Friday, February 22, 2013

PAS: MUKMIN YANG HASAD

Apabila Pas  mencadangkan Ku Li sebagai PM,  sudah pasti   Pas sedar bahwa PKR dan DAP  tidak akan bersetuju.  Tetapi mengapa Pas yakin dengan cadangan ini.  Sudah tentu Pas yakin Umno akan menyokong agenda  ini.  Umno akan menyokong agenda ini kerana orang Umno sendiri  akan tetap jadi PM. Najib atau Muhyiddin bersedia terlepas sebagai PM tetapi BN tetap memerintah, walau pun berkongsi dengan Pas. Umno hanya tak boleh bekerja sama dengan PKR dan DAP sahaja. Sebenarnya usaha mengajak Pas telah dibuat sejak selepas PRU 2008.  Sebahagian pimpinan Pas telah bersedia tetapi terhalang tetapi kini ada hujah baru, iaitu tidak mahu Anwar sebagai PM!!!!   Tak sangka Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden Pas gagal menghalang idea UG ini pada pecutan terakhir menjelang PRU 13. Hebat sekali jampi Dr Harun Din, sehingga TG NIk Aziz pun terpesona dengan idea ini.


Manakala itu sudah pasti Ku Li akan melantik MP Umno dan Pas sebagai anggota kabinet. Takkan MP PKR dan DAP mahu join sama. DAP dan PKR bukan macam Pas yang sanggup berpeluk dengan Umno.  Wooo. Tapi itulah realitinya nanti.  Mengenal orang Pas, saya yakin pimpinan biasa Pas, termasuk Mohamad Sabu akan tunduk kepada ulama UG yang yang fasih dengan nas Al Quran dan  Hadis untuk membolehkan Pas berpeluk dengan Umno yang kini ditentang siang dan malam

Mengapa ini terjadi?

Ada orang kata pimpinan  Pas bangang berpolitik

Ada orang kata pimpinan Pas tamak dengan habuan politik

Tetapi saya lebih cenderung  mengatakan pimpinan Pas "berhasad" dengan Anwar. Cerita lanjut kena minum teh bersama.

Rakan rakan saya di Taman Melewar terlalu kecewa kerana Pas sudah sanggup menikam Anwar secara berhadapan.  Hakikatnya Pas sudah tidak bersama PKR dan DAP untuk menjatuhkan BN. Kini hanya BERLAKON SAHAJA.

Kecuali dalam sehari dua  ini, pimpinan Pas menyatakan dengan tegas bahwa Anwar sebagai PM, maka saya tetap dengan kenyataan ini.

Kesian dengan ahli Pas, tidak percaya dengan kesediaan pemimpinnya akan berpeluk dengan Umno. Bagi mereka ini semua fitnah. Bila dah terjadi nanti, pakat menangislah.  Kesian.....


7 comments:

hazri abdullah said...

aku tak faham betul lah..kenapa tiba-tiba timbul perkara dan isu sebegini. benarkah perkara ini wujud dikalangan pimpinan PAS?..atau hanya dugaaa atau andaian blogger ini semata-mata??

Anonymous said...

Terima kasih diatas peringat (Ikhlas Insya Allah/semoga mendapat ganjaran diakhirat kelak). Bagaimana pun saya yakin dan percaya bagi org-org yang yakin adanya pertimbangan dimana hari tidak seorang pun akan dapat menutup segala perbuatannya di dunia dulu akan sentiasa menjaga dirinya dari api neraka. Sudah pastilah segala perbuatan akan dipertimbangkan akan akibat dihari seadil-adil hari. Kebiasanya segala perbuatan akan didahulu dengan Istikharah hingga ke fajar. Jadi marilah kita sama-sama beristikharah mohon petunjuk agar kita tidak mencampakkan diri kita ke neraka jahanam, yang pasti segala perbuatan, percakapan, tulisan kita semua akan menjadi bukti di hadapan ALLAH. salam

Anonymous said...

Syukur Alhamdullah,terima kasih diatas komen ikhlas (semoga mendapat ganjaran diakhirat kelak). Bagaimana pun saya penuh yakin dan percaya bagi mereka yang hati mereka penuh yakin bahawa adanya hari dimana segala amal dan perbuatan meraka akan ditimbang akan sentiasa menjaga diri mereka dari dicampakkan ke neraka jahanam. Kebiasaan mereka akan beristikharah sebelum membuat sesuatu keputusan, jadi marilah kita sama-sama beristikharah memohon kehadrat ALLAH semoga kita diberi petunjuk betul salah sesuatu perkara agar kita sama-sama tidak tercampak ke neraka bersama-sama mereka yang zalim terhdap diri mereka. Yakin dan percayalah segala perbuatan, percakapan/tulisan kita semua akan menjadi saksi suatu hati nanti yang dinamakan AKHIRAT. salam

Anonymous said...

