Friday, January 18, 2013

AKTIVIS TAMPIN DIBICARA SEMULA 18 FEBRUARI

Musa Ali
3 orang aktivis Pas Tampin, Zanil Suboh, Musa Ali dan Mohamad Yusof  yang didakwa mengganggu tugas penjawat awam akan dibicara semula di Mahkamah Majisteret Tampin pada 18hb Februari akan datang.

Mahkamah memerintah ikat jamin sebanyak RM 1,500 dan seorang penjamin bagi setiap OKT.

Peguam DAP dari Seremban, Mr Ramasamy bertindak sebagai  peguambela OKT.

Turut hadir di mahkmah pagi tadi ialah YB Taufek, AJK Pas Tampin dan 40 orang penyokong PR untok memberi sokongan moral kepada yang tertudoh.

Hj Razakek bin Ab Rahim, NYDP Pas Tampin yang juga bekas calon  Pas Parlimen   Tampin  pada 2008  bertindak sebagai penjamin OKT.  Hj Razakek adalah   rakan sekelas Tingkatan Enam dengan  YB Salahudin Ayub di Pontian satu masa dahulu sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di bidang ekonomi.  Beliau juga dikatakan sekali lagi bakal  mewakili  Pas sebagai calon  Parlimen Tampin.

Musa Ali salah seorang tertudoh menghubongi saya dengan perasaan gembira selepas prosiding di mahkamah pagi tadi kerana sokongan padu semua pihak khususnya penyokong PR. Musa Ali, Zanil Suboh dan Mohamad Yusof adalah  antara aktivis utama Pas yang menggerakkann jentera pilihan raya Pas  ketika saya bertanding di Parlimen Tampin pada 1995 dan Dun Gemenceh pada 1999.   Wooooo.



No comments: