negara, paling kurang pun macam Datuk Khalid Ibrahim lakukan.   

Jika PR perintah Malaysia, calon Menteri Kewangan terbaik ialah Datuk Khalid Ibrahim.  Baru kita boleh pisahkan jawatan PM dan Menteri Kewangan pada satu orang yang sama. 

Jika anda semua fokus mahukan Anwar jadi PM  tetapi saya lebih  fokus supaya Datuk Khalid jadi Menteri Kewangan Malaysia!!!!

3 comments:

maie1958 said...

satu cadangan yang baik dan praktikal...

Rosiah Ismail said...

Aku memang suka kalau dia jadi menteri kewangan malaysia....pasti rizab bertambah rakyat mendapat berkah.....

insafdoh67 said...

Tak kira sape. jnji jujur jaga harta rakyat.. Khalid pun xpe..... Jnji jgn mcm puok Ubn.... Perompak harta rakyat... Serik doh wei leni.. Hidup pakatan. Hidup Rakyat.... #KL112.... Ingat. ... Kita turun semua bro...kwn... Kih.kih.kih.