Seperti kata husam
semua ahli pas kena berpantang
so. . . Jangan melatah
Ini semua racun cap dacing yg terakhir
fokus pru13
Insyaallah pakatan tawan putrajaya
anwar PM.

Anonymous said...

sy tanya kpd bro blogger ni..hanye minte pndgn..sbb sy org muda..slps kenyataan penun Tuan Guru Haron Din dlm harakah keluarn terbaru smpi 2 pages...adkh masih tidak kukuh yg beliau masih bersama ahli2 PAS?

Anonymous said...

Bencinya saya pada UMNO sebenci-benci nya.
Bencinya saya pada UMNO semahu-mahu nya.
dan itulah sifat sy pd UMNO smpi bila2 pun.Kerana apa? kerana sungguh banyak sbb dan saya yakin semua orang tahu.Tapi sebenarnya,
benci yang melampau saya terhadap UMNO ini mungkin kerana lebih bersifat peribadi.

Allah menganugerahkn sy ingatan yg cukup kuat mengenai parkara2 yg lepas iaitu ketika saya masih kecil seumur 11 tahun. Apa yang UMNO buat terhadap saya, adik2 saya dan keluarga saya teramat sukar untuk saya lupakan malah masih segar diingatan.

Saya anak felda di negeri sembilan. ketika saya kecil PAS tidak sekuat mcm sekarang. Dulu di Felda sy hanya ada 2 3 buah keluarga sahaja yang PAS yang lain semuanya UMNO.

ketika saya kecil serumur 11 tahun, saya dihina oleh orang2 kampung.Sy masih kecil tapi orang UMNO buat saya seolah2 saya ini anak militan.
Saya pernah diludah oleh org UMNO..sy dipulau oleh rakan2...malah cikgu2 bkn membantu saya malah cikgu2 yg menghina saya "satu kelas akn makan sup tangan jika curi pemadam dn pencel kata cikgu pada saya dan ketika itu satu kelas ketawakn saya " saya dimalukn semahu2 nya oleh UMNO..dn mereka membenci saya sebenci2nya..setiap hari setiap ketika..ibu saya dipulau..sy dan adik2 sentiasa dimaki hamun...mujurlah sy ade juga rkn2 & rakan2 saya ketika kecil adlh anak2 org pas tetapi kedudkan rumah kami jauh dn hanya boleh berjumpa ketika ade usrah sahaja..
Perasaan perit yg saya rasa lebih parah ketika hampir dgn pilihanraya..hingga sy smpi dludah dimuka..tetapi sy tidak mengadu pada ayah..kerana sy tahu bebanan yg lebih besar yg dipikul....bkn sahaja ditentang oleh orang2 kampung...malah saudara mara kami yg lain sendiri pulaukn kami..hanya sbb ayah adalah ahli PAS.

Dan skrg bila PAS sudah kuat, ade pemimpan PAS mahu berkerjasama dgn UMNO…tlg la saya merayu..jgn bodohkn kami..kami anak muda..jgn smpi anak muda bangkit menetang kamu pula..

Anonymous said...

As Salam..sedih bace cerita kamu nih..x tau la kisah benar ker x..klu cite tipu itu maksudnye fitnah..klu benar itu sbenarnya ujian ALLAH..nk tengok stakat mane kesabaran n keikhlasan kamu n family..dunia nih hanya sementara n tempat manusia terutama MUSLIM terima ujian yg berbagai..salah satunya ujian yg pernah kamu n family hadapi..klu bersabar n memaafkan org yg pernah menyakitimu insyaALLAH beSAR SekaLI ganjarannya di akhirat kelak..jgn termakan hasutan syaitan dgn sifat pendendam..teruskan perjuangan menegakkan Agama ALLAH dgn keikhlasan n kesabaran..contohilah akhlak Nabi SAW sewaktu dihina di oleh golongan kafir Quraish...akhirnya yg menghina menjadi sayang n hormat kpd Nabi SAW..apapun smua yg berlaku atas kehendak n keizinan ALLAH Yg Maha Berkuasa..