Wednesday, February 20, 2013

PAS - JANGAN JADI BANGANG

Geng UG terus hidup dalam Pas.  Malah berkuasa dalam Majlis Syura Ulama.  Idea tidak menerima Anwar sebagai PM dan sebaliknya mencadangkan Ku Li, bukan sahaja bodoh dan tersasar dari realiti politik tetapi sekaligus merupakan cadangan Umno.  

Idea tidak bersetuju Anwar jadi PM dan mencadangkan Ku Li sebagai PM, hanya alasan sahaja. Sebenarnya  cadangan ini  merupakan perangkap Umno untuk Pas keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat.  Keputusan Pakatan Rakyat kena dibuat dan dipersetujui oleh  semua  anggota kompenan PR secara bersama. Ianya  tidak boleh dipaksa oleh satu parti sahaja.  Jika Pas sanggup  bercerai dan berkahwin dengan parti lain,  jika tidak menerima cadangan itu,    itulah  matlamat utama Umno. Dengan perpecahan PR sahaja, BN akan terus menang dalam PRU 13.

Walaupun Nasharudin Mat Isa  tiada dalam barisan kepimpinan Pas, tetapi mesej Umno berjaya disampaikan melalui tali barut Umno.   Dan amat malang sekali jika tudohan tersebut ditujukan kepada Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Harun Din.

Hujah Umno terhadap Anwar misalnya kes liwat  dan agen Amerika/Yahudi  sudah "termakan' dek pimpinan Pas.

Jika Anwar tak layak, mencadangkan nama Ku Li adalah satu yang bangang. Ku Li  itu Umno, akan bertanding atas tiket Umno,  dan tidak pernah bersama PR menentang BN,  bagaimana boleh dicadangkan walaupun jadi PM sementara!!!!

Malang sekali jika pimpinan Pas tidak dapat merasakan kebangkitan rakyat menolak Umno/BN dengan hasrat Anwar sebagai PM. Jika Pas bersedia berjuang seorang diri, buatlah dari awal. Tetapi kini sudah digerbang Putrajaya,  apakah  Pas sanggup mengkhianat kebangkitan rakyat.

Hasan Ali dan Nasharudin dikatakan kerap berjumpa dengan Dr Harun Din. Nasharudin sentiasa berhubung dengan Najb dan Mahyuddin.  Jangan hairan agenda Umno disampaikan oleh Nasharudin kepada Harun Din. Harun Din pula bercakap kepada Majlis Syura.  Usul Dewan Ulama mencadangkan Hj Hadi sebagai PM ketika muktamar Pas yang lalu juga merupakan idea UG untuk merosakkan pandangan umum bahwa PR bersetuju denngan Anwar sebagai PM.

UG didokong oleh Majlis Syura Ulama dan geng Terengganu.

Pelik jika Mustafa Ali tak boleh baca agenda Umno dalam Pas!!!!!  Kalau PR dapat kerajaan, saya cadangkan beliau diberi jawatan Menteri.

Pelik jika Hj Hadi ditipu oleh Harun Din. Terlalu "menghormati' seseorang, memang mudah ditipu.

Pas - janganlah dikau jadi perosak Pakatan Rakyat dan bangang politik di saat akhir menjelang PRU 13. 

Pas - janganlah dikau ditudoh memanjangkan usia Umno/BN!!!!!

Mohamad Sabu: jangan setakat kuat lawan Umno di luar sahaja. Kena jahanamkan Umno dalam parti anda!!!!

 


8 comments:

Anonymous said...

Pasal apa la PAS ni.
Tak nak belajar dpd kesilapan.
Tak nak belajar selok belok penipuan Umno. Tiap kali nak pilihan raya buat hal....Tiap kali nak pilihanraya ada saja beri bola tanggung kat Umno.

Berpolitik nak tapi,...... kau orang sendiri jawap la.

Kau orang ingat.....tanpa sokongan rakyat bawahan, kau orang (pemimpin2 PAS), tak akan ke atas.

Anonymous said...

Pas cukuplah kamu mengagalkan 16 sept. Kasihanilah rakyat yg dh menderita terlalu lama ini dibawah pemerintah umno

Anonymous said...

setuju sangat2 dengan komen anta dan ini lah pandangan kebanyakan ahli marhean pas terhadap PR

Anonymous said...

AKU DAN RAMAI LAGI RAKAN2 YG TEGAR MENYOKONG PAS SELAMA INI TIDAK RAGU2 AKAN TERUS BERSAMA PKR DAN DAP JIKA PAS MEMBUAT KEPUTUSAN BERGABUNG DGN UMNO. UMNO WAJIB DIHUMBAN DLM PRU13 INI !!!

Anonymous said...

Blog MSO duk cerita benda ni..duk searh internet terpapar pula kenyataan blog ni..mlm ni sy cube mrncari dn membaca mane2 blog atau krnyataan psl isu ni..bile tgk profile blog ni sah org pas..sy org muda..hidup di kl..mmg semahu2 nya ingin melihat malaysia yg baru..semahu2nya ingin melihat UBN jatuh merabah bumi..mereka sgt kejam...tlg la wahai pimpinan PAS..tlg la sy Abg Mat..tlg la halang perkara ni..kecut perut sy..sy berdoa agar perkara ini tidak berlaku pd mase terlalu hampir dgn pilihanraya..

Anonymous said...

Pas kena rasional...Memang ada pemimpin musang berbulu ayam yang pro UMNO.Berjuang nak jatuhkan UMNO bertahun2 banyak wang, masa dan keringat penyokong habis untuk menangkan PAS tapi jangan ada pemimpin yang jadi musuh dalam selimut. Kalau kerana perinsip pun tunggulah lepas PRU dan PAS PR menang. Isu kalimah Allah bukan tak penting tapi nak jatuhkan perasuah dan penzalim lagi penting dalam PRU tu. Semua parti ada prinsip termasuk DAP tapi boleh diselesaikan melalui meja rundingan.Diharap beberapa pemimpin dan Ahli Majlis Syura PAS jangan jadi perosak program rakyat dalam PRU ini. Jangan jadi Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa.....

Anonymous said...

Geng UG terutama pas terengganu memang bodoh.. Tanpa DSAI PR x de peluang.. Ingat bangsa lain nak hj hadi jdi PM ke... Dah byk kali kena tipu masih belum cerdik lagi

Anonymous said...

Awatla ampa ni x bleh nk pikiak juga lai. Ada ja isu yg nk pecah belah pr jangan la layan. X kira sapa yg cita walau org pr sndiri. Tumpu pru jatuh bn abu